SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang
Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.

Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa yang
bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya
dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)"


Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana
dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: "Berbaktilah kamu kepada dua ibu
bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah
dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya."

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang
enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan
perbuatan derhaka adalah dosa besar.

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini
jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari:
“Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah,
membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi
palsu.”

Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah
yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai
keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.

Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan
penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan?
Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?

Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir
keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala
kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan
bayi yang dilahirkan.

Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang
membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sa yang tidak berbelah bahagi.
Makan, minum, pakaian, pen didikan dan segala keselesaan diberikan,
sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan
dewasa seganding dengan ibu bapanya.

Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia,
malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah
selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana
mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.

Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang
menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis
yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh
Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”

Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang
ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan
sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan
pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa
yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail
selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya
berkaitan ibunya.

Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami pen deritaan sakit yang
tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin
membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah
menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga
tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.

Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu
melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti
mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.

Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang
kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh,
oh”. Keadaan semakin mengerikan.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi
menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput
menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan
Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran
hasutan isterinya. Dia percaya dan me ngikut apa saja yang dilaporkan
isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati
kepadanya.

Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa
anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu
memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan
Wail yang me nyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda
memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup.

Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa
anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak
pasti.

Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: "Wahai
Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia.
Kesalahannya aku telah maafkan."

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula
berubah. Akhirnya dia dapat mengucap sya hadah dan menghembuskan nafas
terakhir.

Artikel, Video, Audio Ceramah, tazkirah, dakwah, kisah nabi, kisah
teladan, mari mendengar Al-Quran Secara online, Sudut Ramadhan. layari
di www.dakwah2u.blogspot.com <http://www.dakwah2u.blogspot.com/>



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke