Salam kepada semua

Merujuk kepada artikel saya sebelum ini tentang krisis ekonomi di AS, keadaan 
ekonomi kita mungkin akan banyak bergantung kepada kedudukan ekonomi di China 
memandangkan kita sekarang ini banyak berdagang dengan China dan banyak rakan 
dagangan Malaysia juga berdagang dengan China seperti Singapura dan Thailand. 
Berikut adalah artikel yang dipetik dari Berita Harian Online tentang ekonomi 
China yang mencatatkan kadar pertumbuhan cuma 9% pada suku ketiga 
(Julai-September) yang merupakan pertumbuhan satu digit pertama semenjak 2005.

=========================
Bisnes Dunia: Ekonomi China lebih 
perlahanhttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ekonomi/20081021000543/Article/index_html




    
                       
    Pertumbuhan suku ketiga hanya sembilan peratus kesan krisis kewangan global


KERAJAAN China mengumumkan ekonomi negara itu berkembang lebih
perlahan pada suku ketiga lalu, pada kadar sembilan peratus kesan
daripada krisis kewangan global, sekali gus memberi isyarat ia akan
bertindak balas dengan memperke-nalkan langkah rangsangan ekonomi baru.


 Ini adalah kali pertama sejak 2005 China mencatatkan
pertumbuhan ekonomi suku tahunan sebanyak satu angka, iaitu petunjuk
kuat bahawa ia tidak terkecuali daripada menerima tempias kegawatan
ekonomi global.


 "Kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia adalah begitu ketara.
Ada lebih banyak faktor ketidaktentuan dan turun-naik dalam iklim
ekonomi antarabangsa," kata jurucakap Biro Statistik Kebangsaan China,
Li Xiaochao. 
 "Semua faktor ini sudah mula memberikan kesan negatifnya ke atas
ekonomi China," katanya ketika mengumumkan perangkaan ekonomi negara
itu di Beijing, semalam.


 Kesan daripada penurunan dalam tempoh Julai hingga September,
pertumbuhan ekonomi di negara kuasa ekonomi keempat terbesar dunia itu
dalam tempoh sembilan lalu menurun kepada 9.9 peratus.


  Ia adalah penurunan daripada 10.4 peratus pada separuh pertama 2008 dan 12.2 
peratus dalam tempoh tiga suku tahunan 2007.

  

    
                        

    
"Di China, sebarang pertumbuhan yang lebih rendah daripada 10 peratus
menunjukkan ekonomi adalah tidak cergas, dan tinjauan juga tidak baik,"
kata ahli ekonomi dengan firma ju-rurunding Global Insight,
berpangkalan di Beijing, Ren Xianfang.


 Kerajaan negara itu telah memberi isyarat awal sebelum
pengumuman perangkaan ekonomi itu bahawa keperluan untuk memperkenalkan
satu langkah baru bagi merangsang pertumbuhan ekonominya telah menjadi
agenda penting dalam penggubalan dasarnya.


 "Pertumbuhan ekonomi menunjukkan arah aliran perlahan,
keuntungan korporat dan pendapatan fiskal turut merosot dan pasaran
modal terus menjunam dan menjadi kurang cergas," demikian mengikut
kenyataan ringkas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana
Menterinya, Wen Jiabao, kelmarin.


 Mesyuarat yang diadakan Jumaat lalu, bersetuju dengan
pendekatan yang menyokong pertumbuhan seperti sokongan ke atas
pembelian rumah dan pengu-rangan cukai bagi urus niaga kediaman, kata
kenyataan itu.


    
                        

      "Mereka juga bersetuju untuk menaikkan rebat ke atas cukai eksport bagi 
menstabilkan pertumbuhan eksport," katanya.


 China mencatatkan lebihan dagangan dalam sembilan bulan
pertama tahun ini bernilai AS$180.9 bilion (RM637.108 bilion), merosot
2.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, mengikut kenyataan
pentadbiran kastam negara itu.


 Mengesahkan lagi aliran menurun bagi ekonomi yang terlalu
bergantung kepada eksport itu, jumlah pengeluaran industrinya
berkembang pada 15.2 peratus dalam sembilan bulan pertama 2008, jatuh
daripada 16.3 peratus dalam separuh pertama.


  Bagi September saja, pertumbuhan pengeluaran industri adalah pada kadar 11.4  
peratus.


 Disebabkan pertumbuhan eksport yang perlahan, China mencari
sumber baru bagi pertumbuhan ekonominya, khususnya pelaburan domestik
dan penggunaan.


 Li berkata, meskipun krisis ekonomi global memberikan kesan
ke atas pertumbuhan China, kekayaan terkumpul negara, simpanan yang
tinggi dan pasaran pengguna yang belum ditembusi menyediakan nada
optimis.


  "China masih berupaya mengetepikan kesan negatif daripada kegawatan ekonomi 
global," katanya. � AFP
==============================================Ini adalah artikel tulisan saya 
yang disiarkan di Sutera sebelum ini,
Krisis Eknomi di Amerika Syarikat # 1 - Bagaimana ianya bermula?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kebelakangan ini kita
dikejutkan oleh krisis ekonomi yang amat serius yang berlaku di Amerika
Syarikat. Saya sendiri amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih
lanjut tentang krisis ekonomi ini kerana walaupun mungkin ramai
daripada kita yang kurang bersetuju dengan tindakan2 AS di dunia ini,
kita tidak boleh menafikan yang jika ekonomi AS merudum, ianya akan
mengheret ekonomi-ekonomi dunia lain termasuklah juga ekonomi Malaysia.

Indeks
bursa saham seluruh dunia jatuh bagaikan pin boling dengan didahuli
oleh ruduman yang menakutkan di Wall Street di mana indeks jatuh
sebesar 700 mata dalam sehari!. Indeks Bursa Saham Wall Street turun di
bawah 10,000 mata minggu ini dan hari ini indeks Dow Jones turun ke
9,955.50
iaitu penurunan sebanyak 369.88 mata atau 3.58%.

Walaupun
kerajaan Malaysia telah berjaya mempelbagaikan negara-negara yang
berdagang dengan kita seperti mempertingkatkan perdangangan dengan
Jepun dan China tetapi kita juga akan merasai kesan sampingan atau
'side effect' daripada krisis ekonomi di AS oleh kerana negara-negara
di dunia ini :-

1. Banyak berdagang dengan AS -  Mengikut US Census Bereau, China mengeksport 
barangan berjumlah USD321 bilion dalam tahun 2007.

(Sumber - http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5700.html#2007 )

Jepun pula mengeksport barangan berjumlah USD145 bilion dalam tahun 2007.

(Sumber - http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5880.html#2007 )

Malaysia juga banyak mengeksport barangang ke AS dan pada tahun 2007 kita 
mengeksport USD32.6 billion dalam tahun 2007.

2. Banyak memegang US Treasury Bond
- US Treasury Bond ialah Bon Perbendaharaan Amerika Syarikat yang
dikeluarkan oleh kerajaan AS untuk membiayaai defisit perbelanjaan
negara mereka. Defisit berlaku oleh kerana kerajaan AS berbelanja lebih
daripada pendapatan mereka.

 Menurut Chinadaily.com pada June 2008, China memegang USD $503.8 billion US 
treasury bonds. 

(Sumber http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-08/18/content_6947539.htm )

Bila
berlaku krisis ekonomi di AS, harga Bond akan jatuh dan ini akan
menjejaskan aset China dan secara tidak lansung turut akan menjejaskan
perdagangan China dengan Malaysia.

3. Banyak memegang US dollar dan juga membayar perdagangan dalam US Dollar.

Banyak
negara-negara di dunia ini yang memegang US dollar sebagai currence
reseves mereka iaitu untuk mengukuhkan nilai
matawang mereka. Sebagai contoh, Malaysia juga memegang US dollar dan
lain2 matawang yang sekarang berjumlah USD119 billion pada bulan
September 2008. (Sumber : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=111)

Perdagangan antarabangsa juga banyak menggunakan US dollar sebagai mekanisma 
pembayaran.

Bila berlaku krisis ekonomi di AS, ada kemungkinan besar nilai US Dollar akan 
jatuh teruk dan ini akan menjejaskan:-

1. Nilai Foreign Currency reserves kebanyakan negara2.

2.
Nilai barangan yang akan diterima dalam matawang tempatan. - Sebagai
contoh, jika Malaysia telah memasuki kontrak untuk menjual minyak
kelapa sawit pada harga USD100 juta dan USD jatuh dari USD1=RM3.5
kepada USD1=RM3 maka:-

i. Harga sawit jika 1USD= RM3.5 = RM350 juta

ii. Harga sawit jika 1USD= RM3 = RM300 juta

Dalam
contoh di atas, Malaysia telah kerugian sebanyak RM50 juta akibat
kejatuhan USD. Ini bermakna, eksport-eksport barangan dan
perkhidmatan Malaysia akan mendapat hasil yang berkurangan dalam
Ringgit Malaysia.

Apakah PUNCA kriris Ekonomi di AS?

Jika
anda ada mengikuti perkembangan krisis ekonomi di AS anda akan lihat
yang ianya bermula daripada kerugian dan juga kebankrapan bank-bank
besar di AS. Anda semua tahu yang bank-bank dan institusi kewangan di
mana-mana negara merupakan tunjang ekonomi sesuatu negara dan jika
ianya mula tumbang, eknomi negara itu akan turut tumbang dan jika
negara yang tumbang itu ialah satu negara gergasi seperti AS maka ianya
akan tumbang dan mencederakan banyaki negara-negara di dunia ini.

Menurut
BBC News (Sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm)
bank2 di AS sudah mengalami kerugian sebanyak USD60 billion.

Kerugian
ini berpunca
apabila struktur pembiayaan perumahan di AS berubah. Biasanya bank2
seperti di Malaysia akan menggunakan wang yang mereka dapat dari
pendeposit untuk dipinjamkan ke peminjam. Oleh itu dalam keadaan
normal, bank menggunakan wang yang ada di bank mereka untuk memberi
pinjaman dan bank akan membuat keuntungan dari perbezaan faedah.

Sebagai contoh:-

Bank A terima RM100 juta deposit dan membayar faedah sebanyak 5% kepada 
pendeposit.

Kos faedah = 5% X 100 juta
                 = 5 juta setahun

Bank
akan menggunakan sebahagian daripada RM100 juta itu untuk menwarkan
pinjaman kepada yang memerlukan. Sebagai contoh bank Malaysia mungkin
hanya dibenarkan untuk menggunakan 80% sahaja daripada deposit ie RM80
juta

Bank A pinjamkan RM80juta kepada peminjam pada  faedah sebanyak 10% kepada 
pendeposit.

Hasil faedah = 10% X 80 juta

                   = 8 juta setahun

Dari contoh mudah ini Bank telah membuat keuntungan kasar sebanyak RM3 juta.





Kos faedah = 5% X 100 juta

                 = 5 juta setahun

Ini ialah model tradisional dalam proses pinjaman bank.

Bagaimanapun,
bank-bank di AS telah menggunakan model yang berbeza dimana mereka
mendapatkan dana daripada pihak ketiga iaitu mereka telah menjual
Pinjaman perumahan mereka kepada pihak ketiga dan dengan itu mereka
tidak perlu ada banyak deposit untuk memberi pinjaman2 yang besar.

Cth:-

Deposit diterima Bank A - RM100 juta
Dana dari pendeposit untuk dipinjamkan - RM80juta (80% dari deposit)
Dana dari Pihak ketiga    - RM100 juta

Jumlah yang boleh dipinjamkan - RM180 juta

Dalam
contoh di atas, Bank A boleh meminjamkan RM180 juta jika mengikut model
ini berbanding dengan RM80 juta sahaja dalam Model Tradisional.

Bank A bagaimanapun perlu mengutip ansuran dari peminjam untuk RM100 juta yang 
didapati dari Pihak Ketiga itu
dan bank akan menerima yuran perkhidmatan atau 'fee' dari pinjaman itu.

Malangnya
dalam keghairahan bank2 membuat untung, mereka telah cuai dalam
menganalisa peminjam dan kelayakan mereka. Bank2 telah memberikan
pinjaman yang tinggi kepada mereka yang tidak layak dan ini menyebabkan
ramai pemnjam tidak dapat membayar ansuran pinjaman merekd dan banyak
rumah telah dirampas dan dilelong.

Bank A dalam contoh di atas
sebenarnya berhutang RM100 juta dengan Pihak Ketiga itu dan jika
peminjam gagal bayar, Bank A yang perlu menanggungnya. Jika Bank A
gagal membayar RM100 juta itu,Bank A boleh di saman dan boleh bankrap.
Sudah tentu Bank A akan menghadapi masalah oleh kerana jumlah deposit
mereka pun cuma RM100 juta dan mereka tidak boleh menggunakan semua
jumlah itu untuk membayar hutang mereka itu.

Saya akan menulis lagi tentang krisis eknomi ini dalam masa terdekat dan jika 
anda ada kesempatan cuba baca artikel di
http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm yang menerangakan dengan jelas 
tentang punca Krisis Ekonomi di AS sekarang ini.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke