UMRAH CUTI SEKOLAH SAMBIL MELAWAT JORDAN

Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Terlebih dahulu saya meminta maaf kepada anda semua terutamanya kepada
moderator sekiranya mesej ini mengganggu anda semua dan saya
harap moderator memberi laluan kepada mesej ini untuk kebaikan kita
bersama.

Tujuan saya menghantar mesej ini ialah untuk mengajak sahabat-sahabat
n Muslimat mengerjakan ibadah umrah sambil melawat negara Jordan pada
cuti sekolah bulan Mei ini selama 14 hari.

Sebelum saya menjelaskan tentang umrah eluklah saya memperkenalkan
diri saya dahulu. Saya adalah saudara anda sesama Islam. Nama saya
Mohd Nasir dan orang panggil saya ustaz Nasir, manakala nickname
naasiha itu adalah singkatan nama saya mengikut ejaan bahasa Arab.Saya
bertugas sebagai lecturer di IPT.

Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namun
begitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang mereka
kerjakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu`
alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka telah pun membaca
atau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam-kitab- kitab haji dan
umrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah ini yang
dituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan kecil
sahaja doa' yang diamalkan oleh baginda Sallallaahu` alaihiwasallam,
apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkan suara sewaktu
tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau para Mutawwif
( pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedang khusyu`
melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya
mengajak saudara kita sesame Islam mengerjakan umrah bersama saya.

Oleh kerana saya bekerja saya tak boleh lah mengerjakan umrah
sepanjang masa. Sejak saya mula membawa jemaah umrah bermula pada
tahun 1994 saya hanya mengerjakan umrah 1 kali sahaja setahun kecuali
tahun 2004 dan tahun lepas sebanyak 2 kali.

Dalam tahun 2004. saya pergi bulan Mei cuti sekolah. Setelah saya
pulang,TAQWIM( KALENDAR ) untuk semester 1,2004/2005 baru keluar ,
setelah membacanya saya dapati bulan puasa tahun tersebut bertepatan
dengan cuti semester. Oleh itu saya pergi sekali lagi walau pun tak
cukup wang kerana tak mahu melepaskan peluang berpuasa dan beribadah
dibulan yang mulia.

Tahun lepas ( 2006 ) saya pergi bulan Mei, tiba-tiba 1 minggu sebelum
nak berangkat ada 6 orang jumpa saya nak pergi sama. Oleh kerana masa
suntuk maka saya tak sempat buat urusan, selepas pulang saya buat
urusan dan kami dapat bertolak pada bulan Jun, selepas 3 minggu saya
kembali dari Makkah.

Sebenarnya umrah yang saya kendalikan ebih bersifat" umrah keluarga "
Saya bukanlah seperti orang lain,yang mana kalau jemaah sakit akan
menghantar jemaah ke klinik yang mana bayaran consultation sahaja
150SR,tidak termasuk ubat yang mesti dibeli di pharmacy.Bagi saya buat
apa menghabiskan wang, bukankah lebih baik pergi ke hospital kerajaan
ambil teksi dengan bayaran 20SR pergi balik. Rawatan di hospital
kerajaan percuma, ubatnya standing dengan ubat yang dibeli di
Farmachy. Ini baru kes sakit , masih banyak lagi kes-kes yang lain
yang tak kuasa lagi saya nak ceritakan. Bagi saya , saya letakkan
posisi saya ditempat jemaah, apa rasa saya sekiranya orang buat
pada saya begini begini. Oleh itu saya tidak akan membebankan jemaah,
insha` ALLAH. Saya tidak pernah meminta jemaah bayar lagi di Makkah
walau pun saya sendiri terpaksa membayar sama seperti jemaah bayar.

Pada tahun ini, insha` ALLAH saya dah pun bercuti bermula pada 19.3.07
sehingga 12. 6. 07. Cadangan saya nak mengerjakan umrah sambil melawat
Jordan, melihat laut mati, Ashabul kahfi dan lain-lain lagi. Saya
pernah 3 Kali ke Jordan iaitu pada tahun 1994, 1995 dan 1996 dalam
perjalanan ke Makkah. Saya pergi ke Jordan ketika itu kerana jemaah
yang ikut saya nak melawat Baitul Maqdis. Alhamdulillah kami dapat
melawat Baitul Maqdis tahun 1995 dan 1996.

Dalam hati saya ada 3 tempat lagi Negara Islam yang saya nak melawat
iaitu Yaman,`Iraq dan Syria. Setakat ini ALLAH belum lagi mengizinkan
saya untuk ke sana ,walaupun saya dah hampir dengan `Iraq dan Syria
kerana dari Jordan ke Damshiq 3 jam dengan bas, manakala ke
Baghdad 10 jam. Pada tahun 1995 dan 1996 saya nak masuk Damshiq tetapi
pelajar di sana menasihati agar jangan masuk kerana dasar kerajaan
Syria ketika itu bersikap curiga terhadap orang asing yang memasuki
negaranya. Ada yang dapat pergi setakat sempadan sahaja dan kembali
semula ke Jordan kerana disempadan bermacam-macam soalan diajukan
sebelum dibenarkan masuk. Oleh kerana saya membawa jemaah terpaksalah
saya batalkan sahaja hasrat ini kerana kalau tak dapat masuk
menyusahkan jemaah sahaja. Sekarang semenjak bertukar presiden ,
Negara Syria telah pun menjalinkan hubungan yang erat dengan Malaysia
dan rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Syria. Pada
bulan Mei ini sekiranya jemaah nak masuk Syria , insha` ALLAH hasrat
saya akan tercapai.

Pada awalnya memang saya bercadang nak kerjakan umrah bulan April
tahun ini dan seterusnya cuti sekolah bulan Mei. Namun begitu mungkin
tiada rezki saya untuk bulan April ini berikutan dengan masalah visa
yang memang saya selalu berhati-hati , oleh itu saya merancang nak
kerjakan umrah cuti sekolah bulan Mei nanti. Selepas itu tak tahu lah
lagi bila saya dapat
pergi.

Saya telah pun di arahkan oleh IPT saya untuk menyambungkan pelajaran
ke peringkat PhD pada tahun ini juga dan meminta saya dapatkan tempat
belajar dengan seberapa segera. Saya bercadang hanya nak sambung di
Malaysia sahaja. Sekiranya saya dapat tempat nanti, saya akan diberi
cuti selama 3 hingga 4 tahun. Insha` ALLAH boleh lah saya mengerjakan
umrah bila-bila masa sahaja sekiranya ada permintaan dari jemaah.

Insha` ALLAH saya akan mengerjakan umrah pada cuti sekolah bulan Mei
ini iaitu pada 26.5.2007 dengan menaiki pesawat Jordan selama 14 hari.
Saya memilih untuk menaiki pesawat Jordan ialah kerana nak
menziarahi Negara Jordan.

Ceramah atau tazkirah akan diadakan dan disampaikan
oleh saya sendiri, insha` ALLAH.

Pada awalnya harga untuk pakej ini ialah 5200RM untuk twin sharing,
5100RM (Triple ) dan 5100RM ( Quad ).

Mungkin anda fikir harga ini mahal tetapi untuk pengetahuan abnda
semua harga tiket pesawat Jordan sahaja sudah 3500RM untuk cuti
sekolah.kalau di luar cuti sekolah harganya 3200RM.Urusan visa 180RM ,
sewa sebuah bas 2500RM, makan 30RM sehari,manakala penginapan di
Madinah pula ialah 175 ( Twin Sharing ),225( Triple )dan 275 ( Quad ).
Kami akan berada di Madinah selama 3 malam.

Setelah saya menghubungi kawan ( wakil ) saya di Makkah dia
memberitahu saya ada penginapan murah di Makkah . Oleh itu saya
mengambil keputusan untuk memperkenalkan 2 jenis harga , sederhana dan
murah. Berikut adalah senarai harganya.

PESAWAT ROYAL JORDANIAN ( SEDERHANA )
DOUBLE : 5200RM, TRIPLE : 5150RM, QUAD : 5100RM

KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN : 4500RM

PESAWAT ROYAL JORDANIAN ( EKONOMI )
DOUBLE : 4950RM, TRIPLE/QUAD/QUNT : 4880RM

KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN : 4250RM

Dalam pada itu bagi sesiapa yang nak harga murah boleh menaiki pesawat
Pakistan. Harganya seperti berikut:

PESAWAT PAKISTAN ( SEDERHANA )
DOUBLE : 4650RM, TRIPLE : 4600RM, QUAD : 4500RM

KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN : 3750RM

PESAWAT PAKISTAN ( EKONOMI )
DOUBLE : 4450RM, TRIPLE/QUAD/QUNT : 4330RM

KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN : 3650RM

** SEKIRANYA NAK KURANG LAGI TOLAK CENDERAHATI IAITU BEG SANDANG DAN
BEG BIMBIT SEBANYAK 30RM.
** KALAU NAK KURANG LAGI TOLAK LAWATAN DI JORDAN 110RM ATAU LAWATAN DI
KARACHI 50RM TETAPI ANDA TINGGAL DI HOTEL SAHAJA SEWAKTU BERADA DI
AMMAN, JORDAN ATAU DI KARACHI, PAKISTAN.
* UNTUK YANG MEMPUNYAI ANAK KURANG DARI 12 TAHUN MUNGKIN DAPAT DI
KURANGKAN LAGI SEKIRANYA AMBIL BILIK DOUBLE DI MADINAH TETAPI SAYA TAK
PASTI SAMADA PENGURUS HOTEL BENARKAN ATAU TIDAK. DI MADINAH NANTI
BARU DAPAT TAHU. KALAU DI BENARKAN BERMAKNA ANDA DAPAT JIMAT 225RM
LAGI, WALLAAHU `AA`LAM.

Dengan ini sekiranya anda berminat nak ikut serta pada 26.5.07 hingga
8.5.07 ini hendaklah menghantar nama penuh mengikut ejaan passport
antarabangsa seberapa segera yang dapat untuk di kemukakan kepada
airlines kerana kalau lambat kita bimbang pihak airlines akan
memberikan seat kepada orang lain dan untuk mencari seat lain amat
sukar sekali sewaktu cuti sekolah kerana peak season. Saya harap
warwarkan lah kepada kenalan anda yang sedang tercari-cari nak pergi
dengan travel mana pada cuti sekolah Mei ini kerana seat masih ada
lagi. Pihak airlines beri 35 seats dan jemaah saya sekarang 17 orang
termasuk saya. Oleh itu masih ada 18 seats lagi.

Saya harap dapat menguruskan visa dengan cepat kerana tahun ini lain
dari tahun-tahun yang lepas. Kalau tahun-tahun lepas 2 hari sahaja
visa boleh di keluarkan tetapi tahun ini lain pula.

Untuk melihat apa yang saya tulis di laman cari forum berkaitan dengan
umrah dan visa umrah sila ke laman berikut
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=125915&page=27#pid13816785

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=125915&page=28#pid13921127

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=125915&page=28#pid14013822

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=125915&page=28#pid14052224

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=125915&page=29#pid14503662

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=125915&page=29#pid14735742

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=125915&page=29#pid14778701

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=125915&page=30#pid14800880

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=125915&page=30#pid14801119

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman saya mengendalikan
umrah sila lihat blog saya di internet

Untuk melihat blog saya di internet sila baca blog
berikut

http://almadanii.multiply.com/

Sekiranya anda ingin ikut serta,insha` ALLAH saya akan adakan kursus
di sini dan juga di Madinah nanti, sehari sebelum berangkat ke
Makkah.

Setakat inilah sahaja buat kali ini. Semoga penerangan saya ini
bermanfaat . Sesiapa yang telah pun mengambil pakej dengan travel lain
tak mengapa, tiada rezki tetapi saya harap gunakan lah buku yang saya
hantar dahulu kerana banyak travel yang berpandukan buku yang
melambak di jual di pasaran yang tidak berasaskan kepada dalil nas
hadith dan kitab-kitab yang muktabar. Anda boleh juga mengikuti kursus
yang akan saya sampaikan nanti, insha` ALALH. Masalah anda pergi
dengan saya atau tidak itu masalah lain tetapi adalah menjadi tanggung
jawab saya untuk membimbing saudara kita sesama Islam supaya
menegrjakan umrah dengan betul dan mengikut sunnah Nabi SALLALLLHU
`ALAIHI WASALLAM.

Kepada yang masih lagi tercari-cari pakej , beri lah nama denagn
segera kerana kita nak issue tiket dan mengurusakn visa lebih awal
kali ini.Saya minta maaf kerana menulis dengan panjang lebar. Saya
tulis begini supaya anda tahu bagaimana saya buat urusan.

Sekian semoga kita semua sentiasa dibimbing,diberkati, dirahmat dan di
lindungi ALLAH dari segala musibah dan semoga hasrat kita untuk
mengerjakan umrah dipermudahkan dan direzkikan ALLAH. Aamin Yaa Rabbal
`aa lamin. Wassalaamu `alaikum warahmatullaahi
wabarakaatuh.

Saudaramu sesama Islam
[EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke