Baru ini saya melewati Wikipedia dan mendapati jawapan kepada status kebebasan 
beragama di Malaysia seperti di bawah:

Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam 
merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap 
kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. 
Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular 
masih belum berjawab;  Wikipedia

Saya meneliti Perlembagan dan mendapati tafsiran sebenar Perlembagaan Malaysia 
menunjukkan Al-Quran & Hadis adalah sebenarnya undang-undang tertinggi di 
Malaysia, dan mana-mana undang-undang, perjanjian atau perbuatan bercanggah 
dengannya adalah tidak sah dan menjadi terbatal.

Namun itu kenapa ia menjadi sebaliknya? Kenapa perlaksanaan Al-Quran dan Hadis 
sebagai undang-undang tertinggi diabaikan dan disisihkan? Ini kerana 
perlaksanaan undang-undang berasaskan fahaman terpesong dari maksud sebenar 
Perlembagaan. Mereka sekadar menafsirkan Perlembagaan menyatakan Islam agama 
rasmi di Malaysia. Ini adalah penafsiran yang terpesong. Terdapat beberapa 
faktor dan antara fahaman terpesong kerana pengamal undang-undang tidak 
memahami definisi Islam yang sebenar, dan isu tidak pernah dicabar di Mahkamah.

 

Sekarang saya kemukakan alasan-alasan seperti di bawah:

Perkara 4 (1) menyatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi, dan 
mana-mana undang bertentangan dengannya menjadi terbatal. Undang-undang yang 
boleh menjadi terbatal dan tidak sah ialah semua undang-undang selain 
Perlembagaan, termasuk Kanun Jenayah dan peraturan kecil dsbnya. Kesemuanya 
mesti tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Perkara 4 (1) Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi Persekutuan dan 
apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras 
dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Bagi memudahkan pemahaman, kita anggap Perlembagaan seumpama bapa dan 
undang-undang selainnya seumpama anak. Oleh itu arahan anak tidak boleh 
mengatasi arahan bapa. Persoalan lain samada badan Perundangan (Peguam Negara), 
Kehakiman (Ketua Hakim Negara), Eksekutif (Perdana Menteri), YDPA/Sultan, 
dasar-dasar parti politik, dan semua badan/individu tertakluk di bawah 
Perlembagaan? Ya! Kesemuanya tertakluk di bawah Perlembagaan. Sebarang 
undang-undang, perjanjian atau perlaksanaan bertentangan dengannya menjadi 
terbatal dan tidak sah. Seterusnya Perlembagaan memperuntukan Islam ialah agama 
bagi Persekutuan.

Perkara 3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain 
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Perkara 11 (1) memperuntukkan Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan 
agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

 

Alasan Ringkas

Berdasarkan di atas, alasan ringkas ialah Al-Quran & Hadis undang-undang 
tertinggi kerana:


Issue: Samada undang-undang Al-Quran & Hadis adalah undang-undang tertinggi?

Reason: 

1. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi

2. Undang-undang tertinggi menyatakan Islam agama Persekutuan

3. Islam agama Persekutuan bermaksud Pengabdian Persekutuan

4. Pengabdian Persekutuan bermaksud Persekutuan mesti membenarkan kesemua 
ibadah mengikut Al-Quran & Hadis

Conclusion: Ini bermaksud Perlembagaan mematuhi kesemua ibadah terkandung di 
dalam Al-Quran & Hadis, termasuk mengutamakan perlaksanaan undang-undangnya. 
Oleh itu ini bermaksud undang-undang Al-Quran & Hadis adalah tertinggi.

Kenapakah salah faham ini terjadi? Pertamanya penjajah memahami Islam seperti 
agama lain, iaitu mendefinisikan Islam sekadar syahadah, bersolat, membayar 
zakat, berpuasa dan mengerjakan haji. Pemahaman ini kemudian diwariksn kepada 
pengamal undang-undang, dan akhirnya menjadi undang-undang yang mempengaruhi 
jentera kerajaan dan masyarakat Islam keseluruhan. Ini adalah fahaman ke atas 
Islam yang sangat jauh terpesong:

Artikel penuh di http://muslimvillage.wordpress.com


Kirim email ke