Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mulai hari ini saya akan cuba lebih kerap hantar artikel-artikel yang akan saya 
hantar HANYA kepada group SUTERA supaya anda dapat lebih manfaat dari group 
SUTERA ini.

=========================================
Elakkan budaya Mee Segera

Baru-baru ini saya ada menghantar artikel # 13 dalam siri Back to Basic English 
saya tentang Verb TO HAVE.

Ada sebabnya kenapa saya namakan artikel saya sebagai Back To Basic kerana saya 
suka mengajar dari peringkat Asas kerana saya sedar kita masih lagi lemah dari 
segi Asas-Asas tatabahasa dan Asas ini penting untuk lebih mudah kita buat 
ayat-ayat dalam bahasa Inggeris.

Kadang-kadang ada juga yang mahu terus boleh bercakap atau berbual dalam bahasa 
Inggeris walaupun ada yang masih lemah dari segi Asas tatabahasa.

Tiada JALAN PINTAS untuk mahir dalam bahasa Inggeris.

Sebenarnya bahasa Inggeris ni taklah susah sangat pada saya sebab ada banyak 
persamaan dengan bahasa Melayu terutamanya dalam topik2 seperti Nouns (kata 
nama), Pronouns (kata ganti nama), Adjective (Kata sifat), Adverb (Kata 
keterangan), Conjunctions (Kata Penyambung).

Jadi, secara amnya tak susah sangat untuk anda belajar bahasa Inggeris tapi 
anda kenalah rajin buka dictionary tu dan tahu yang mana satu Nouns, yang mana 
pula Adjective dan mana pula Adverb,

Sebagai contoh LAPAR. Dalam bahasa Inggeris hunger ialah Noun, hungry ialah 
Adjective dan hungrily ialah Adverb. Anda pun kena tahu le pulak bila Noun 
boleh digunakan, bila pulak nak guna Adjective dan bila pulak nak gunakan 
Adverb.

Sebagai cth Adjective ialah Kata Sifat dan digunakan untuk menerangkan sifat 
sesuatu Noun/Pronoun tu so kalau nak cakap seseorang itu 'lapar' anda kenalah 
gunakan dengan Adjective

eg

I am hungry.
Ali is hungry

dan bukannnya


I am hunger.
Ali is hungrily.


Sekian buat kali ini dan jumpa lagi di lain kali.

Kelas Asas-Asas bahasa Inggeris saya akan bermula Ahad ini 11hb Oktober di 
Sunway dan yuran cuma RM290.

Yusoff
0193090711





Kirim email ke