Assalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
        
Sebelum ini saya tidak pernah membicarakan masalah politik dalam
tulisan saya tetapi apabila BN merampas negeri Perak dengan cara yang
sangat kotor maka saya rasa terpanggil untuk membicarakan masalah ini.

Alhamdulillah kita telah dikurniakan ALLAH 4 buah negeri untuk
dipimpin atau ditadbir oleh Pakatan Rakyat disamping Kelantan yang
telah diperintah semenjak 18 tahun yang lalu.

Kurniaan ALLAH kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir 5 buah negeri
adalah amanah dan  ujian yang sangat  besar kepada para pendokong PR
khasnya dan rakyat amnya. Adakah kita bersyukur dengan melaksanakan
tanggungjawab dengan penuh amanah atau kita kufur dengan mengabaikan
tanggungjawab telah diamanahkan untuk mentadbir rakyat.

Oleh kerana ujian ini sangat besar maka ianya memerlukan sifat-sifat
berani, sabar dan bijaksana dan yang paling penting ialah cekal
menghadapi segala ancaman dan rintangan dari pihak yang sentiasa
mengintai peluang untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku di Perak adalah satu insiden yang sangat menyayat
hati ekoran dari permainan kotor Umno yang dipelopori oleh Najib yang
tamak kuasa, disamping adanya wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang
tamak dan mengkhianati amanah yang telah diberi oleh rakyat.

Kini UMNO dan BN telah pun merampas negeri Perak dengan cara yang
dipertikaikan. Tidaklah hairan kerana mereka telah pun buat kerja
begini pada suatu ketika dahulu. Najib hanya meneruskan nya.

Umum juga mengetahui apabila negeri dirampas dengan cara begini maka
adalah sukar untuk mendapatkannya kembali sebagaimana yang penah
berlaku di Terengganu dahulu. Ianya memerlukan berbelas tahun barulah
dapat kuasai semula.

Apa yang saya lihat di perak mungkin akan berulang semula ( harapan
saya tak berlaku begini). Umno perak telah pun menabalkan Dr Zambri
sebagai menteri Besar mereka. Disini timbul persoalan . apakah tiada
orang lain selain Dr zambri??? Najib tahu benar bahawa  Dr Zambri
adalah bekas orang kuat Anwar satu ketika dahulu dan dia dan Dr Zahid
Hamidi pernah di tahan dibawah ISA sewaktu tragedi 1998 dahulu.

Mengapa Dr Zambri dicalonkan ? Jawabnya ialah Pak Lah dan Najib tak
nampak tokoh-tokoh UMNO yang bersih selain dari Dr Zambri. Walau pun
mereka tahu hubungan Dr Zambri dengan Anwar dahulu akan tetapi mereka
terpaksa kerana UMNO Perak ketandusan pemimpin yang bersih.

Dengan perlantikan Dr Zambri sebagai seorang tokoh yang bersih maka
mereka mengharapkan Perak akan kekal di tadbir oleh BN pada
pilihanraya umum yang akan datang. Inilah strategi mereka.

Saya mengenali Dr Zambri sejak beliau belajar di UIA dan dia adalah
bekas anak murid saya. Saya mengenalinya sebagai seorang yang tenang
dan baik tingkah lakunya. Kemungkinan nanti dia akan mencipta sejarah
sebagai menteri besar Perak yang boleh menjadi imam, menyampaikan
khutbah, memberi tazkirah dan berceramah agama.
Saya bukanlah menyokong Dr Zambri kerana dia bekas anak murid saya.
Saya sekali0kali tidak mendokongnya kerana bagi saya dia telah silap
memilih nakhoda. Walau pun dia bersih tetapi bos-bos nya dari kalangan
pemimpin UMNO sangat kotor sehingga geli geman saya nak menyebutnya.

Cuma apa yang saya nak beritahu disini ialah dengan pemilihan Dr
Zambri ini maka pada pandangan saya adalah sukar untuk PR merampas
negeri Perak pada pilihanraya akan datang kecuali ALLAH menghendakinya
dan itulah yang kita harapkan. 

Namun ALLAH tak akan mudah memberikan sesuatu kepada kita kecuali
dengan ada nya sebab. Ini Sunnatullah yang berlaku ke atas semua
makhluqnya.. 

Satu realiti yang tak dapat dinafikan ialah kenapa kerajaan Negeri
Kelantan mampu bertahan selama 18 tahun. Saat yang paling getir sekali
ialah ketika Kerajaan Kelantan hnaya mempunyai majoriti satu kerusi
sahaja iaitu kerusi yang dimenangi oleh Zakaria Yaakub dengan
kemenangan tipis 2 undi . 

Ketika itu UMNO telah menggunakan berbagai cara kotor untuk
menggulingkan Kerajaan pimpinan YAB Ustaz Nik Abdul Aziz. Mereka ini
bukan kira dosa dan pahala , semuanya mereka sanggup lakukan asal
sahaja keinginan jahat mereka tercapai. .

Berbekalkan kelebihan 1 kerusi , Kerajaan Kelantan terus bertahan
hingga pilihanraya yang berikutnya dimana kerajaan pimpinan Ustaz Nik
Abdul Aziz mendapat majoriti 2/3 kerusi.

Kenapakah dan apakah rahsia kejayaan kerajaan mampu bertahan walau pun
wakil-wakil rakyatnya menerima ugutan  dan tawaran kemewahan??.

Ini tak lain dan tak bukan kerana jati diri mereka kuat dan kental
menghadapi ujian dari ALLAH. Secara umumnya kita mengetahui bahawa
ramai dari pendokong parti PAS melibatkan diri dalam tarbiah dan
tamrin. Dalam erti kata lain mereka ditarbiahkan, oleh itu jiwa mereka
kental menghadapi ujian walau pun disogokkan dengan kesenangan dan
kemewahan.Itulah realiti yang berlaku kepada wakil-wakil rakyat di
Kelantan satu ketika dahulu walau pun mereka menang dengan hanya satu
kerusi majoriti.

Inilah yang kita harapkan dari wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat di
empat buah negeri yang lain.

Sikap tamak kuasa, mengkhianati amanah, tidak bertaqwa, jiwa yang
kotor, tidak kental dan tak tahan uji adalah antara sifat-sifat
mazmumah (tercela) yang wajib dihindari oleh para pejuang Islam. Kalau
sifat-sifat tercela ini ada pada wakil-wakil rakyat PR maka tidak
mustahil UMNO dan BN akan menyapu bersih negeri-negeri lain yang
diperintah Pakatan rakyat. 

Saya yakin insha ALLAH, wakil-wakil rakyat PAS dari 5 buah negeri ini
tidak akan terpengaruh dengan kemewahan dan kesenangan yang telah atau
akan disogokkan oleh pemimpin UMNO yang tamak. 
Yang saya bimbangkan sekarang ialah wakil-wakil rakyat selain dari
parti PAS. Apakah mereka berjiwa kental dan mendokong amanah rakyat
atau sebaliknya.

Saya minta maaf kepada semua pemimpin dan pendokong PKR kerana
terpaksa menyatakan hal ini. Saya bukanlah nak memburuk-burukkan
kalian tetapi saya nayatakan ini supaya kita boleh menilainya sendiri
dan seterusnya mengatur strategi yang sesuai agar perkara yang sama di
Perak tidak melanda neger-negeri lain.

Oleh itu para pemimpin PKR mesti giat mentarbiahkan ahli-ahli dengan
mengadakan berbagai program untuk memberi kesedaran keagamaan kepada
mereka agar jiwa mereka kental dan tak senang digoyah oleh pihak yang
tidak bertanggung jawab. Gunakanlah kepakaran ahli-ahli PKR yang tak
kurang hebatnya. Pimpinan PKR mempunyai tokoh-tokoh yang berkemampuan
untuk mentarbiahkan ahli mereka. Tokoh-tokoh PKR yang pernah
berkecimpung dalam JIM (Jemaaah Islah Malaysia), begitu juga Dr Badrul
Amin dan lebih-lebih lagi Anuar Ibrahim sendiri insha ALLAH, mampu
melaksanakan amanah tarbiah ini. 

Kita terhutang budi kepada semua wakil rakyat PAKATAN di negeri
Kelantan yang ada harga diri dan tidak mudah terpesona dengan
kemewahan dunia yang sementara.

Sikap beginilah yang sepatutnya ada pada setiap jiwa ADUN dan Palimen
Pakatan rakyat.

Apa yang berlaku di Perak sangat-sangat kita kesalkan. 

Anwar juga , mengikut pandangan saya ( maaf ya ) telah silap stategi
kerana menggemburkan peralihan kuasa 16 September. Sekarang pemimpin
UMNO menggunakan strategi yang sama dan mereka menyalahkan Anwar pula.
Dianatara punca kelemahan PR ialah terlalu yakin kepada strategi
sendiri. Anwar, pada pandangan umum adalah pakar mengatur strategi.
Anwar ingin merampas kerajaan persekutuan daripada BN selepas sokongan
dalam PRU12 tidak mencukupi dengan cara memujuk MP BN melompat parti.
Heboh satu Malaysia dan mungkin juga satu dunia terutamanya di Timur
Tengah. Mereka mengharapkan Anwar untuk memimpin dunia Islam setelah
pemimpin-pemimpin Arab gagal berfungsi. 
Anwar mengharapkan melaui lompat parti ini BN akan runtuh dan MP BN
akan berpindah sokongan kepada PR. Strategi Anwar ini ada kesannya
sehingga pemimpin BN bimbang dan takut yang mengakibatkan ramai MP BN
dibawa lari Ke Hong Kong dengan alasan kononnya untuk belajar walaupun
pemergiian mereka itu dilakukan dalam bulan puasa. Namun begitu
strategi Anwar ini gagal walupun ramai penyokong PR masih
mengharapkannya berlaku dan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja. 


Bakal Perdana Menteri selepas Pak Lah ini ( harap tak sempat jadi PM)
menggunakan strategi yang sama dengan Anwar. Tak tahulah siapakah yang
lebih bijak mengatur strategi , Anwar atau Najib ???

Yang jelasnya Strategi Anwar mungkin tidak melibatkan wang tetapi
Najib merompak wang negara untuk membeli wakil rakyat yang terpesona
dengan kemewahan dunia itu. Anwar pasti tahu akibat menggunakan wang
untuk membeli wakil rakyat. 

Kerana terlalu yakin dengan strategi sendiri dan yakin bahawa dua
orang wakil rakyatnya tidak akan mampu menambah pengaruh BN dan
mengharapkan ada pilihanraya kecil ekoran dari surat perletakan
jawatan maka kerajaan PR Perak ditumbangkankan BN. PR tidak boleh
mengharapkan Suruhanjaya Pilihanraya kerana umum mengetahui siapakah
dibelakang SPR.  

Sikap terlalu gembira dengan kemasukan Nasarudin Hashim ke dalam PR
juga merupakan punca kejatuhan. Kemudian digemburkan bahawa ada
beberapa orang lagi anggota BN Perak akan lompat parti. BN sudah tentu
tidak berdiam diri dengan berita ini dan mereka sudah pun bertindak
mengurung, memujuk dan entah apa lagi yang ditawarkan, hanya ALLAH
sahaja yang tahu dan mereka ini umum mengetahui ada masalah dengan
rasuah. Kenapakah PR tidak menjaga wakil rakyatnya dari di culik.
Walaubagaimana pun pada pandangannya sekiranya benar 2 orang bekas
wakil rakyat  itu terlibat dengan rasuah adalah baik bagi mereka
meninggalkan PR kerana kita tidak mahu orang yang tidak bermoral
mewakili rakyat. Insha ALALH mereka akan kalah di mahkamah diatas
sabitan rasuah ( kalau benar mereka lakukan ) dan seterusnya melalui
hukuman mahkamah mereka akan dilucutka dari jawatan dan seterusnya
pilihanraya akan diadakan semula. Inilah yang kita mahukan , Cuma
proses ini mungkin memakan masa.

Menghebahkan startegi kepada pihak musuh juga merupakan punca
kejatuhan. Umum mengetahui bahawa startegi itu adalah rahsia sesebuah
organisasi dan kalau dalam angkatan tentera strategi tidak boleh
didedahkan kepada sebarangan.

Sebelum ini Anwar begitu bangga mendedahkan perancangannya. Sepatutnya
kita mengatur strategi dan rancangan. Mengapa perlu didedahkan tentang
akan ada beberapa wakil rakyat BN akan melompat parti? Kenapa Anwar
tidak belajar dari rancangan 16 Sebtember yang gagal ? Sepatutnya
kegagalan itu dijadikan iktibar. 

Kita tidak sewajarnya menyalahkan Sultan Perak kerana baginda mungkin
tertekan. Saya percaya baginda tidak menyebelahi UMNO. Baginda bukan
tak tahu peristiwa yang berlaku hingga menyebabkan 2 wakil rakyat
keluar dari Pakatan Rakyat. Baginda sudah tentu tahu kehilangan wakil
rakyat, rasuah, penyelewengan, ugutan dan gertakan yang di jalankan
oleh pemimpin Umno. Saya percaya baginda mengambil kira situasi
ekonomi yang meleset dan untuk mengadakan semula pilihanraya berapa
banyak wang khazanah negara yang akan dirompak oleh pemimpin-pemimpin
UMNO. Oleh itu baginda mengambilkira kepentingan rakyat dan suasana
ekonomi negara yang tidak menentu..

Atau dalam hati kecil baginda sebagai orang yang memahami
undang-undang,  mengaharapkan Pakatan Rakyat akan menang saman
dimahkamah nanti dan seterusnya pilihanraya akan diadakan.  

Walaubagaimana pun kita kesal kerana baginda telah mempekenankan
pembentukan kerajaan negeri melalui cara BN yang kotor tanpa melalui
usul undi tidak percaya pada sidang DUN. 

Inilah yang tak dapat kita fikirkan iaitu kenapa baginda bertindak
begitu. WALLAAHU `AA`LAM.

Namun begitu kita mesti menghargai jasa baginda kerana mempenankan PR
menubuhkan kerajaan selepas pilihanraya baru-baru ini walau pun Tajul
Rosli telah terlebih dahulu mengadap baginda untuk menubuhkan kerajaan
BN.  

Sebagai kesimpulan, semuanya ini menjadi pengajaran yang sangat
berguna kepada kita. Oleh itu strategi yang berkesan hendaklah
dimulakan bermula dari sekarang agar kita dapat memerintah Malaysia nanti.

Ingatlah firman ALLAH :

" Mereka ingin memadamkan cahaya (Agama) ALLAH akan tetapi ALALH
menyempurnakan cahayanya walau pun golongan musyrik membencinya."

" Dan mereka merencanakan pakatan jahat tetapi ALLAH (juga)
merencanakan ( menggagalkan perencanaan mereka) . Dan ALLAH lah
sebaik-baik perencana".

Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH .

Wassalamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

http://almadanii.multiply.com


Kirim email ke