O <http://wahabamri.blogspot.com>rang menilai "masaalah" berbeza beza.Kadang
kadang masaalah di katakan bukan masaalah dan bukan masaalah di katakan
masaalah.Masaalah yang paling besar sebenarnya ialah masaalah* *tidak takut
Tuhan.Tetapi malangnya zaman ini tidak ada orang menyebut masaalah tidak
takutkan Tuhan ini satu masaalah.Bila orang tidak kenal dan tidak takut
Tuhan, yang bukan masaalah menjadi masaalah.Contohnya  menjadi pandai bukan
masaalah.Tidak ada siapa akan berkata pandai ini satu masaalah.Tetapi hari
ini pandai itu sudah jadi masaalah.Ia menjadi masaalah kerana orang pandai
itu tidak takut tuhan.Bila pandai tetapi tidak takut Tuhan, datang lah sifat
sombong hingga menjadi masaalah.Datang rasa ego hingga menjadi
masaalah.Menipu dan memutar belit hingga menjadi masaalah.Menjadi pemimpin
bukan masaalah.Semua orang suka adanya pemimpin.Samada rakyat suka pemimpin,
yang punya diri pun suka jadi pemimpin.Jadi pemimpin bukan masaalah.Tetapi
pemimpin yang tidak takut Tuhan, itu masaalah.Bila dia ada kuasa mula lah
sombong, ada kepenting diri,rasuah,menjadi zalim, menindas,untuk
mempertahankan kedudukan nya dia mencantas musuhnya dengan umpatan,fitnah
dan ada yang sanggup membunuh..


Takut Tuhan
Manusia menilaikan  masaalah yang remeh temeh dikatakan masaalah
besar.Contohnya kemiskinan.Bagi Tuhan miskin itu bukan masaalah. Tuhan tidak
kata miskin tiu berdosa dan masok neraka.Manusia bertungkus lumus hendak
mencapai kemiskinan sifar. Mana ada kemiskinan sifar dalam Islam.Allah
jadikan semua berpasang pasang. Jadi kalau ada kaya tentu ada miskin.Jadi
tidak boleh ada miskin sifar. itu karut.Dan begitu juga tidak boleh ada
semua orang kaya dalam masyarakat 100%.Orang miskin yang redha dengan Allah
dan masyarakat yang menjalankan tanggung jawab terhadap orang miskin tidak
jadi masaalah.Kerosakan sosial akibat orang miskin hanya kecil sahaja.
Tetapi kerosakan yang di buat orang cerdik pandai (termasok ulama) dan
pemimpin mengakibatkan negara menjadi huru hara, dan lingkup.itu masaalah.

Jadi macam macam masaalah yang sedang berlaku sekarang saperti krisis
politik, krisis antara pemimpin pemimpin,krisis ekonomi,krisis pendidikan,
krisis sosial dan berbagai bagai krisis yang melanda negara kita ada lah
kerana masaalah yang paling besar yang tidak di pandang langsung untuk di
tangani ia itu masaalah tidak takut Tuhan.

Siapa kah sepatutnya yang bertanggung jawab menangani masaalah tidak takut
Tuhan ini yang sudah jadi tsunami besar yang melanda manusia sejagat?

Tidak takut Tuhan sudah ibarat Tsunami



-- 
*Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA*
http://wahabamri.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke