*APABILA SEMANGAT MEREDUP *

*           *

Sayyidah mengeluh. Sudah hampir seminggu hatinya selalu diliputi dengan
perasaan gelisah dan was-was. Ibadahnya banyak menurun, kualiti mahupun
kuantiti. Bacaan Qur'an, solat dan zikirnya hanya sebagai rutin yang tidak
lagi memberikan rasa nikmat. Sayyidah menyedari bahawa dia semakin merasa
berat untuk meluangkan waktu di tengah malam untuk membaca surah-surah
Quran, berlama-lama dalam solat dan mengisi waktu untuk berzikir. Selalu
muncul keinginannya untuk mempersingkatkan waktu solat hingga dia dapat
melakukan aktiviti lainnya – study atau berbual dengan teman-teman sebilik.



*Sikap Lemah *

Sikap lemah yang timbul pada diri seseorang ketika dia melakukan ibadah,
setelah pada asalnya dia bersemangat, disebut juga dengan istilah futur,
seperti apa yang dialami oleh Sayyidah di atas. Salah satu bentuk futur
adalah rasa malas beribadah bahkan meninggalkannya sama sekali. Sikap lemah
tersebut timbul akibat renggangnya hubungan seorang hamba dengan
Penciptanya. Kesibukan yang dapat menurunkan kualiti dan kuantiti ibadah,
banyaknya maksiat atau dosa kepada Allah, akan menyebabkan seseorang
merasakan kesempitan dalam urusan dan kegelisahan dalam hatinya. Saat itulah
hubungan seorang hamba dan Sang Pencipta menjauh.

Imam Hasan Al-Basri mengatakan : "Kebaikan itu merupakan cahaya dalam kalbu.
Cahaya kalbu yang akan memberikan kekuatan pada tubuh. Sedangkan keburukan
itu merupakan kegelapan kalbu, kegelapan yang akan menimbulkan kelemahan
tubuh."



Futur boleh disebabkan antara lain oleh :



1*. Maksiat kepada Allah*

Perbuatan maksiat yang diiringi dengan sikap tenang ketika melakukannya
(tanpa merasa bersalah dan tidak diiringi dengan istighfar) dapat merosak
hubungan seseorang dengan Allah SWT. Dosa-dosa kecil yang diremehkan
seseorang akan semakin menompok. Dalam sebuah hadisnya Rasulullah SAW pernah
melukiskan, bahawa seorang mukmin yang melakukan dosa, maka dosa itu seperti
satu titik hitam dalam hatinya. Jika dia beristighfar, maka hatinya akan
bersinar kembali. Apabila tidak, maka titik hitam itu akan menutupi hatinya
seperti yang difirmankan Allah:



Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu
menutup hati mereka. (QS83:14)



Hati yang diliputi titik hitam itu, kata Rasulullah, akan menjadi lebih
hitam sehingga tidak dapat membezakan antara kebenaran dan keburukan. Urwah
bin Zubair, salah seorang ulama tabi'in pernah mengatakan: "Apabila kalian
menyaksikan seseorang melakukan kebaikan, ketahuilah bahawa kebaikan itu
memiliki saudara-saudaranya yang lain bagi orang tersebut. Apabila kalian
lihat seseorang melakukan keburukan, ketahuilah bahawa keburukan itu
mempunyai saudara-saudaranya yang lain bagi orang tersebut. Kerana
sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan saudaranya, dan demikian pula
keburukan menunjukkan saudaranya."



Memang benar, bahawa seseorang yang berbuat dosa akan cenderung untuk
melakukan dosa lain. Sebaliknya seseorang yang melakukan satu kebaikan akan
cenderung untuk melakukan kebaikan berikutnya. Keburukan akan melarat pada
sikap buruk lainnya, demikian pula kebaikan.



2. *Sikap terlalu berlebihan terhadap hal-hal yang dibolehkan (mubah)*

Allah memerintahkan untuk melakukan segala sesuatu secara seimbang dan tanpa
melampaui batas. Allah berfirman:



Makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (QS7: 31)



Abu Sulaiman ad-Darani mengatakan bahawa seseorang yang makan terlalu
kenyang akan ditimpa 6 jenis penyakit, yang salah satunya adalah perasaan
malas untuk beribadah. Logiknya benar. Bukankah orang yang merasa perutnya
kenyang memboyah lebih suka tidur daripada lama berdiri di waktu shalat atau
duduk untuk berzikir dan bertafakkur? Tentu saja sikap berlebihan yang
dimaksud bukan hanya berlebihan dalam hal makan.



3. *Tenggelam dalam kenikmatan dunia*

Ertinya, terlalu mengutamakan dunia atau tenggelam dalam aktiviti pencarian
harta dan kenikmatan dunia. Dr. Mustafa as-Siba'i pernah menuliskan dalam
bukunya sesuatu yang patut kita renungi: "Ada dua cinta yang tidak pernah
bersamaan dalam satu waktu pada jiwa seseorang, iaitu cinta Allah dan cinta
maksiat ...".



Bagaimana seseorang boleh mencintai Allah, sedangkan perbuatan maksiatnya
itu menjauhkannya dari Allah? Atau bagaimana seseorang boleh melakukan
maksiat, sedangkan dia sangat cinta kepada Allah? Tepatlah apa yang
dikatakan oleh Dr. Mustafa bahawa kedua cinta ini tidak akan pernah tumbuh
bersama.



*Masing-Masing Ada Saatnya *

Fenomena futur ini sebenarnya merupakan satu perkara yang lumrah. Rasulullah
SAW bersabda: "Setiap amal itu ada masa semangat dan ada masa lemahnya.
Barangsiapa yang pada masa lemahnya dia tetap dalam sunnah (petunjuk) ku,
maka dia telah beruntung. Namun barangsiapa yang beralih kepada selain itu
bererti dia telah celaka." (HR. Ahmad)



*Satu hari seorang jurutulis Rasulullah, Abu Rub'i Hanzalah, pernah datang
kepada Rasulullah dan mengadu: "Wahai Rasulullah, Hanzalah telah berbuat
nifak ...". "Apa yang kamu maksudkan dengan nifak itu?" tanya Rasulullah.
"Wahai Rasul, ketika kami bersama-sama anda dan anda mengingatkan kami akan
Neraka dan Syurga, seolah-olah keduanya ada di kelopak mata kami. Tetapi
bila kami tidak bersamamu, kami dilalaikan oleh anak, isteri serta tanah
ladang kami yang menjadikan kami banyak lupa." Kemudian Rasulullah bersabda:
"Demi Zat yang diriku ada ditanganNya, sekiranya kalian terus-menerus dalam
keadaan sebagaimana ketika kamu bersamaku, dan selalu dalam keadaan
berzikir, nescaya malaikat akan bersalam denganmu ketika kamu berada di
pasar dan di jalanan. Akan tetapi wahai Hanzalah, masing-masing itu ada
saatnya." (HR. Muslim) *





*Seimbang Dan Realistik *



Namun, dua hadis di atas tidak dapat menghalalkan sikap kita ketika
mengalami kelemahan dalam beribadah. Tetapi minimumnya ada tiga perkara yang
dapat kita gali dari dua hadis tersebut :



*Pertama,* bahawa Rasulullah sendiri menganggap fenomena futur itu sebagai
hal yang wajar, manakala pada saat lemah itu seseorang tetap memelihara
kewajiban dan perintah Allah serta sunnah Rasulullah. Sebagaimana manusia
diciptakan dengan kapasiti yang terbatas, kelemahan dan kelelahan dalam
beribadah adalah salah satu tabiatnya. Kini tinggal bagaimana mereka mengisi
saat-saat lemah itu dengan tindakan yang tidak mengabaikan tuntunan Islam.
Ibadah mempunyai cakupan yang luas dan tidak terbatas pada aktiviti tertentu
yang dapat menjemukan. Ucapan Rasulullah pada Hanzalah: "Masing-masing itu
ada saatnya," menunjukkan bahawa bermain dan bergurau dengan keluarga atau
mencari nafkah adalah hal yang diperbolehkan dan bahkan sangat dianjurkan
dalam Islam, asalkan semuanya itu dilakukan dengan tidak berlebihan.



*Kedua*, sikap futur yang ditolelir oleh Islam adalah futur yang terjadi
pada batas waktu tertentu dan tidak terus-menerus. Jangan kerana menganggap
fenomena futur itu wajar, seseorang bersikap "santai-santai" saja ketika ia
menyadari bahawa ia sedang futur hingga berlarut-larut. Tetapi segeralah
mengambil sikap seperti yang dicontohkan dalam hal ketiga berikut ini. .



*Ketiga,* adanya sikap sensitif para salafus soleh dalam merasai kesalahan
yang dilakukan dan usaha untuk memelihara diri dari kesalahan tersebut,
seperti yang dicontohkan oleh sikap Hanzalah. Mereka senantiasa menjaga
kesinambungan amal soleh yang mereka lakukan. Kelemahan manusiawi memang
tetap ada. Namun hal itu tidak membuat mereka lalai terhadap kewajiban
mereka terhadap Allah.



*Saling Menegur *

Kadangkala seseorang tidak mengetahui kekurangan dan kesalahannya bahkan
tidak sedar bahawa dirinya sedang mengalami futur, kecuali melalui teguran
dan nasihat orang lain. Justeru, menghadapi gejala futur dengan segala
fenomenanya menjadi tanggungjawab bersama dan tidak boleh dilakukan secara
sendirian.



... dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati
supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)



Wallahu 'a'lam.



By: hamba Alloh

*************************************
Mau belajar Al-Islam dan berita2 sekitar dunia Islam ?? silahkan klik disini
: [EMAIL PROTECTED]  Atau mau melihat artikel sebelumnya
silahkan kunjungi web-site kami : www.tauziyah.com


[Non-text portions of this message have been removed]



Untuk bergabung ke milis Syiar Islam kirim email ke:
[EMAIL PROTECTED]

Website:
http://www.media-islam.or.id
http://syiarislam.wordpress.com
http://islamicbroadcasting.wordpress.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke