HIMPUNAN HADITH HARIAN 
  


 
Tajuk : 

Allah Mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa 

BAB: Ibadah puasa
 
 
Hadith : 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan
penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni
dosa-dosanya yang telah lalu.” [Riwayat Bukhari  dan Muslim] 
 
 
Huraian:

Pengajaran Hadis:

i) Puasa mencakupi pembatasan seluruh anggota tubuh bahkan hati dan
pikiran daripada melakukan segala macam dosa. Imam Al Ghazali berkata,
"Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka
padahal berpuasa.” Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang
makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan
dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan
haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan dosa. 
ii) Sesungguhnya iman dan nafsu yang jahat tidak mungkin boleh bersama
kerana mustahil orang yang kuat imannya disertai oleh nafsu yang liar.
Begitu juga tidak akan berlaku orang yang bernafsu liar mendakwa
imannya kuat. Maka bulan Ramadhan merupakan peluang bagi umat Islam
menundukkan nafsunya kerana peningkatan iman tidak akan berlaku
sekiranya nafsu gagal dijinakkan. Sedangkan seseorang itu hanya akan
mencapai tahap jihad yang paling tinggi apabila terlebih dahulu berjaya
mengekang dan menjinakkan nafsu dalam dirinya. 
iii) ‘Dengan penuh keimanan’ sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis
di atas bermaksud yakin dengan janji-janji Allah S.W.T dan melaksanakan
perintah-perintah Allah dengan penuh keikhlasan iaitu mencari keredhaan
daripada Allah semata-mata, bukan berpuasa sekadar ikut-ikutan dengan
tujuan untuk berbangga-bangga (riya’), mendapatkan pujian atau habuan
dunia. 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke