www.utaraonline.net

Memerangi Pemikiran Eksklusif Khurafat

Tunduk, sujud hamba kepada Al-Malik, Raja sekelian alam yang telah mengizinkan 
untuk kita bertemu kembali dalam meneruskan perbincangan `memerangi 
pemikiran-pemikiran thoghut` laknatulLah yang mengganggu kesucian perjuangan 
Islam kini. Selawat dan salam perjuangan kepada RasululLah SAW, kaum keluarga 
serta para sahabat Baginda yang menjadi generasi contoh unggul hadharah kita, 
InsyaAlLah. Seterusnya tak dilupakan kepada penyambung-penyambung perjuangan 
ini dari dahulu sampailah ke hari perhitungan.
 

Kecelaruan fikrah atau pemikiran bukan sahaja dialami oleh ummah kebanyakan 
malah turut menghinggapi kepimpinan ummah yang merupakan suatu malapetaka 
kepada ummah  seluruhnya.


` Fenomena ini wujud berpunca daripada kealpaan dan kelalaian manusia daripada 
tugas dan fungsi mereka yang utama iaitu sebagai hamba kepada Allah dan dalam 
masa yang sama sebagai khalifahNya untuk memakmurkan bumi ini ` ` Akibat 
daripada salah faham terhadap tuntutan-tuntutan Islam itu sendiri, ramai di 
kalangan ummat Islam di serata dunia pada hari ini terkeliru mengenai fenomena 
ini. Ummat Islam terseret jauh ke dalam kancah kegawatan tamaddun barat ini 
yang telah membawa kepada kehancuran ummat Islam itu sendiri. ` ` Kita tidak 
rela Islam dijadikan tempelan untuk memperbaiki kerosakkan yang terhasil dari 
kegagalan sistem masyarakat materialis yang menguasai politik Negara pada masa 
kini.`

-  Al-Marhum Dato` Hj Fadzil Mohd Noor ( Masyarakat Madani Alaf Baru)
 

Kekeliruan ini seperti yang saya sebut dahulu iaitu apabila pegangan mereka 
masih berbolak-balik antara zat dan sifat, harakah Islam atau parti politik. 
Apabila tapak berpijak mereka adalah parti politik maka asas berfikir dan 
landasan bertindak mereka tentulah politik juga yang akan terpisah dengan 
landasan Islam.
 

Kesilapan yang nyata ini telah memberi kesan yang cukup ketara kepada ummah 
masa kini apabila Islam diterima dan diperjuangkan dengan meninggalkan tuntutan 
atau kewajipan membina hadharah, persis ajaran sekular/ Kristian. Kepentingan 
atau kesedaran terhadap membangunkan hadharah telah dilupakan hatta oleh 
kepimpinan gerakan dan harakah ummat Islam sendiri. Mereka melihat hadharah 
sebagai sesuatu yang `asing` dan terlalu `jauh` dari kehidupan ummah seharian. 
Mereka melihat hadharah dari kaca mata dunia sekular melihat `tamaddun`. Mereka 
mengkaji serta mengkagumi kesan-kesan atau hasil seni dan senibena ummat Islam 
zaman empayar dahulu. Sedangkan `hadharah` itu tidak wujud sekarang yang 
tinggal hanya kesan-kesan atau bekas sebagai bukti `hadharah ummat Islam 
dahulu` pernah berkembang di bumi nyata.


Islam tanpa hadharah sebenarnya seperti roh tanpa jasad, seperti manis tanpa 
perlu hadirnya gula atau tebu dan seperti lemak tanpa kehadiran bahan-bahan 
yang membawa lemak. Mana mungkin perkara-perkara yang mencarik adat ini akan 
boleh berlaku jika sunnatulLah sendiri menetapkan bahawa perlu bahan-bahan 
tersebut hadir dahulu atau dihadirkan. Di sinilah peranan serta tanggungjawab 
setiap mukmin dahulu, sekarang atau masa akan datang. Fenomena ini tidak akan 
dapat dilihat oleh orang bukan Islam dari posisi mana sekalipun secara jelas 
seperti orang-orang beriman melihat dan memahami hadharah. Kerana asas atau 
tapak berfikir keduanya berbeza, yang satu beriman dan yang satu kufur. 
Orang-orang beriman melihat kesan-kesan tinggalan hadharah tersebut dengan 
penuh iktibar serta keazaman mengembalikan segala kegemilangan saudara mereka 
dahulu menjadi realiti kehidupan kini, kerana tanggungjawab mukmin dahulu sama 
dengan tanggungjawab mukmin sekarang.
 

Sebab itu saudaraku, Islam yang kita anut mestilah sekurang-kurangnya 
menggerakkan kita supaya menumbuhkan atau menghadirkan penampilan-penampilan 
`hadharah kecil` dalam kehidupan peribadi, keluarga serta kelompok terdekat 
kita supaya dapat digabungkan dengan `hadharah kecil` saudara Islam kita yang 
lain pula bagi menjayakan Hadharah Islamiyyah. Hadharah bagi ummat Islam ialah 
satu ruang serta suasana yang tersendiri yang `dihadirkan` oleh individu atau 
kelompok ummah yang akan membentuk habitat atau environment yang sihat terhadap 
perkembangan dan pertumbuhan Islam serta ajarannya. Itulah tugas dan kerjasama 
setiap individu ummah yang sepatutnya digerakkan oleh pimpinan jemaah sebagai 
penyelaras yang memegang amanah kepimpinan ummah.
 

Sebagai contoh di samping tugas asasi membina Hadharah Islam, kita kena 
membebaskan diri kita dari bekerja membina hadharah musuh iaitu seperti 
terlibat dengan riba, arak, maksiat dan sebagainya yang ditegah syara`. Kita 
tidak boleh cenderung atau merasa selesa berbakti di bawah naungan hadharah 
jahiliyyah melainkan terpaksa atau sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk 
membebaskan diri dari belenggunya. Anak-anak termasuk diri kita mestilah 
diusahakan supaya mendapat pendidikan dari acuan Hadharah Islamiyyah dan cuba 
semampu mungkin mengelak dari diracuni oleh pendidikan hadharah jahiliyyah.
 

Tetapi jika mereka beranggapan bahawa ummah tak perlu lagi membina hadharahnya 
sendiri kerana belum dapat menguasai pemerintahan negara. Ataupun kita buat 
ala-kadar sahaja supaya ada juga hujah untuk menutup suara-suara yang 
menuntutnya, tetapi semua ini bukanlah sepadan sebagai mana mereka menggerakkan 
kerja politik yang secocok dengan selera nafsu puaknya. Ini adalah alasan atau 
eskapisme yang nampak logik di atas landasan berpolitik dengan ummat bawahannya.
 Sedangkan penguasaan politik yang dikecapi oleh mereka selama ini pun sekadar 
menjadi penerus agenda kepada kerangka sekular yang didakwa sebagai musuhnya 
jua. Mungkin dengan sedikit tokok-tambah dan beberapa `adjustment` supaya 
nampak berbeza dengan `permukaan hadapan` wajah sekular, biarpun sebenarnya 
mengambil posisi `wajah belakang` thoghut (sekular) dengan harapan mereka 
supaya ummah tidak akan menyedarinya. Kita peringatkan kepada mereka ini wahai 
kepimpinan ummah! `Mungkin kamu boleh menipu atau mengelabui semua orang  dalam 
satu masa tetapi kamu tidak boleh menipu atau mengelabui pandangan semua orang 
dalam semua masa.` 

Kita merasa dipermainkan oleh pihak tertentu (bukan Islam) apabila nak 
menjalankan polisi `amar maaruf nahi mungkar` dan menganjurkan jalinan 
`silaturrahim` antara pelbagai agama. Apakah pengertian ‘amar maaruf nahi 
munkar’ dan kepada siapakah ia dituntut ? Apakah agama kita mengiktiraf 
perlakuan baik tanpa perlu beriman kepada Allah ? Tidakkah mungkar yang paling 
utama itu tidak beriman kepada Rabb-Pentadbir sekelian alam ? Perlu 
diperjelaskan oleh pihak yang beramanah dengan agamanya jangan sampai dijadikan 
bahan politik murahan. Lebih mendukacitakan lagi apabila kepimpinan ummah 
seperti `mengiyakan` saja segala kenyataan dan perbuatan pihak musyrikeen 
tersebut, boleh tersenyum lebar dalam majlis mereka menganjurkan jamuan `Aidil 
Fitri` Agama kita. Sampai sebegitu sekali mereka mempolitikkan Agama kita! 
Apakah kamu juga bersekongkol bersama musuh mempolitikkan kesucian Agama kami? 
(Pertanyaan khusus kepada kepimpinan ummah) 

Sumber: 
http://www.utaraonline.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=1223
             www.utaraonline.net
             http://www.utaraonline.net/v2/backend.php

– Dari Ibnu Ramadhan.

``qulil haq walau kana murron``-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-


      

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

===
Paket Umrah Mulai Rp 15,4 juta
Informasi lengkap di:
http://www.media-islam.or.id
http://www.syiarislam.wordpress.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke