Assalamualaikum...
Untuk saudariku yang berjihad di jalan Allah, semoga Allah menjadikanmu
muslimah sejati....

Wassalam,


Buat Muslimah Sejati
DALAM kita meniti hari untuk menegakkan agama Islam kadangkala timbul
rasa bimbang untuk berjuang. Ini adalah kerana bisikan-bisikan syaitan
yang selalu melemahkah semangat yang ada dalam diri.

Izinkan saya untuk menyingkap kembali sejarah pada zaman Nabi untuk
menaikkan semangat para muslimah sekalian yg saya hormati. Sesungguhnya
setiap perjuangan ada kebenaran, dan setiap itulah ada perbagai ujian
yang telah dijanjikan oleh Allah Ta'ala.

Betapa tawakkalnya Siti Mariam sewaktu melahirkan Nabi Isa a.s di tengah
padang pasir yg tandus. Beliau dilempari kata2 nista, dicemuh dengan
pelbagai tuduhan. Namun dengan berkat tawaduknya terhadap Yang Maha Esa
dia yakin bawa dirinya adalah benar, akhirnya Allah izinkan Nabi Isa a.s
yang masih merah itu bersuara membantu ibunya. Begitu juga pengorbanan
Siti Fatimah Az-Zahra yang sering ditinggalkan suaminya Ali r.a? Tidak
pernah timbul rasa keluh resah dalam dirinya, malah senantiasa bersabar
dalam usaha membesarkan kedua anaknya yiatu Hassa dan Hussein. Setiap
hari melangkah sejauh dua batu di tengah padang pasir untuk mengambil
air. Sabar dan ridha jadi pakain dirinya.

Bagimana pula dengan pengorbanan Siti Khadijah dengan Rasulullah pun
ditimpakan dengan ujian. Beliau tetap bersama dengan Rasullah sewaktu
pemulauan terhadap Bani Hashim selama tiga tahun. Dalam masa itu beliau
hanya memakan rumput2 kering untuk mengalas perut. Itulah hakikat ujian,
bukan untuk menghina namun untuk meningkatkan iman di dalam dada.

Nah! sejauh mana pengorbanan kita? Cinta itu adalah pengorbanan, tidak
ada cinta jika tidak ada pengorbanan untuk yang dicintai iaitu Allah dan
Rasul.

Banyakkan rasa bersyukur dengan membanyakkan amal taqwa. Bertaqwalah
kepada Allah dalam apa setiap yang kita lakukan. Burulah ilmu
sebagaimana Siti Aisyah r.a yang terkenal dengan kealimannya dan banyak
menghafaz hadist2 hingga menjadi tempat rujuk pada sahabat2 dalam
sesuatu masalah.

Sekilas pandang ke zaman lampau, walaupun tidak mampu untuk menjadi
seperti mereka, tetapi tentunya saudarriku sekalaian bercita-cita untuk
memiliki jiwa-jiwa mereka. kerana jiwa yang bangun lahiriahnya
InsyaAllah akan terbangun. 

Sebelum saya mengakhirkan kata izinkan saya memetik salah satu mutiara
hikmah dari Siti Aisyah untuk dijadikan renungan : "Sifat mulia ada
sepuluh, terdapat pada lelaki tetapi tidak ada pada ayahnya, dan
terdapat pada hamba belian tapi tidak ada pada tuannya. Sifat2 itu
dibahagikan oleh Allah Ta'ala kepada sesiapa saja yang dikasihiNya.
Iaitu; benar pembicaraannya, dibenarkan orang, memberi kepada yang
meminta, membalas dengan layak segala perbuatan, bersilaturrahim,
memelihara amanah, menjaga keamanan tetangga, menjaga keamanan teman dan
memuliakan tamu. Yang lebih utama dari sifat diatas ialah malu."



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke