dibawah ini file yang sudah lama, insya Alloh bermanfaat dan menambah wawasan 
pengetahuan tentang ajaran Islam...






 
  
  http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1866

  
   
    
    IBADAH DIBULAN SYA'BAN MENYAMBUT
    KEDATANGAN RAMADHAN (CAHAYA OGOS 2006) 

    
   
  
  
 
 
  
  Adab

  Ibadah di Bulan Sya‘ban, Menyambut Kedatangan Ramadhan 

  Oleh: Haslinda Lukman

   

  Sekarang kita berada
  di bulan Sya‘ban . 1 Sya’ban jatuh pada 25 Ogos 2006 dan ia berlangsung
  hingga 23 September 2006. Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan
  tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang
  juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa
  ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan
  untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT. 

  Bulan Sya‘ban adalah
  antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih
  banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada
   bulan Sya‘ban

  Perkara yang dilakukan
  oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal
  kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah
  mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

  Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban 

  Keistimewaan bulan ini
  ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT,
  sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.
  Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

  1. Memperbanyak puasa
  sunat. 

  Nabi SAW lebih gemar
  berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. 

  2. Bertaubat dan
  Beristiqhfar 

  Bertaubat dan
  beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita
  sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun
  sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. 

  Taubat nasuha akan
  berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa
  itu antara manusia dengan Tuhan:

  1.   Dia hendaklah meninggalkan
  dosa atau maksiat itu.

  2.    Dia hendaklah benar-benar
  menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

  3.    Dia berjanji dan berazam
  untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

   

  Manakala jika dosa itu
  berkaitan dengan hak orang lain,  hendaklah memohon maaf daripada orang
  berkenaan.

  3. Memperbanyak zikir
  dan berdoa 

  Zikir ialah ucapan
  yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan
  atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah. 

  Ini bersesuaian dengan
  janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan
  zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan
  hati manusia. 

  Antara keistimewaan
  amalan zikir itu pula ialah: 

          
  i.          Zikir boleh
  dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan   dalam
  keadaan duduk, berdiri dan baring. 

    

  ii.                  
  Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada
  hadas kecil mahu pun hadas besar. 

  Begitu juga dengan
  ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah
  memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara
  merendahkan diri  kepada-Nya.

    

  Selain daripada itu
  banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini
  sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan
  selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama
  di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan
  kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan
  ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan
  berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda
  bersabda yang bermaksud:

    

  “Bulan itu (Sya‘ban)
  yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia
  dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru
  Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku 
berpuasa”.(HR an-Nasaie)

   

  Malam Nisfu Sya‘ban 

  Kelebihan Malam Nisfu
  Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin
  Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 

  “Allah menjenguk
  datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa
  sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang
  bermusuhan.”  (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu
  Hibban) 

  Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang
  dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm
  telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan:
  sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam
  Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab
  dan malam nisfu Sya‘ban.” 

   Kita boleh
  Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan   beribadat
  seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan  membaca al-Quran..
    

  Penutup

  Kesimpulannya amalan
  yang berterusan ini akan  membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal
  serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci,
  natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup. 

  Sabda Nabi SAW
  maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah
  tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh
  Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila
  baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan”
    (HR Bukhari)

   

  
 
 
  

 





 



 
  
  Tarikh :   14 July 2006 

  [Zakaria Bin Othman] 

  Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]

  Hits :  3524  

  
 






      
________________________________________________________ 
Kunjungi halaman depan Yahoo! Indonesia yang baru! 
http://id.yahoo.com/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke