Tuan Mod, minta beri laluan untuk promosi Rumah Anak Yatim
*Majlis Makan Malam Amal*
* *
13hb Mei 2008
Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan
*UNDANGAN MENGHADIRI DAN MEMBELI MEJA
UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SEMPENA HARI IBU
*
Dengan segala hormatnya, kami ingin menarik perhatian Ybhg
Dato'/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara di atas. Yayasan Kebajikan &
Perkhidmatan Perubatan Malaysia, akan menganjurkan "Majlis Makan Malam Amal
Sempena Hari Ibu" Yayasan ini menjaga kebajikan dan membela nasib anak-anak
yatim, fakir miskin, ibu tunggal, golongan kurang upaya, pesakit-pesakit
kronik dan lain-lain golongan yang layak menerima zakat.
2. Butir-butir lanjut mengenai program tersebut adalah seperti berikut :-
* **Tarikh : 25hb Mei, 2008 (Ahad)
*
* Tema : Dari Wanita Untuk Wanita 'Bercintalah Dengan Tuhan'
*
* **Masa : 8.00 mlm hingga 11.00 mlm
*
* Tempat : Hotel DE PALMA, Jalan Selaman ½, Palm Square,
Ampang Point, Jalan Ampang, Selangor
*
3. Matlamat majlis ini di adakan ialah :-
a) Untuk mengisi tabung bagi membiayai keperluan pelbagai golongan yang
kami naungi di antaranya golongan anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal,
warga emas, pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan serta mereka yang
memerlukan bantuan lahiriah mahupun insaniah.
b) Untuk mengumpulkan dana bagi melenglapkan fasarana bagi Baitul Rahmah
(Rumah Orang Tua)
c) Mempromosi Tabloid Wanita "ASOIB" yang mana 3% dari hasil jualan tabloid
tersebut akan disumbangkan ke tabung YKPPM.
d) Memberi kesempatan kepada masyarakat menghargai 'IBU' sebagai wanita
istimewa sempena Hari Ibu.
4. Majlis ini akan dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh kumpulan
Al-Haura. Kumpulan ini sedang giat membuat persembahan nasyid dan lakonan
demi memartabatkan seni kebudayaan Islam tanahair. Anda pasti akan terhibur
dengan persembahan mereka yang bersesuaian dengan keindahan Islam.
5. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan penuh harapan mengundang Ybhg
Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk membeli meja dan bersama kami bagi menjayakan
majlis tersebut. Sumbangan juga boleh dibuat dengan menaja meja untuk
golongan yang kurang bernasib baik yang diraikan di majlis tersebut. Meja
yang ditawarkan adalah seperti berikut :
* * Meja Perdana : RM 3000.00
Meja Istimewa : RM 2000.00
Meja Biasa : RM 1000.00
6. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai maljis, sila hubungi :
- *Puan Rohana : 019-3133430*
Kerjasama daripada pihak Ybhg Dato'/Datin/Tuan/Puan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
*Pn. Fauziah Ariffin*
Pengarah Program
* *
*Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132*
* *
<http://www.ummuain.com/Pengumuman.htm>
--
Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------------------
===
Mari belajar Islam dan berdakwah melalui SMS
Cara berlangganan: REG SI kirim ke 3252 (Dari Telkomsel)
Tarif Rp.1000 ,- + PPN content akan dikirim tiap hari
Untuk berhenti ketik: UNREG SI kirim ke 3252
http://www.media-islam.or.idYahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/