Assalamualaikum dan salam
sejahtera,
Kehidupan
di Malaysia sekarang ini makin mencabar terutamanya dari segi ekonomi. dalam
setahun dua ini kita dibelenggu dengan masalah Kemelesetan Ekonomi Dunia yang
turut menjejaskan kita dari segi gaji dan juga bonus. Untuk kita yang masih
mempunyai pekerjaan sudah tentu patut amat-amat bersyukor jika dibandingkan
dengan mereka yang kehilangan pekerjaan.
Cabaran akan datang pula ialah Goods and Service
Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebanyak 4% yang akan dikenakan tidak
lama lagi. Sesetengah subsidi juga telah dan akan dihapuskan. Subsidi petrol
juga sebenarnya telah dihapuskan cuma tak ramai yang sedar sebab harga minyak
masih rendah.
Banyak lagi subsidi-subsidi yang akan dihapuskan
sebab sememangnya subsidi dari segi ekonomi memang bukan satu cara yang efisyen
untuk memakmurkan ekonomi sesebuah Negara itu.
Ekonomi dia masih lagi belum pulih sebenarnya dan
Malaysia masih mencatatkan penguncupan 1.2% dalam suku ketiga (July,Aug,Sept)
2009. Baru-baru ini pula, kita dikejutkan oleh kegagalan Dubai World,sebuah
pemaju hartanah terbesar di Dubai,UAE, membayar ansuran pinjaman mereka yang
berjumlah USD60 bilion.
Secara amnya, kemelesetan ekonomi datang dalam
pusingan dan biasanya berlaku dalam kitaran 8-9 tahun. Ini bermakna, bila kita
pulih dari kemelesetan ekonomi sekarang ini, kita perlu bersedia untuk kitaran
kemelesetan yang akan datang dalam masa 7-9 tahun lagi.
Ada banyak cara kita boleh mengurankan impak dari
kemelesetan dan kegawatan ekonomi ini dan antaranya ialah:-
1. Mendapat kenaikan pangkat di syarikat anda
sekarang ini.Biasanya dengan kenaikan pangkat anda akan dapat pelarasan gaji
dan juga skel gaji yang berbeza.
2. Mendapat kenaikan gaji yang tinggi. Jika tidak
lebih 5% maka gaji anda sebenarnya tidak naik oleh kerana peratusan kenaikan
harga barangan yang tinggi.
3. Mencari pekerjaan di syarikat lain dengan
kenaikan pangkat dan gaji.
4. Menceburi bidang perniagaan secara sambilan
atau sepenuh masa.
Inflasi itu adalah satu perkara yang tidak dapat
diellakn dan sebenarnya penting untuk menjana ekonomi sesuatu Negara itu kerana
tanpa inflasi maka tiada kenaikan dalam harga barangan dan perkhidmatan dan ini
tidak akan menggalakkan peniaga untuk memasuki pasaran untuk menawarkan
produck-produk mereka.
Bagaimanapun untuk kita sebagai pengguna, jika
kadar kenaikan gaji kita kuran dari kadar inflasi maka sebenarnya gaji kita
(real wage) akan menurun.
Anda jangan lupa pula simpanan hari tua kita dalam
KWSP. Jika kadar inflasi kita le lebih tinggi dari kadar dividen KWSP kita maka
ini bermakna nilai simpanan kita dalam KWSP akan merosot. Jika kita cuma
mengharapkan duit KWSP apabila kita pencen nanti maka kita akan menghadapi
masalah yang amat besar dan mungkin kita tidak boleh pencen awal pada umur
55-58 dan terpaksa bekerja sehingga umur kita 60an- 70an.
Dari segi kerjaya, apa yang saya nampak ialah
dengan meningkatkan prestasi kerja anda dari segi:-
1. Pengetahuan tentang kerja anda.
2. Produktiviti dengan meningkatkan kecekapan
kerja.
3. Bekerja lebih lama. Datang awal dan balik lewat
dan juga mungkin kena datang hari Sabtu dan Ahad.
4, Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam
bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga bahasa2 lain bergantung kepada syarikat
dan organisasi tempat anda bekerja.
Semua ini penting jika kita ingin keluar dari
masalah kewangan dan juga untuk masa hadapan keluarga dan anak-anak kita.
Satu cara untuk meningkatkan prestasi kita di
syarikat ialah dengan meningkatkan kemahiran komunikasi kita dalam bahasa yang
banyak digunakan di syarikat anda ataupun yang banyak digunakan oleh
pelanggan-pelanggan kita seperti bahasa:-
Bahasa MelayuBahasa InggerisBahasa MandarinBahasa JepunBahasa Tamil
Peningkatan kemahiran anda dalam bahasa-bahasa di
atas membolehkan anda:-
1.
Menulis kertas-kertas cadangan kepada pihak pengurusan
dengan baik dan menyakinkan.
2.
Berkomunikasi dengan baik dengan pelanggan-pelanggan
anda.
3.
Dapat menyumbangkan idea dalam mesyuarat-mesyuarat dan
perbincangan di peringkat dalaman dengan pengurusan dan juga denga pihak luaran
seperti dengan pelanggan dan pihak berkuasa.
4. Dapat menulis manual-manual dan panduan-panduan untuk
staff syarikat anda dalam bahasa yang mudah untuk difahami.
5.
Boleh menjalakan latihan dan sesi penerangan dengan
berkesan untuk stff dan juga untuk pelanggan dan pembeli.
Seperti
yang anda semua tahu, saya telah menjalankan Kursus-kursus asas bahasa Inggeris
secara sepenuh masa semenjak 2006 dan untuk tahun ini yuran saya cuma sekitar
RM390 untuk Kursus Asas BI saya. Masuk tahun 2010 saya akan lebih agresif untuk
mempromosikan Kursus-Kursus yang saya jalankan dengan iklan di Harian metro dan
juga melalui brosur-brosur. Ini bermakna saya tidak dapat mengekalkan yuran
lama RM390 dan yuran akan saya naikkan pada sekitar RM450.
Jika anda rasa ini mahal, anda boleh survey Pusat2
bahasa Inggeris seperti Erican (RM700++), British Council (RM700++), BBC
ENglish (RM2,000++).
Saya tidak mengenakan yuran yang tinggi sebab saya
seorang sahaja yang mengajar di pusat latihan saya itu dan juga saya tidak
mempunyai pekerja oleh kerana semuanya saya buat sendiri.
Rasanya saya dah berikan maklumat lengkap tentang
Kursus saya ini dan anda sendiri yang boleh buat keputusan yang bijak cuma
jangan telalu menunggu2 dan menangguh2 sebab harga-harga barang dan yuran kelas
saya juga semakin meningkat.
Lagipun anda perlu ingat yang untuk mahir
sepenuhnya dalam bahasa Inggeris ini memakan masa bergantung kepada kemahiran
anda sekarang ini.
Yang betul-betul lemah sekurang2 perlu
setahun..yang sederhana lemah mungkin dalam 6-8 bulan...Cepat atau lambat
banyak bergantung kepada kerajinan anda..
Kursus Perbualan saya akan bermula 13hb Disember
ini dan Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris pada 9hb Januari depan.Yuran Kursus
Perbualan belum dinaikkan lagi dan masih RM280 dan yuran Kursus Asas-Asas BI
masih lagi RM380 sahaja untuk kesuluruhan kursus.
Sekian buat kali ini celoteh saya dan Good Luck
dalam kerjaya anda semua..
Tq
Yusoff
0193090711