Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8733 2411 Fax : 03-8733 2967
Website : www.bondamama.com
Email : [email protected]


PENGENALAN

Program BondaMama ini adalah satu lagi inisiatif dari Yayasan Pembangunan Nur 
Hikmah (YPN)  bagi menggerakkan satu langkah kearah masyarakat yang lebih 
seimbang dari segi ekonomi dan
 juga tanggungjawab sosial.
 Antara tujuan program ini ialah :

Mengujudkan peluang pekerjaan dari rumah untuk suri rumah sepenuh 
masaMenyediakan peluang bagi ibu-ibu serta penjaga untuk mendapatkan pengasuh 
yang sesuai untuk anak-anak merekaMenyemarakkan jaringan kasih
 sayang antara anak, ibu dan
 pengasuh
 mereka.Menyediakan asas asuhan yang
 sesuai untuk anak-anakMengeratkan silaturahim sesama wanita dalam kejiranan 
mereka
BAGAIMANAKAH PROGRAM BONDAMAMA INI BERFUNGSI ?

Program BondaMama adalah program yang dijalankan secara online. Ianya akan 
dilaksanakan mengikut peringkat berikut :

Ibu bapa anak akan mendaftar di laman web BondaMama.com dengan memberikan 
butir-butir peribadi serta anak mereka. Mereka akan mendaftar
 sebagai MAMA. Tujuan pendaftaran ini adalah bagi mendapatkan pengasuh yang 
sesuai
 dan terdekat
 dengan tempat tinggal mereka.Suri rumah sepenuh masa yang mampu serta ingin 
menjadi pengasuh dikehendaki mendaftar dilaman sebagai BONDA .
 Tujuan pendaftaran ini adalah bagi melihat
 peluang bagi menjadi pengasuh kepada anak-anak jiran mereka. 
YPN kemudiannya akan menganjurkan kursus sehari bagi para bakal BONDA bagi 
memberi pendedahan mengenai kaedah-kaedah penjagaan anak. Kursus adalah dengan 
kerjasama Unit Pendidikan Berterusan UNIVERSITI MALAYA untuk melayakkan anda 
menerima sijil yang diiktiraf. Sedikit yuran akan dikenakan. Selepas menamatkan 
kursus satu hari tersebut para suri rumah akan dianugerahkan pangkat BONDA dan 
mereka telah melayakkan diri untuk menjadi pengasuh melalui
 program BONDAMAMABondaMama.com kemudiannya akan membuat pemadanan (matching) 
antara MAMA dan BONDA berdasarkan kriteria
 yang telah ditetapkan seperti lokasi dan kemampuan.Apabila telah mendapat 
persetujuan antara MAMA dan BONDA maka program asuhan akan bermula dengan 
dikawalselia oleh pihak BondaMama.comKadar yuran yang dikenakan ialah diantara 
RM120.00 hingga RM180..00 mengikut ciri-ciri serta syarat-syarat yang 
ditetapkan oleh BondaMama.Yuran adalah dalam bentuk bulanan dan dibayar kepada 
BondaMama.com yang kemudiannya akan dibayar kepada BONDA . Pihak BondaMama.com 
akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10% dari jumlah yuran bagi tujuan 
sumbangan
 kepada Tabung Pendidikan YPN.

Jika anda seorang ibu / bapa / penjaga dan memerlukan orang untuk mengasuh baby 
/ anak anda , daftarlah di BondaMama.com sebagai MAMA

Jika anda seorang surirumah sepenuh / separuh masa dan berminat untuk menjaga 
baby / anak jiran anda , daftarlah di BondaMama.com sebagai BONDA

BondaMama.com akan memadankan anda supaya kita dapat memeriahkan
 kemaufakatan
 ini.

Layari www.BondaMama.com untuk
 keterangan lanjut


                                
                                                        
                                        Latihan melalui                         
                                
                
                  


                                
                                                        

                                        
                                
                                                        Projek di bawah naungan 
                        
                                


                
                  
  
  
    
  








      Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke