HIMPUNAN HADITH HARIAN 
  


 
Tajuk : 

Menjauhi Segala Bentuk Syirik  

BAB: Akidah

 
 
Hadith : Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal
azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami
kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.” [Riwayat Abu 
Daud dan Imam Ahmad] 
 
Huraian:
 Pengajaran hadis:
i) Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram di sisi
Islam sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya
atau yang berdasarkan sihir, memuja hantu syaitan dan jin iblis atau
yang mengandungi benda-benda najis dan kotor.
ii) Perbuatan ini adalah termasuk dalam perbuatan ‘syirik yang
tersembunyi’ yang diertikan sebagai mengiktiqadkan sesuatu sebab itu
dengan keadaan hakikatnya memberi kesan yang baik atau buruk, contohnya
disebabkan tangkal azimat yang digunakan itu maka seseorang itu
terselamat daripada bahaya dan sebagainya.
iii) Kecuali jika ia menggunakan ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah
atau sifat-Nya atau yang berbentuk zikrullah maka yang demikian
tidaklah diharamkan. 
iv)     Di antara perbuatan syirik tersembunyi yang lain adalah seperti;
a)      Menanamkan perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain 
dari Allah.
b)      Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
c)      Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau 
sifat Allah.
d)      Mengatakan:” Kalaulah tidak kerana pertolongan dia, tentulah aku tidak 
berjaya” dan sebagainya.
e)      Mengatakan:” Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda dan 
sebagainya tentulah rumahku dimasuki pencuri”.
f) Melakukan sesuatu amal ibadat atau membuat sesuatu pengorbanan,
perjuangan, bukan kerana menjunjung perintah Allah tetapi untuk suatu
tujuan yang lain.
v) Selaku umat Islam hendaklah kita menjauhi segala bentuk perbuatan
yang mensyirikkan Allah kerana dosa syirik adalah dosa yang paling
besar. Sebaliknya hendaklah meletakkan keyakinan bahawa segala sesuatu
itu adalah bergantung pada takdir Allah dan keizinan-Nya jua.     

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke