YUNUS bin Matta seorang soleh, dilantik menjadi rasul ke-21 pada usia 30
tahun. Beliau diutuskan supaya memimpin kaumnya menyembah Allah, sekali

gus meninggalkan pemujaan berhala.

Selama 33 tahun beliau berdakwah terhadap kaumnya, namun dua orang saja
yang mengikut dan beriman bersamanya, iaitu Rubil dan Tanukh.

Disebabkan tidak tahan dengan gelagat kaumnya yang tidak mahu beriman
dengan ajarannya, beliau berdoa kepada Allah.

Kemudian beliau diberikan wahyu supaya meneruskan seruan itu selama 40
hari dan jika masih ingkar, kaumnya dijanjikan Allah dengan azab.

Masa berlalu dengan pantas dan sampai hari ke-37 umatnya masih enggan
mendengar nasihatnya. Akhirnya cukup 40 hari, awan hitam kelihatan di
kaki

langit. Melihat perubahan cuaca yang membimbangkan itu, Yunus segera
keluar dari negerinya.

Umatnya yang menyedari azab Allah semakin hampir menimpa mereka, terus
keluar rumah dan menuju ke satu tempat untuk bertaubat. Mereka mencari

Yunus untuk mengadu perkara itu, tetapi sia-sia kerana rasulnya sudah
berpindah ke tempat lain.

Allah yang Maha Pengampun menerima taubat mereka, lalu dihilangkan awan
hitam itu. Selepas itu mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa,

namun masih berusaha mencari Yunus, tetapi tidak dijumpai.

Firman Allah bermaksud: "Tatkala mereka (kaum Yunus) beriman, Kami
hilangkan daripada mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia
dan

Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang
tertentu."

Nabi Yunus yang menghilangkan diri daripada kaumnya berlayar dengan
sebuah kapal, tetapi dalam pelayaran itu berlaku taufan sehingga kapal
yang

dinaikinya hampir karam.

Memandangkan keadaan kapal tidak stabil, nakhoda bertanya: "Siapakah
antara kamu yang menaiki kapal ini orang pelarian? Jika ada lebih baik
mengaku

saja dan terjun ke laut segera demi menyelamatkan penumpang yang ramai
ini."

Apabila mendengar suruhan nakhoda itu, Nabi Yunus segera terjun ke laut
dan terus dilambung ombak. Ketika itu juga datang seekor ikan paus

menelannya, tetapi dengan pertolongan Allah beliau tidak mati dalam
perut ikan terbabit.

Bagaimanapun, ketika berada dalam perut ikan, beliau tidak berhenti
memohon keampunan dan berdoa kepada Allah supaya beliau diselamatkan.
Kemudian ikan itu berenang ke tepi pantai dan mengeluarkannya dalam
keadaan selamat.

Firman Allah bermaksud: "Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk
orang yang banyak mengingati Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di
dalam perut ikan

itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang
tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan untuk dia

sebatang pokok daripada jenis labu."

Selepas mengalami peristiwa itu, Yunus menuju ke negerinya dan dalam
perjalanan pulang itu beliau berselisih dengan seorang pengembala, lalu

bertanya: "Bagaimanakah keadaan orang-orang yang tinggal di kampung
ini?"

Pengembala terbabit menjawab: "Keadaan orang di sini baik, hidup
aman dan tenteram kerana sudah bertaubat kepada Allah, selepas melihat
azab yang

didatangkan Allah. Mereka menunggu nabinya yang telah lama meninggalkan
mereka."

Mendengar jawapan pengembala itu, Yunus berkata: "Akulah nabi dan
rasul mereka, Yunus." Selepas itu, pengembala terbabit memaklumkan
kepulangan

Yunus kepada kaumnya dan mereka ternyata sungguh gembira dengan berita
itu.

Firman Allah bermaksud: "Dan Kami utus dia (Yunus) kepada 100,000
orang atau lebih, lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan
kenikmatan

hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu."

bumi telan kaum luth, ismail bantu bapa bina kaabah, nabi yaakub
bangunkan baitullah, syuaib dicabar turunkan azab, musa dihanyut
kesungai nil

http://dakwah2u.blogspot.com/2008/01/bumi-telan-kaum-luth.html
<http://dakwah2u.blogspot.com/2008/01/bumi-telan-kaum-luth.html>
http://dakwah2u.blogspot.com/2008/01/ismail-bantu-bapa-bina-kaabah.html
<http://dakwah2u.blogspot.com/2008/01/ismail-bantu-bapa-bina-kaabah.html\
>
http://dakwah2u.blogspot.com/2008/01/nazar-nabi-yaakub-bangunkan-baitull\
ah.html
<http://dakwah2u.blogspot.com/2008/01/nazar-nabi-yaakub-bangunkan-baitul\
lah.html>
http://dakwah2u.blogspot.com/2008/01/ishak-lahir-ketika-ibunya-lanjut-us\
ia.html
<http://dakwah2u.blogspot.com/2008/01/ishak-lahir-ketika-ibunya-lanjut-u\
sia.html>
http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/syuaib-dicabar-turunkan-azab.html
<http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/syuaib-dicabar-turunkan-azab.html>
http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/nabi-zulkifli-amanah-penyabar.html
<http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/nabi-zulkifli-amanah-penyabar.html\
>
http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/ayub-diuji-penyakit-kulit.html
<http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/ayub-diuji-penyakit-kulit.html>
http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/nabi-yusuf-bijak-tafsir-mimpi.html
<http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/nabi-yusuf-bijak-tafsir-mimpi.html\
>
http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/musa-dihanyut-ke-sungai-nil.html
<http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/musa-dihanyut-ke-sungai-nil.html>
http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/mukjizat-nabi-musa-hadapi-firaun.ht\
ml
<http://dakwah2u.blogspot.com/2007/12/mukjizat-nabi-musa-hadapi-firaun.h\
tml>




[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke