<http://4.bp.blogspot.com/_Etx5djtAdo0/SgK35iYBo-I/AAAAAAAAA-Y/hHF5GRNJf4o/s1600-h/b0281.jpg>

Apa sebab nya berlaku berbagai bagai masaalah dalam masyarakat? Dari ahli
politik yang berebut rebut kuasa dan rasuah, ahli agama dan ilmuan yang
bertelagah, remaja yang jadi mat rempit, perempuan yang buang anak, peragut
yang kejam,dan berbagai bagai lagi kalau hendak di sebut.

Mereka sebenarnya adalah manusia bermasaalah kerana hati dan akal mereka
sudah buta!

 Sesiapa yang mempunyai HATI yang buta maka dia tidak akan kenal
Allah.Justru itu dia tidak akan kenal kebenaran dan kebaikan.Siapa hati nya
buta akan timbul penyakit mazmumah atau keji dalam diri nya.Di antara
penyakit penyakit mazmumah ialah tidak ada perasaan timbang rasa, tidak ada
rasa syukur, tidak rasa bersalah atau dosa apabila buat salah dan maksiat,
tidak ada rasa jijik dengan kemungkaran.Hati nya telah buta kerana
berperanan mengikut pimpinan hafa nafsunya yang jahat.Yang sentiasa mengarah
hati melakukan kejahatan dan kemungkaran.


<http://1.bp.blogspot.com/_Etx5djtAdo0/SgK5l-w9wJI/AAAAAAAAA-g/FVuYe3G0tCY/s1600-h/b0361.jpg>
Akibat nya kelakuan nya akan jadi kelakuan syaitan saperti suka mengumpat,
memfitnah, sombong,ego, atau berkelakuan saperti haiwan hanya memikirkan
makan, minum, hiburan dan seks.

 Itu lah kalau sudah jadi begini hati sudah tidak berperanan lagi dan
sebaliknya nafsu lah yang ambil alih tempat nya (ia itu hati nya).Ertinya
dia sudah tidak berperanan saperti semula jadi nya lagi.Ini lah yang di
maksudkan oleh Allah dalam Al Quran yang terjemahan nya:

*"Sesunggohnya Kami peruntukkan untuk Neraka Jahanam kebanyakannya terdiri
dari jin dan manusia: bagi mereka ada HATI , (tetapi) tidak mahu memahami
(isi Al Quran) dengan HATI nya, dan bagi mereka ada mata, (tetapi) tidak
mahu melihat dengan mata nya dan mereka bagi mereka ada telinga, (tetapi)
tidak mahu mendengar dengan telinga nya.Mereka itu saperti binatang ternak
bahkan lebih sesat.Mereka itu lah oranr orang yang lalai".** (Al A"raf:179)*

 Orang yang buta AKAL pula ialah orang yang tidak mahu gunakan fikiran
sekali pun dia mempunyai otak yang tajam dan cerdik.Maka apabila akal nya
buta dia tidak dapat lagi menangkap ilmu dan pengalaman pengalaman
hidup.Buah fikiran nya sentiasa akan jadi tidak rasional.Kalau dia seorang
ulama atau pemimpin maka rosak lah masyarakat.




Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang,
Selangor
MALAYSIA
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke