Pendahuluan Perkembangan semasa dunia hari ini telah melahirkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang semakin hari semakin mendapat permintaan ramai. Tambahan lagi jika perniagaan tersebut merupakan sesuatu perniagaan yang baru dan memberikan kemudahan atau kepentingan kepada pengguna. Justeru, anda dapat lihat betapa banyaknya daripada kita yang berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan tanpa menyedari bahawa sebenarnya telah memulakan langkah yang salah, iaitu dengan tidak menyediakan pelan tindakan perniagaan yang seharusnya menjadi garis panduan untuk mencapai kejayaan. Titik mula untuk menjalankan perniagaan dikira setelah anda mencetuskan idea dan keinginan untuk berniaga. Seterusnya, langkah-langkah untuk ke hadapan dirancang termasuklah faktor kewangan (modal), pembelian aset, strategi pemasaran dan janaan hasil pendapatan.
Soalnya, bagaimanakah anda hendak memulakan semua itu? Apakah garis panduan yang harus diikuti agar perancangan memulakan perniagaan itu tercapai? Walaupun anda mengetahui perkara yang bakal dilaksanakan, kadang-kadang anda buntu cara untuk menyediakan satu kaedah perancangan yang teratur melalui pembentangan kertas kerja perniagaan. Perkara inilah yang menyebabkan sesetengah permohonan pinjaman perniagaan tidak berjaya dan cadangan perniagaan tidak diterima. Kaedah pembentangan dan penyusunan isi kandungan kertas kerja haruslah jelas dan mudah difahami. Objektif, strategi pelaksanaan dan implikasi kewangan merupakan faktor penting dalam melihat sama ada sesuatu perniagaan itu mendatangkan keuntungan atau tidak jika perniagaan tersebut beroperasi. Selain itu, jangka masa membuat sesuatu kertas kerja dan pelan perniagaan kebiasaannya adalah singkat. Anda semestinya akan mengambil masa yang panjang jika tidak tahu cara untuk memulakannya. Justeru, buku ini bertujuan untuk memberikan panduan dan idea kepada anda di luar sana tentang cara untuk menulis dan menyediakan kertas kerja dan pelan perniagaan yang baik, efektif serta disaluti dengan isi kandungan yang sesuai. Terdapat empat bahagian dalam buku ini, iaitu Bahagian 1 - Panduan utama penulisan Bahagian 2 - Penyediaan kandungan dokumentasi Bahagian 3 - Contoh kertas kerja dan pelan perniagaan Bahagian 4 - Contoh profil syarikat Dalam Bahagian 1, penekanan diberi kepada panduan utama untuk menghasilkan kertas kerja dan pelan perniagaan yang efektif dan menarik perhatian pembaca. Hal ini termasuklah cara dan kaedah sesuatu penulisan itu dibentangkan. Sering kali kebanyakan kertas kerja tidak begitu berkesan disebabkan kaedah penulisan yang lemah. Dalam Bahagian 2, diberikan semua tajuk utama isi kandungan yang perlu ada dalam penghasilan kertas kerja mengikut susunan. Diterangkan serba sedikit kandungan yang perlu ada di bawah tajuk-tajuk tersebut. Dalam Bahagian 3, dimuatkan 10 contoh kertas kerja dan pelan perniagaan agar anda mendapat gambaran kasar cara kertas kerja dan pelan perniagaan dipersembahkan mengikut jenis perniagaan yang bakal diusahakan. Akhir sekali, dalam Bahagian 4 disertakan contoh profil syarikat bagi kemudahan anda sebagai panduan membuatnya. Kandungan Pendahuluan BAHAGIAN 1: Panduan Utama Penulisan i. Penjelasan Objektif ii. Keutamaan Komunikasi iii. Kesalahan Tatabahasa iv. Penggunaan Ayat v. Menulis Berdasarkan Bacaan Umum vi. Elemen Paparan/Grafik vii. Kaedah Pembentangan Penulisan viii. Tajuk dan Muka Surat yang Jelas ix. Penyusunan Agenda Pembentangan x. Pengakhiran Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan BAHAGIAN 2: Penyediaan Kandungan Dokumentasi i. Ringkasan Eksekutif/Pelan ii. Isi Kandungan iii. Pengenalan/Pendahuluan iv. Butiran Perkhidmatan/Perniagaan v. Isu Semasa/Situasi Masa Ini vi. Konsep Pelaksanaan vii. Strategi Pemasaran/Operasi/Pelaksanaan viii. Kaedah Implementasi ix. Implikasi Kewangan x. Janaan Pendapatan xi. Kajian Sasaran dan Persaingan xii. Langkah Seterusnya xiii. Jadual Pelaksanaan xiv. Kesimpulan xv. Penutup xvi. Apendiks/Lampiran BAHAGIAN 3: Contoh Pelan Perniagaan 1. Perkhidmatan Dobi 2. Perkhidmatan Katering 3. Perkhidmatan Mencuci 4. Perkhidmatan 'Terminal' Sekolah Memandu Kenderaan 5. Perkhidmatan Dandanan Rambut/Salon 6. Perniagaan Produk Perkahwinan 7. Perniagaan Kafe Berinternet 8. Perniagaan dalam Internet 9. Perniagaan Penternakan 10. Perniagaan Percetakan BAHAGIAN 4: Contoh Profil Syarikat 1. Contoh Profil Starikat 1: Esquire Technology 2. Contoh Profil Starikat 2: Penerbitan Pertiwi Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my. Harga senaskhah ialah RM25. Terdapat 10 contoh kertas kerja pelbagai perniagaan dalam buku ini.
