Wassalamu 'alaikum wr. Wb

 

Ada beberapa buku sirah atau sejarah rasulullah yang cukup bagus

 

1.      Ar Rasul karya Syaikh Sa'id Hawwa (Gemana Insani Press)
2.      Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi SAW, Syaikh Munir Al Ghadban,
Rabbani Press, buku ini yang saya nilai paling komprehensif karena
memadukan dan menganalisa antara Sirah dan kehidupan masa kini
3.      Sirah Nabawiyah, Syaikh Mubarakfuri, Pustaka Al Kautsar
4.      Sirah Nabawiyah, Syaikh Ramadhan Al Buthi, Rabbani Press, buku
ini cukup menarik karena menggunakan berbagai analisa
5.      Sirah nabawiyah, Syaikh Muhammad Al Ghazali
6.      Sirah nabawiyah, Syaikh Ali An Nadwi
7.      Sirah Ibnu Hisyam
8.      Kelengkapan tarikh Rasululah, ini adalah buku sirah yang sangat
lengkap dan komprehensif

 

Dapat dibeli ditoko BUYUNG-SENEN, Toko walisongo, Gramedi, Gunung Agung,
atau nanti datang ke Senayan dalam acara Islamic Bookfair 1 Maret

 

Semoga bermanfaat

 

  _____  

From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
On Behalf Of jajang_r
Sent: Monday, February 25, 2008 11:56 AM
To: [email protected]; Wan Mohd Muzri
Subject: Re: [syiar-islam] RASULULLAH BERPOLITIK

 

Assalamu'alaikum Wr. Wb

Help ME Pls,..

Saya sedang mecari Buku Sejarah Rosulullah S.A.W, mohon bantuan dimana
dapat dibeli?

Thanks

Wassalam,

Jajang Rahmat S.Pd

----- Original Message ----- 
From: Wan Mohd Muzri 
To: [email protected] <mailto:syiar-islam%40yahoogroups.com>  
Sent: Monday, February 25, 2008 9:56 AM
Subject: [syiar-islam] RASULULLAH BERPOLITIK

Topik sempena pilihanraya

JIKA sebelum ini jarang orang berminat bercakap mengenai politik,
melainkan golongan yang terbabit secara langsung dengannya, keadaan
adalah sebaliknya, malah remaja juga berminat mengetahui senarionya.

Di rumah bersama seisi keluarga, minum bersama teman di warung atau
restoran, mengisi masa terluang di pejabat, malah di jalanan, topik
perbualan mengenai politik tidak ditinggalkan, khususnya menjelang
Pilihan Raya Umum ke-12 bulan depan.

Sering juga diperkatakan bahawa politik itu kotor. Tetapi, hakikatnya
orang yang terbabit dengan politik yang melakukan onak sehingga
dikatakan kotor.

Penyalahgunaan kuasa, politik wang, maki hamun dan skandal seks
menyebabkan politik dipalit kekotoran.

Tetapi, bagaimana Islam melihat politik dan pilihan raya itu sendiri.
Nabi Muhammad s.a.w ketika mengembangkan Islam turut menggunakan
politik.

Kamus Dewan Edisi Tiga, "politik" bermaksud ilmu cara pemerintahan, ilmu
siasah dan ilmu kenegaraan; kedua, segala sesuatu berkenaan pemerintahan
sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain dan ketiga,
kelicikan, muslihat atau tipu muslihat.

Takrifan itu membuktikan makna politik amat luas, bukan saja merujuk
kepada pengetahuan dan kebijaksanaan mentadbir negara, malah membawa
maksud tipu muslihat.

Jadi, tidak hairan ada pihak menggunakan muslihat tersendiri untuk
mendapatkan pengaruh dan gelaran yang diidamkan, kerana politik itu
sendiri dari satu sudut dikatakan muslihat.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata politik ialah
keupayaan manusia mengurus sesuatu, mengikut disiplin ditetapkan.

Beliau berkata, manusia sudah lama berpolitik malah di kalangan nabi
termasuk Rasulullah s.a.w, baginda turut berpolitik.

"Nabi Muhammad s.a.w dari muda mempunyai kebijaksanaan termasuk berniaga
sehingga Khadijah tertarik padanya, manakala Nabi Nuh a.s ada kepandaian
mengemudikan bahtera.

"Nabi Yusuf pernah dilantik menteri dan Nabi Musa pernah berdoa supaya
saudaranya, Nabi Harun menjadi pembantunya dalam gerak kerja dakwah,"
katanya.

Beliau turut mengungkap nas dari surah Thahaa, ayat 29, bermaksud: "Dan,
jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

Dalam Islam, urusan membabitkan pelantikan pemimpin bukan perkara
sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan
Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara.

Sambungan dengan klik link di bawah :-
http://dakwah2u.blogspot.com/2008/02/rasulullah-berpolitik-kembangkan-is
\
<http://dakwah2u.blogspot.com/2008/02/rasulullah-berpolitik-kembangkan-i
s> lam.html
<http://dakwah2u.blogspot.com/2008/02/rasulullah-berpolitik-kembangkan-i
\
<http://dakwah2u.blogspot.com/2008/02/rasulullah-berpolitik-kembangkan-i
> slam.html>

[Non-text portions of this message have been removed]

__________ NOD32 2826 (20080127) Information __________

This message was checked by NOD32 antivirus system.
http://www.eset.com <http://www.eset.com> 

[Non-text portions of this message have been removed]

 



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke