Salamun'alaik..
Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli
keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam
di muka bumi ini.
Buat para sahabat semua, ini adalah satu pengajaran untuk kita yangmana lain
kali..
Mungkin ada yang akan mencebik sedikit dari cerita ini kerana kelakuan buruk
dari perangainya.. Baca sampai habis ya..
Tapi apapun..
FIKIR DAHULU SEBELUM BUANG..!!
**______________________________________________**
Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta..
Subhanallah Wallhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar..
**______________________________________________**
Terima Qaseh,
Wassalam..
Azri Al Aziz
[EMAIL PROTECTED]
Jemput serta jemaah kami di
Ana - Mutiara Muamalah Ummah
Al Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[1]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. [2]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [3]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [4]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan.[5]
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.[6]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat. [7]
Al Baqarah (Ayat Kursi)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang
Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan
dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya) [255]
Al Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; [1]
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; [2]
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; [3]
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".[4]
Al Falaaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang
menciptakan sekalian makhluk, [1]
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; [2]
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; [3]
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada
simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); [4]
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".[5]
An Naas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian
manusia. [1]
"Yang Menguasai sekalian manusia, [2]
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, [3]
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, [4]
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, [5]
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". [6]
Amin Ya Rabbal ¡Alamin..
Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru
berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua
sahaja sebab belum dikurniakan anak.
Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus.
Aku pun taktahukenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku
kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus.
Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni..
sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,tiba-tiba kereta aku rosak..
akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah..
akupun makan nasi dengan telur rebus..lepastu aku order telur rebus lebih lagi
untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan
balik nanti.
Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama
tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap
dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain
hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja
makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang
menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah
nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku
bedal tadi...
Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu
das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ..
fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan
angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi...
hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia
ni.
Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul
dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan
tu... PRRROOOOOTTT!!!!...
Fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia
power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam
bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata
'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa
birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata
aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah
padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling
meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada!!. ?
Jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.'dah lama ke pak
sampai?'.
Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama..
Sebelum kentut pertama lagi!!
HABIH..
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?
Find them fast with Yahoo! Search.
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping
[Non-text portions of this message have been removed]
===
Mari belajar Islam dan berdakwah melalui SMS
Cara berlangganan: REG SI kirim ke 3252
Tarif Rp.1000 ,- + PPN
content akan dikirim tiap hari
Untuk berhenti ketik: UNREG SI kirim ke 3252
Sementara ini hanya bisa diakses provider selular Telkomsel
http://www.media-islam.or.id
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/