Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Berikut adalah penerangan saya keatas jawapan yang ditanya oleh pelajar saya berkaitan dengan artikel yang saya tulis minggu lepas. Diharap anda dapat faham dengan penerangan ringkas saya ini. ============================================
From: mohd zaki Subject: Re: [kelasenglish] Kenapa Grammar bahasa Inggeris penting untuk anda pelajari # 1 To: [email protected] Date: Sunday, February 28, 2010, 11:35 PM Assalamualaikum Cikgu. Saya tak faham bila kita nak guna had + ___en (e.g. spoken) contoh yang cikgu bagi ni saya xtau bila nak guna had tu? 2. I have eaten breakfast. 3. I had eaten breakfast before I came here. Harap cikgu boleh terangkan. Terima kasih Saudara Zaki, Waalaikumsalam Contoh ayat yang saya berikan itu dengan penggunaan 'had eaten' ialah contoh penggunaan Kata Kerja atau Verb yang dalam bentuk Past Perfect tense. Bentuk Verb dalam bentuk Past Perfect tense ini tidak semestinya Had + Verb + -en Bentuk sebenarnya ialah Had + Verb dalam bentuk Past Participle. Ayat sebegini digunakan dalam Kala Past Perfect di mana ada dua perbuatan berlaku di masa lepas dan Perbuatan pertama (Had eaten) akan menggunakan Past Perfect tense dan perbuatan kedua (came) akan menggunakan Simple Past dimana Verb adalah dalam bentuk Past Tense. Sila rujuk kepada Kamus yang lengkap untuk tengok bentuk2 Past Participle. Dalam Kamus Oxford Englih-English-Malay ada diberikan senarai Verb dalam bentuk Past Participle. Kalau bentuk Verb biasa (regular verbs), bentuk Past Participle ialah Verb + -ed Cth worked, talked, watched dan lain-lain eg I had worked there before I resigned in 2005. had worked -perbuatan pertama dalam Past Perfect tense resigned - perbuatan kedua dalam Simple Past tense I had talked to Ali before I called his father yesterday. had talked -perbuatan pertama dalam Past Perfect tense called - perbuatan kedua dalam Simple Past tense Ali had bought a car before he joined this company last year. had bought -perbuatan pertama dalam Past Perfect tense joined - perbuatan kedua dalam Simple Past tense Penerangan lanjut tentang penggunaan Verb tenses akan saya terangkan dalam Kursus Intermediate English yang bermula 13hb March ini. Kelas hari Sabtu pagi selama 4 minggu sahaja. Masih ada kekosongan jika berminat menyertai kelas ini. Regards Yusoff 0193090711
