Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad
Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala
Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu
ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin
Alawi Al-Haddad.
Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.
Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul
Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam
Rabu selepas Solat Maghrib
Hari Sabtu 16 May 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku
berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 17 May 2009 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang
Sempurna dan Peringatan yang Utama’
Agar kita mengambil peluang untuk menghadiri majlis diatas untuk pendoman
perjalanan kita ke akhirat.
Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan dan akan
dimaklumkan pada majlis semasa.
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat
mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.
Semoga kami semua dapat manfaat dan diberkati Allah dengan usaha menimba ilmu
yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. serta RasulNya Muhammad s.a.w. Amin