Akal DalamBeragama
Rasullullah SAW bersabda yg maksudnya :
"tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal
¨artinya orang yang akalnya tidak sehat atau orang yang tidak¨siuman atau
orang yang terganggu akalnya ataupun orang gila tidak¨dapat dan tidak mampu
beragama. Mereka pun tidak dituntut¨beragama.
Jelasnya mereka tidak dituntut bertauhid, bersyariat atau bertasawuf. Mereka
bukan orang yang mukalaf. Oleh itu mereka tidak disuruh menegakkan syariat.
Mereka terlepas dari hukum suruhan dan hukum larangan Tuhan. Kalau mereka
berbuat ibadah, tidak diberi pahala. Kalau mereka berbuat maksiat dan
kemungkaran pun tidak berdosa. Mereka ini dianggap sebagai ahlul fitrah. Mereka
ini sama
saja dengan anak-anak yang mati sebelum akil baligh tidak pandang apa agama
ibu dan ayah mereka dan juga manusia yang tidak sampai kepada mereka seruan
dakwah. Mereka semua adalah ahli syurga.
Namun istilah tidak berakal dalam hadis tersebut bukan saja maksudnya gila
atau tidak siuman atau terganggu akal. Kalau itulah yang dimaksudkan, sudah
tentu Rasullullah akan terus menyebut gila atau tidak siuman. Tidak berakal di
sini juga bermaksud belum pandai menggunakan akal atau akal yang belum
sempurna. Seperti anak-anak yang belum cukup umur atau belum akil baligh,
mereka ini bukan gila atau bukan tidak siuman. Cuma mereka belum pandai
menggunakan akal dan oleh itu dianggap tidak berakal. Mereka ini tidak
diwajibkan beragama.
Walaupun begitu, hadis ini juga tidak bermaksud orang yang berakal atau orang
yang sempurna akalnya sudah tentu akan beragama. Ini tidak berlaku. Berapa
banyak kita lihat orang yang berakal malahan yang pandai-pandai tidak beragama
bahkan ada di antara mereka yang menentang agama. Satu hal lagi, walaupun agama
dalam hadis ini dikaitkan dengan berakal, ini tidak bermakna akal itu
semata-mata adalah alat untuk beragama. Justeru itu kalau akal diasah
tajam-tajam dan diisi dengan berbagai-bagai dan sebanyak-banyak ilmu, belum
tentu seseorang itu akan beragama, walaupun ilmu yang ada padanya adalah ilmu
Quran dan hadis. Berapa ramai kita lihat profesor-profesor terutama di
perguruan perguruan tinggi di Barat dan Amerika yang mengajar ilmu Islam dan
memberi ijazah, masters dan PhD ilmu Islam kepada lulusan lulusan orang Islam
tetapi mereka sendiri tidak beriman. Hadis ini merujuk kepada orang yang tidak
berakal dan bukan kepada orang akal. Orang yang tidak berakal ialah orang
yang tidak pandai atau belum pandai menggunakan akalnya. Orang akal ialah
orang yang mengagungkan akalnya.
Ada perbedaan antara dua istilah ini. Kalau orang yang tidak berakal susah
hendak beragama, orang akal yang berpandukan akalnya dan logika semata-mata,
lebih-lebih lagi susah hendak beragama. Sebenarnya, tidak berakal dalam hadis
ini membawa maksud akal yang tidak terpimpin. Orang yang akalnya tidak
terpimpin dianggap tidak berakal. Dalam Islam, akal yang tidak terpimpin itu
ialah akal yang tidak dapat berfungsi di atas landasan haq dan kebenaran. Iaitu
akal yang berputar dengan bebas tanpa dikontrol oleh hati yang yakin, beriman
dan takut kepada Allah. Islam menganggap orang yang akalnya tidak mau tunduk
kepada hatinya atau kepada kebenaran sebagai orang yang tidak berakal. Akal
seperti ini hanya akan tunduk kepada nafsunya saja.
Walau bagaimana pintarnya akal yang tidak terpimpin ini, ia tidak akan dapat
keluar dari kepompong alam dunia dan alam material. Ia tidak dapat menembusi
alam-alam yang lebih seni dari
alam syahadah atau alam nyata ini seperti alam barzakh alama khirat, syurga,
neraka, malaikat dan hal yang berkaitan dengan
Tuhan itu sendiri. Walhal semua itu adalah benar.
Akal yang tidak terpimpin ini sangat bahaya. Ia akan ber-
gantung habis-habisan kepada logika akal semata-mata dan tidak
akan nampak sumber kebenaran yang lain. Walhal kalau
menurut logika akal, akhirat itu tidak logis, syurga dan neraka
tidak logis, hidup sesudah mati itu tidak logis, malaikat tidak
logis bahkan Tuhan itu pun tidak logis. Justeru itu, orang yang
akalnya tidak terpimpin akan mendapatkan kesukaran untuk mem-
percayai perkara-perkara ghaib seperti malaikat, hari kiamat,
Tuhan dan sebagainya.
Itu sebab dalam Islam, pendidikan adalah berteraskan konsep
yang terkandung di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW ber-
sabda, maksudnya: Awal-awal agama mengenal Allah.
Awal-awal lagi, anak-anak perlu dikenalkan kepada Allah
supaya hati mereka terisi dengan rasa-rasa bertuhan. Rasa-rasa
inilah yang akan menguasai dan memimpin akal mereka. Akal
mereka akan berputar dan berfungsi di bawah pengawalan hati
mereka yang senantiasa terhubung dengan Tuhan dan yang senantiasa terisi
dengan kebenaran dan rasa-rasa bertuhan.
Islam tidak mau akal itu digunakan secara bebas tanpa
kawalan. Islam mau akal itu senantiasa terpandu. Islam menuntut
kita berzikir sambil berfikir. Ini dapat dilihat dalam ayat dalam Al Quran,
maksudnya: Orang yang sentiasa mengingati Allah
(berzikir) dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan
mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi.(Surah
Ali Imran: 191)
Hati mesti terhubung dahulu dengan Tuhan melalui zikir,
barulah akal digunakan untuk berfikir. Berzikir itu kerja hati.
Berfikir itu kerja akal. Barulah fikiran itu akan dibantu dan
dipandu oleh Tuhan. Kalaulah akal dibebaskan berfikir tanpa
kawalan hati yang berzikir, ia akan menyimpang dari kebenaran.
Akal itu kalau dibebaskan berfikir, pengujungnya nanti ia akan
menafikan/menolak kewujudan Tuhan. Karena hal-hal Tuhan dan perkara-perkara
ghaib adalah diluar kemampuan akal untuk memahaminya.
Ditakutkan apabila perkara-perkara ini tidak dipahami, akal akan
menolaknya. Itulah bahayanya akal. Sebab itu ia perlu dikawal
dan dipimpin oleh hati. Mari kita lihat cara mencari kebenaran berpandukan
prinsip dan kaedah falsafah, iaitu kaedah yang dicipta oleh orang akal yang
seratus persen bergantung kepada kekuatan akal semata-mata. Dalam sesuatu
perkara atau permasalahan itu, ditimbulkan bermacam macam keraguan terlebih
dahulu. Sesudah itu barulah akal digunakan untuk mencari hujah, dalil dan
kepastiannya yang paling masuk akal.
Atas dasar inilah penemuan-penemuan dan teori-teori
falsafah dikemukakan. Dalam Islam, ini tidak berlaku. Ilmu
kepastian perlu didapatkan terlebih dahulu dari Tuhan. Sesudah itu barulah
akal digunakan untuk melaksanakan dan mengembangkannya. Dengan itulah akal akan
senantiasa terpimpin dan tidak keluar dari garis orbitnya. Ia tidak perlu
mencipta sistem, konsep atau doktrin yang baru tetapi hanya perlu mengembangkan
konsep yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Inilah sebenarnya fungsi akal. Ia
menterjemah dan mencari kaedah atau jalan bagaimana hukum dan syariat Tuhan
dapat dipahami dan dilaksanakan. Akal itu adalah pelaksana bagi sistem dan
hukum yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Ia bukan pencipta sistem atau hukum
baru. Apabila akal digunakan untuk mencipta sistem dan hukum, maka
porak-perandalah hidup manusia
karena sistem dan hukum yang dicipta itu akan berlawanan dan
bertentangan dengan keperluan dan tuntutan fitrah asal mula kejadian manusia.
Hanya Tuhan saja yang mengetahui keperluan dan kehendak manusia yang sebenarnya
karena Dialah yang menciptakan manusia. Oleh karena itu hukum Tuhan sajalah
yang sesuai dan patut digunakan dan dipakai untuk manusia.
Tidak berakal dpt juga bermaksud tidak cerdik. Bila akal
tidak cerdik, tidak pandai bertindak dan tidak pandai menyelesaikan masalah,
dia tidak akan mampu dan tidak akan berupaya
untuk memahami, menterjemah dan melaksanakan segala
hukum dan syariat Tuhan. Akal seperti ini tidak akan dapat menegakkan
tuntutan agama yang begitu banyak. Ia tidak akan dapat mempraktikkan agama
secara syumul dan menyeluruh. Ia hanya akan dapat berbuat ibadah-ibadah yang
khususiah seperti solat, puasa, wirid, zikir, baca Quran dan sebagainya. Ia
mungkin dapat menjadi seorang ahli abid. Tetapi agama bukan sebatas
melaksanakan ibadah khususiah dan menjadi ahli abid saja. Agama termasuk
menegakkan segala tuntutan-tuntutan yang lain yang berbentuk batiniah maupun
lahiriah. Agama menuntut kita menegakkan tamadun atau peradaban rohani dan
tamadun/peradaban lahir.
Peradaban rohani melibatkan hati, akal dan nafsu yang perlu
dibina dan dididik sehingga seseorang itu menjadi orang yang
betul-betul kenal Allah (arifbillah) dan bertaqwa kepada Allah.
Di segi lahirnya, Islam sebagai cara hidup (addin) perlu ditegakkan dalam
semua aspek kehidupan dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan, kebudayaan,
keuangan, pelayanan kesehatan dan sebagainya. Inilah yang dinamakan tamadun
lahir. Barulah Islam itu lengkap, syumul dan sempurna. Barulah keperluan lahir
dan rohani manusia dapat dipenuhi. Inilah yang dimaksudkan dengan agama iaitu
cara hidup atau addin yang syumul dan lengkap.
Ini semua bukan hal yang mudah. Hanya orang yang berakal dan yang cerdik saja
mampu melaksanakan semua ini. Orang yang tidak cerdik tidak akan dapat
memahaminya, jauh sekali
untuk menegakkan dan melaksanakannya.
Peradaban lahir pula, Islam sebagai cara hidup, ditegakkan dalam semua aspek
kehidupan. Barulah Islam itu lengkap, syumul dan sempurna. Barulah keperluan
lahir dan rohani manusia dapat dipenuhi. Kita tidak cukup mampu menjadi ahli
ibadah semata-mata. Kita harus ingat bahwa maksud agama dalam hadis ini dan
pemahaman agama yang sebenarnya meliputi seluruh sendi-sendi dalam agama yang
wajib kita tegakkan meliputi yang lahir maupun yang batin.
Jelas bahwa orang yang tidak berakal atau tidak cerdik akan mendapat
kesukaran untuk menegakkan agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Mereka
tidak akan mampu menegakkan tamadun lahir. Tanpa akal, umat Islam akan jadi
beku dan jumud.
Begitulah maksud yang tersurat dan tersirat dari berakal dan agama yang
terkandung dalam hadis ini. Kita tidak dapat lari dari hakikat bahwa akal itu
perlu dalam agama akan tetapi hanya apabila ia mau tunduk dan dipimpin oleh
hati.
sekian
mohamat safiri
+628197671913
+624115269619
---------------------------------
Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's Comedy with an Edge to see what's on,
when.
[Non-text portions of this message have been removed]