Salamun'alaik..
Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli
keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam
di muka bumi ini.
Mohon izin para sahabat sekalian untuk menyebarkan e-mail ini kpd
muslimin/muslimat atau e-groups Islam yang lain. Mudah-mudahan mereka juga
berkesempatan untuk memiliki set Jejak Rasul: Muhammad seperti yang ditayangkan
melalui TV3 pada Ramadhan 1427H/2006 yang lepas.
Semoga jasa kalian dibalas Allah sebaik balasan mukmin yang berbudi..
Pengorbanan..
Penderitaan..
Penat-Lelah dan Jerih..
Panas Terik Padang Pasir..
Titisan air mata dan darah yang mengalir ke bumi demi menegakkan...
Perintah Allah Subhanahu Wata 'Ala.. Yang Maha Esa..
Jejak Rasul : Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam
Jejak Rasul ke-12 tumpu kisah sebenar kehidupan Baginda
SEJARAH hidup Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bukan asing bagi kita
kerana banyak buku, drama serta filem dihasilkan baik oleh umat Islam sendiri,
juga bangsa lain mengenai junjungan agung itu.
Bagaimanapun, lebih banyak persoalan serta fakta menarik mengenai Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam akan dirungkai dalam siri Jejak Rasul musim ke-12
yang pernah menemui penonton TV3 jam 6.30 petang sepanjang Ramadhan 1427H.
Pertemuan dengan krew penerbitan Jejak Rasul Muhammad dan kesempatan melihat
sesi penyuntingan di Sri Pentas TV3, membuatkan hati tidak sabar untuk
mengikuti siri menjejaki sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang
disiarkan sepanjang Ramadan ini.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Jejak Rasul kali ini yang menumpukan seratus
peratus kisah kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai
percubaan berani TV3 menampilkan kelainan dalam usaha memenuhi aspirasi
penonton.
Bukan menidakkan kelebihan 11 siri yang lalu, tetapi pemilihan kisah hidup Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai fokus utama dilihat mampu mengajak
masyarakat menghayati perjuangan serta keperibadian Baginda.
Secara tidak langsung, program Jejak Rasul Muhammad akan dapat menjernihkan
ketegangan yang tercetus akibat penyiaran karikatur menghina dan mempersenda
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam oleh sebuah akhbar Denmark,
Jyllands-Posten.
Tindakan itu memperlihatkan sikap masyarakat bukan Islam yang tidak sensitif
atau peka dengan perkara menyentuh kesucian agama Islam dan melukakan hati umat
Islam.
Penerbit Eksekutif Jejak Rasul, Zainal Ariffin Ismail, berkata awalnya mereka
ingin menghasilkan kisah mengenai dua musim perdagangan iaitu musim panas dan
sejuk yang dilalui pedagang Arab zaman dulu.
Apabila diadakan perbincangan, katanya, tercetus pula idea untuk memfokuskan
jalan cerita kepada kisah hidup Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang
kemudian dikembangkan krew penerbitan berdasarkan sirah Ibn Hisham yang
terkenal.
Kisah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bukan idea asal sebaliknya
hasil daripada perbincangan. Kami sependapat ada baiknya kita mengenang kembali
sejarah junjungan besar Nabi Muhammad sebagai fokus utama.
Lagi pun, insiden penyiaran karikatur Nabi Muhammad yang lalu mencetuskan
fenomena, jadi kita mahu menampilkan kisah sebenar bermula zaman sebelum
kelahiran, peristiwa kenabian dan selepas kewafatan Baginda, katanya.
Memandangkan Jejak Rasul turut ditonton masyarakat bukan Islam, beliau yakin
kisah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dapat memberi gambaran jelas
serta pengetahuan tambahan kepada mereka.
Selain Zainal Ariffin, krew penerbitan Jejak Rasul - Muhammad dianggotai muka
lama yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
Kumpulan A dianggotai Mohd Amin Yusoff selaku pengarah dan penulis skrip yang
dibantu Nor Hizam Shariff, Abdul Halim Sulaiman, Saiful Hady Ahmad dan Anuar
Samsudin.
Kumpulan B diterajui Jasmi Shahir, Mohd Naim Niamat, Mohd Shahril Abdul Rani,
Edi Azli Abu dan Idrus Ibrahim.
Penggambaran yang bermula April lalu membawa krew penerbitan menjelajah semula
lokasi yang banyak menyimpan sejarah perjuangan Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam seperti Arab Saudi, Yaman, Syria, Jordan dan Baitulmaqdis.
Zainal Ariffin yang terbabit dalam pembikinan Jejak Rasul sejak musim pertama
berkata, selain jalan cerita, kekuatan Jejak Rasul banyak bergantung kepada
semangat kerjasama krew penerbitan.
Katanya, tulang belakang yang banyak berjasa dan bertanggungjawab memastikan
kelangsungan budaya kerja itu ialah penerbit Jejak Rasul sebelum ini, Wan Alias
Abdullah yang kini Penerbit Eksekutif tv9 bagi Program Agama.
Kami banyak belajar daripada Ustaz Wan yang membimbing kami selama ini
terutama dalam memastikan lokasi penggambaran, menentukan kesahihan fakta serta
kaedah untuk membuat rujukan.
Budaya kerja yang diterapkan beliau membantu kami membuat perancangan teliti
seterusnya menjadikan kerja penerbitan khususnya Jejak Rasul kali ini lebih
mudah untuk kami uruskan, katanya.
Zainal Ariffin berkata, proses perbincangan dan perkembangan jalan cerita Jejak
Rasul - Muhammad mengambil masa tiga bulan termasuk menyenaraikan lokasi yang
ingin dilawati.
Beliau gembira kerana penggambaran di Arab Saudi mendapat kerjasama baik
daripada pihak berkuasa dan masyarakat tempatan yang turut membantu bagi
menjayakan sesi lakonan semula.
Dari segi merasakan sendiri pengalaman dilalui RasulullahSallallahu Alaihi
Wasallam, semua itu dilakukan dengan teliti seperti berada di Gua Hira pada
waktu malam untuk menghayati saat turunnya wahyu.
Zainal Ariffin mengaku sebagai Penerbit Eksekutif dan pengacara Jejak Rasul
Muhammad, perasaannya bercampur baur menantikan reaksi serta maklum balas
penonton setia siri itu.
Sebagai buah tangan sulung daripada krew penerbitan yang diterajuinya, beliau
menaruh harapan supaya kesungguhan mereka menghasilkan yang terbaik berjaya
menepati cita rasa penonton.
Kami berharap Jejak Rasul - Muhammad berjaya memberi gambaran siapa Nabi
Muhammad sebenar sebagai utusan Allah dan mengembalikan imej Baginda yang
tercemar disebabkan insiden penyiaran karikatur Baginda, katanya.
Muslimin dan Muslimat boleh dapatkan set Jejak Rasul - Muhammad
DVD (2 keping) atau VCD (8 keping)
cuma berharga RM 59.90 setiap set.
Sila hubungi talian +6012 - 664 15 11 ( Ust. Azri Aziz ).
Sebarkan..
**____________________________________________________**
Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta..
Subhanallah Wallhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar..
**____________________________________________________**
Syukran,
Wassalam..
Azri Aziz
[EMAIL PROTECTED]
____________________________________________________________________________________
Choose the right car based on your needs. Check out Yahoo! Autos new Car
Finder tool.
http://autos.yahoo.com/carfinder/
[Non-text portions of this message have been removed]
Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Syiar Islam.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/