Assalamulaikum dan Salam sejahtera semua




Jika anda perhatikan daripada syllabus kursus
Asas-Asas komunikasi bahasa Inggeris saya, anda boleh lihat yang saya mulakan
kursus saya dengan topic Nouns atau Kata Nama. Ini bukan sahaja pendekatan yang
digunakan oleh saya tetapi juga kebanyakan cikgu-cikgu bahasa Inggeris di
seluruh dunia.

 

Saya selalu memberitahu pelajar-pelajar saya yang
untuk menjadi bagus, fasih dan yakin dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,
kita perlu menjadi seorang pencerita atau story teller yang baik.

 

Tak kisah le anda ingin gunakan bahasa Inggeris
anda untuk tujuan sosial, kerjaya, pendidikan dan juga untuk tujuan peperiksaan
seperti SPM atau MUET. Semuanya memerlukan penceritaan yang baik.

 

Jika anda sedang ditemuduga dalam bahasa Inggeris,
anda juga perlu menjadi pencerita yang hebat. Anda perlu bercerita tentang diri
anda, pengalaman kerja anda dan juga apakah matlamat dan impian anda di masa
akan datang.

 

Sebagai pencerita, anda perlu kenal
pelakon-pelakon dalam cerita anda itu. Mungkin pelakon-pelakon anda ialah orang,
haiwan, benda dan nama-nama tempat. Tanpa pelakon-pelakon ini, anda tidak boleh
memulakan cerita anda itu.

 

Sebagai contoh, jika pelakon anda itu orang, anda
perlu memberitahu nama mereka, pekerjaan mereka, hubungan mereka dengan anda
dan orang lain dan sebagainya.

 

Siapakah mereka-mereka ini? Mereka semuanya ialah
Nouns.. Kata nama..perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris yang anda gunakan
dalam bahasa Inggeris untuk menamakan pelakon-pelakon anda itu.

 

Di dalam kursus Asas-Asas komunikasi bahasa Inggeris
saya akan menerangkan kepada pelajar-pelajar saya penggunaan Nouns dari segi:-

 

Proper nounCommon nounGender in nouns

 

Proper noun serupa dengan kata nama khas dimana
ini adalah nama spesifik yang diberikan kepada sesuatu noun itu seperti Ali,
Putrajaya, Garfield dan sebagainya.

 

Common noun pula ialah kata nama am bila kita
menamakan noun itu secara am seperti man, cat, city dan sebagainya.

 

Anda mungkin tertanya-tanya kenapalah topik yang
mudah seperti proper dan common noun ini pun saya perlu ajar juga? Sebenarnya
ini lebih untuk mengingatkan pelajar-pelajar saya kerana berdasarkan pengalaman
saya ada yang masih keliru dengan proper dan common nouns ini dan ini
menyebabkan ada yang menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang
tidak sesuai.


Dalam sub topik Gender Noun untuk orang pula anda
perlu tahu yang ada nama yang khas untuk jantina lelaki  seperti boy, man dan 
sebagainya. Ada juga
nama-nama yang khas untuk jantina perempuan seperti boy, woman dan sebagainya.
Selain dari itu, anda juga perlu tahu tentang common gender di mana nama-nama
orang itu tidak merujuk kepada mana-mama jantina seperti teacher, doctor,
student dan sebagainya.

 

Saya harap anda boleh nampak sedikit kenapa kita
mesti mulakan pembelajaran bahasa Inggeris kita dengan noun. Saya akan
terangkan lagi kenapa noun penting dimana dalam kursus saya, saya akan
terangkan lagi tentang:-

 

quantity in nouns –
     singular dan pluralcount in noun –
     countable and uncountablecollective noun –
     untuk noun dalam jumlah yang banyakpossessive noun –penggunaan
     noun untuk menunjukkan pemilikan.

 

Jika anda sedang dalam proses meningkatkan
kemahiran anda dalam bahasa Inggeris, pastikan yang anda kuasai dulu topik ini.
Jangan gopoh untuk mempelajari topik2 lain jika anda masih lemah dalma topik
ini.

 

Kursus Asas-Asas komunikasi bahasa Inggeris saya
bermula 3hb Julai ini. Mungkin kursus terakhir sebelum Raya ini.

Yusoff 0193090711








Kirim email ke