<http://www.ummuain.com/rumahamalsiramankasih.htm>

*RUMAH SIRAMAN KASIH (001738315 - M)*

 * MENUMPANG PEJABAT KAFA YKPPM :*

* No.18-1, , Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes,  Rawang, Selangor  D.E.*

* Telefon : 03-67331690 / 016-3313546 / 016-3313522*


* UNDANGAN MENGHADIRI DAN MEMBELI MEJA *

* UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SEMPENA HARI PEKERJA
*
Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia (http://ykppm.org), akan
menganjurkan

A.  "Majlis Makan Malam Amal Sempena Hari Pekerja" &

B.   *Pelanjaran Rumah Siraman Kasih, Bandar Country Homes, Rawang,
Selangor. <http://www.ummuain.com/rumahamal.htm>
*
Yayasan ini menjaga kebajikan dan membela nasib anak-anak yatim, fakir
miskin, ibu tunggal, golongan kurang upaya, pesakit-pesakit kronik dan
lain-lain golongan yang layak menerima zakat.

2. Butir-butir lanjut mengenai program tersebut adalah seperti berikut :-

               *Tarikh           :     3hb Mei, 2008 (Sabtu)*

*               Masa             :     8.00 mlm hingga 11.00 mlm.*

*               Tempat         :     Dewan Wawasan, Bangunan PGRM, Jalan
Pudu Ulu, Cheras
*
3. Matlamat majlis ini di adakan ialah :-

a) Untuk mengisi tabung bagi membiayai keperluan pelbagai golongan yang kami
naungi di antaranya golongan anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, warga
emas, pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan serta mereka yang memerlukan
bantuan lahiriah mahupun insaniah.
b) Untuk mengumpulkan dana bagi membeli sebuah kenderaan untuk pengurusan
jenazah dan sebuah ambulan
c) Mempromosi Roti Ikhwan yang mana 3% dari hasil jualan roti tersebut akan
disumbangkan ke tabung YKPPM.
d) Memberi peluang kepada majikan bagi menghargai pekerja.

4. Majlis ini akan dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh kumpulan
Al-Haura. Kumpulan ini sedang giat membuat persembahan nasyid dan lakonan
demi memartabatkan seni kebudayaan Islam tanahair. Anda pasti akan terhibur
dengan persembahan mereka yang bersesuaian dengan keindahan Islam.


5. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan penuh harapan mengundangTuan/
Puan untuk membeli meja dan bersama kami bagi menjayakan majlis tersebut.
Sumbangan juga boleh dibuat dengan menaja meja untuk golongan yang kurang
bernasib baik yang diraikan di majlis tersebut.

* 6. Sila hubungi Ustazah Rohana untuk keterangan lanjut : 019-3133430*







         <http://www.ummuain.com/index.htm>

-- 
Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke