Oleh AIDCNews

Kebebasan dan demokrasi adalah kunci persefahaman hubungan antara Islam
dan Barat, begitulah kesimpulan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, semasa
berucap di Persidangan Antara Agama, Perth, Australia (Perth Interfaith
Conference), 11 Julai.

Menurut Anwar, intipati ajaran Islam menganggap 'kebebasan' adalah satu
daripada objektif tertinggi dalam hukum Tuhan yang menyerupai ciri-ciri
perlembagaan demokrasi iaitu kebebasan hak asasi, kebebasan bersuara
menentang kezaliman, seruan untuk pembaharuan terhadap hak milik harta.

Menurutnya, hanya kebebasan dan demokrasi sahaja dapat melumpuhkan
agenda sesetengah pihak di negara Islam yang mahu menubuhkan sebuah
'negara Islam' berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Keghairahan pihak
tertentu melaungkan slogan 'negara Islam' itu akan mewujudkan semangat
jihad dan lebih cenderung dengan aktiviti teroris.


Selain Anwar, perceramah lain yang turut berceramah dalam persidangan
antara agama di Perth itu adalah Reverend Professor James Haire, former
President of the Uniting Church in Australia and the current Executive
Director of the Australian Centre for Christianity and Culture, Imam
Afroz Ali, Founder and President of Al-Ghazzali Centre, Dr. Wan Azizah,
president of the People's Justice Party of Malaysia and Father
Charles Waddell, Interfaith Delegate of the Catholic Church.

Semasa Presiden Bush, beliau telah menumpukan usaha melawan teroris di
dunia Islam itu dengan memberi bantuan kewangan kepada program
'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam. Namun usaha Presiden Bush
menemui jalan buntu kerana Presdien Bush menjalan dasar terpilih, iaitu
sesetengah negara Islam, Bush menyokong program 'kebebasan' dan
'demokrasi', tetapi di sesetengah negara Islam lain Bush menyokong
golongan autokrasi (kuku besi).

Walaupun, di sesetengah negara muslim yang diperintah oleh autokrasi itu
terdapat golongan moderat dan pembaharuan (yang sama aspirasi dengan
Amerika Syarikat), tetapi Presiden Bush memilih pendekatan untuk
menyokong autokrasi. Menurut Anwar, inilah faktor utama agenda
'kebebasan' dan 'demokrasi' gagal dilaksanakan sepenuhnya di
negara-negara muslim itu.

Menurutnya lagi, hanya Turki sahaja berjaya menjadi model 'kebebasan'
dan 'demokrasi' serta kegiatan teroris dapat dibendung sepenuhnya di
negara itu.

Dasar tidak bijaksana pentadbiran washington merupakan penyumbang
kegagalan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi', misalnya operasi CIA
menumbangkan Perdana Menteri Iran, Mossadegh, semasa pemerintahan Shah
Iran Pahlavi, kerana selepas itu Iran jatuh ke tangan Republik Islam,
Ayatollah Khomeini.

Anwar berharap, Presiden Obama tidak mengulangi kesilapan sama yang
pernah dilakukan oleh presiden-presiden Amerika Syarikat sebelum ini,
dalam menjayakan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam.

Selain Anwar, perceramah lain yang turut berceramah dalam program itu
adalah Reverend Professor James Haire, former President of the Uniting
Church in Australia and the current Executive Director of the Australian
Centre for Christianity and Culture, Imam Afroz Ali, Founder and
President of Al-Ghazzali Centre, Dr. Wan Azizah, president of the
People's Justice Party of Malaysia and Father Charles Waddell,
Interfaith Delegate of the Catholic Church.

sumber - AIDCNews
<http://aidcnews.blogspot.com/2009/07/kebebasan-dan-demokrasi-senjata-ut\
ama.html>

Artikel lain berkaitan :

. 11 Julai Anwar Ke Perth : diiktiraf tokoh Islam Pluralis Interfaith
Conference Perth
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/11-julai-anwar-ke-perth-\
diiktiraf-tokoh.html>



Sila klik di sini untuk join egroup AIDC
http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/
<http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/>



Untuk maklumat lanjut sila layari
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>



Terima kasih.



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke