Kenapa Grammar bahasa Inggeris penting untuk anda pelajari – Siri 2?

 

 Assaalamualaikum dan Salam
Sejahtera

 

Dalam artikel #1 saya sebelum ini saya
ada menerangkan secara ringkas kenapa Grammar bahasa Inggeris itu penting jika
anda ingin menjadi fasih dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Saya terangkan lagi serba sedikit
penggunaan Grammar lagi dalam artikel saya ini dengan  harapan anda semua dapat 
manfaat dan dapat
memahaminya dan kemudian boleh menggunakan perkataan-perkataan bahasa Inggeris
anda dengan betul.

 

1. Grammar memudahkan anda memahami
fungsi setiap perkataan yang ada dalam bahasa Inggeris

 

    Rasanya hampir semua
daripada anda mempunyai kamus bahasa Inggeris di pejabat atau di rumah untuk
membantu anda dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda. Apa yang
penting ialah anda perlu mempunyai kamus yang lengkap fungsinya seperti Kamus
Oxford English-English-Malay yang sering saya sarankan kepada pelajar-pelajar
saya. Kepada yang menggunakan Kamus Dwi Bahasa Oxford dan lain2, anda perlu 
mempunyai
kamus seperti Kamus Oxford English-English-Malay kerana fungsinya lebih
lengkap.

Antara fungsi yang ada dalam Kamus
Oxford English-English-Malay ialah kamus ini akan memberikan anda apakah
jenis-jenis perkataan yang ada dalam kamus itu.

Sebagai contoh, anda mungkin merasakan
yang anger, angry dan angrily semuanya mempunyai maksud yang sama. Anda betul
dari satu segi tetapi jika anda halusi kesemua perkataan-perkataan ini, setiap
satu digunakan dengan berbeza kerana:-

 

Anger – Noun – Kemarahan / amarah Angry –Adjective – MarahAnger – Verb – 
Membuat seseorang/sesuatu itu marahAngrily – Adverb – Dengan marah

 Perhatikan yang ada empat bentuk
perkataan utama yang perlu anda tahu dalam bahasa Inggeris iaitu:-

1. Noun – Ini
ialah Kata Nama yang anda gunakan untuk menamakan seseorang atau sesuatu.

2. Adjective
–Ini ialah Kata Sifat yang anda gunakan untuk menceritakan sifat seseorang atau
sesuatu. Sifat boleh merujuk kepada perasaan, emosi, keadaan fizikal, warna,
saiz, bentuk dan lain-lain. Adjective digunakan untuk menerangkan Noun atau
Pronoun sahaja.

3. Verb –Ialah
kata kerja yang digunakan untuk menerangkan perbuatan yang dibuat oleh
seseorang atau sesuatu.

4. Adverb –Ialah
Kata Keterangan yang digunakan untuk menerangkan bagaimana sesuatu perbuatan itu
dilakukan. Adverb juga boleh digunakan untuk menerangkan dengan lebih lanjut
tentang Adjektif dan juga Adverb yang lain.

 Dengan mengetahui apakah jenis perkataan-perkataan
itu dan fungsi2nya maka anda akan dapat menggunakan perkataan-perkataan
tersebut dengan betul. Dalam mengajar pelajar2 saya di peringkat Fundamentals,
saya akan menerangkan fungsi2 Noun, Pronoun, Adjective dan Adverb. Apabila
mereka telah faham fungsi2 Empat perkataan utama ini maka adalah lebih mudah
untuk mereka menggunakan kamus untuk meningkatkan Kosa Kata atau Vocabulary
mereka.

 

Kelas Fundamentals Grammar saya akan
bermula pada 11hb April ini di Pusat Kejiranan Precint 9 dan kelas Fundamentals
Grammar di Sunway pada 8hb Mei nanti.

Saya akan sambung lagi Siri ini dalam
masa yang terdekat untuk menerangkan kenapa anda perlu kuasai Grammar jika anda
ingin fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris baik dalam penulisan mahupun
perbualan.

 

Jumpa lagi

 

Yusoff

[email protected]

0193090711

 


      

Kirim email ke