**Islam <http://wahabamri.blogspot.com> ugama wahyu bukan ideologi.Maka
boleh kah Islam di perjuangkan melalui cara orang memperjuangkan ideologi
saperti melalui pilihanraya?. Belum ada Pejuang Islam  dalam dunia ini yang
telah sukses mempertabatkan Islam melalui politik pilihanraya berdemokrasi
atau melalui isme isme yang lain atau melalui kekerasan sekali pun.Apa yang
kita nampak, makin di perjuangkan makin berpecah belah  umat Islam dan makin
terhina Agama Islam.

Islam agama wahyu.Kepunyaan Allah.Maka ianya hanya boleh di perjuangkan
melalui cara yang di kehendaki olih Allah.Ya itu melalui "Instruction
Manual" yang di sediakan oleh Allah (Al Quran & Hadis).Bukan melalui cara
atau metod yang di reka olih manusia.Kerja kita memperjuangkannya, bila
Islam akan kembali gemilang?.......... itu kerja Allah.Islam agama Allah,
kita mesti terus berjuang cara yang di tetapkan olih Allah sambil menunggu
jadual Allah, saperti dalil dalil yang tersebut di bawah:-


*1. Dalil Al Quran*

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg
mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah
yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana* telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka,* dan sungguh
Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan
dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, *sesudah** mereka berada dalam
ketakutan* menjadi aman sentiasa'
An Nur: 55

*2. Dalil Al Hadis*

Dari Nukman bin Basyir, katanya…

'Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg
tidak banyak bercakap.

Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
" Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para
pemerintah?'

Huzaifah RA lalu segera menjawab.
" Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu."

Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.

"Telah berlaku *Zaman Kenabian *ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian
sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu
seperti
yg Dia kehendaki."

Kemudian belakulah *zaman Kekhalifahan *(Khulafaur Rasyidin) yang berjalan
sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah
kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah *zaman pemerintahan yang mengigit* (Zaman Fitnah
-*keamiran/beraja
/zaman kesultanan *) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah *zaman penindasan dan zaman  **penzaliman*(Zaman
pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana
yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula *zaman kekhalifahan* (Imam Mahdi dan Nabi Isa as )
yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian."

Kemudian Rasulullah SAW pun diam….

~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya *Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, *Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]
Di petik dari Heliconia's Weblog - http://heliconia.wordpress.com

Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke