----- Pesan Diteruskan ----
Dari: Sulastama Raharja <rsulast...@gmail.com>
Kepada: kagamam...@yahoogroups.com
Terkirim: Rab, 7 Juli, 2010 09:43:26
Judul: [kagamamuda] Fatwa Lengkap Mufti Malaysia tentang ESQ Ary Ginanjar

  
Inilah Fatwa Lengkap Mufti Malaysia tentang ESQ Ary Ginanjar
Moksa Hutasoit - detikNews
 

Jakarta - Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) milik Ary Ginanjar Agustian 
sangat terkenal di Indonesia. Namun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia 
menilai ESQ Ary melenceng dari ajaran-ajaran agama Islam. 


Menurut Wikipedia, Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan 
Labuan. Inilah fatwa lengkap soal ESQ Ary yang dikutip dari situs www.muftiwp. 
gov.my:

'Fatwa Berkenaan dengan Kursus ESQ Leadership Training dan Fahaman yang 
Seumpama 
Dengannya'

(a) ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training 
anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah 
menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh 
merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah 
seperti yang berikut:

i. mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas-nas agama 
(Al-Quran dan As-Sunnah) secara bebas, dan fahaman pluralisme-agama iaitu 
fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman 
ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.

ii. mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan 
pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut 
akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah 
s.w.t 
semata-mata (al-Isthifaiyyah) , dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan 
(al-Kasbiyyah) .

iii. mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, 'SQ' 
adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala 'God Spot' adalah 
hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan 
dengan ayat Al-Quran (Al-Hajj, ayat 46).

iv. menekanan konsep 'suara hati' atau 'conscience' sebagai sumber rujukan 
utama 
dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati adalah 
ajaran paling suci dalam agama Kristiani. The Oxford Dictionary of World 
Religion menyebut 'In the main forms og Christianity, conscience is the 
absolutely inviolable and sacrosanct center of the person as human as 
responsible for her or his decisions;. Konsep suara hati juga merupakan ajaran 
Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekandanda. Menurut Imam Abu 
al-Abbas, pendapat demikian adalah zindik dan kufur.

v. menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan 
akidah 
Islam yang menetapkan bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan 
utama.

vi. mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan 
tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik. Mengingkari mukjizat 
adalah 
kufur dengan ijmak ulamak kerana ia bermakna mengingkari nas-nas Al-Quran dan 
Hadis Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi a.s .

vii. menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir Al-Quran. Rasyad 
Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan 
'submission'. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada Al-Quran kerana 
mengikut teori ini, ayat-ayat Al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi 
menyesuaikan dengan Kod 19.

viii. menyamakan bacaan Al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam 
dengan amalan Bushido oleh orang jepun yang berteraskan ajaran Buddha.

ix. mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui 
rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumusan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa 
mukjizat Nabi Musa a.s diselamatkan daripada Fir'aun boleh juga berlaku kepada 
orang lain seperti yang berlaku kepada juru terbang Kapten Abdul Razak. 
Kefahaman mukjizat seperti ini, merupakan ajaran agama Hindu seperti yang 
diterangkan oleh Swami Vivekananda.

x. mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan 'triple one'. Ini adalah tafsiran 
bidaah dan sesat. Dalam konteks akidah, 'triple one' digunakan oleh Kristian 
untuk menghuraikan konsep trinity. Buku 'Christianity For Dummies', ketika 
menghuraikan konsep ini menyatakan 'The Trinity: How 1+1+1 Equals 1. 
Christianity says that God is Trinity - one God expressed in three beings. The 
term trinity meands: three-oneness.

(b) mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana 
yang dinyatakan dalam perenggan.

Bertarikh 10 Jun 2010 dan ditandatangani oleh Mufti wilayah persekutuan 
Malaysia, Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh tanggal 10 Juni 2010.

(mok/nrl) 
 
http://www.detiknew s.com/read/ 2010/07/07/ 093119/1394508/ 10/inilah- 
fatwa-lengkap- mufti-malaysia- tentang-esq- ary-ginanjar? 991101605

-- 
wassalam,
~tomo~
http://sulastama. wordpress. com/


 



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke