Penghinaan terhadap Islam bukanlah perkara baharu dalam sejarah tamadun
manusia. Ia telah berlangsung sejak kali pertama Allah SWT memerintah iblis
untuk sujud kepada Adam yang enggan berbuat demikian kerana merasakan bahawa
dirinya lebih mulia daripada Adam, malah sudah lebih lama wujud daripada
Adam ribuan tahun sebelumnya.

Siri penentangan terhadap tidak berakhir di situ, malah ia diteruskan dengan
beberapa siri lain yang berlaku terhadap umat para anbiya yang tidak dapat
menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi masing-masing. Ia disebabkan ada
dalam hati mereka rasa tidak setuju dengan apa yang dibawa kerana mendakwa
mereka pun cerdik seperti nabi-nabi.

Justeru, Allah SWT menegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 112 surah
al-An'am maksudnya: "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu
musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan
kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya
untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka
tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka
ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu."

Jelas daripada apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, bahawa
kalau terdapat di kalangan nabi-nabi itu syaitan berupa manusia, yang
kerjanya untuk menyesatkan sekalian manusia, maka ia juga terdapat di
kalangan manusia pada hari ini yang berusaha untuk menyesatkan manusia
dengan kata-kata indah melalui tulisan, pembentangan kertas-kertas kerja
dalam seminar, penyampaian dalam majlis-majlis dialog dan sebagainya.

Pada hal ciri-ciri syaitan ada pada mereka, bagi yang mengenal Islam dengan
baik sahaja yang dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dengan
kata-kata indah tersebut.

Pada awal abad ke-21, masyarakat Islam dikejutkan dengan kemunculan penulis
dan individu yang diyakini telah cuba menulis atau membuat kenyataan secara
sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam.
Mereka cuba memberi gambaran Islam yang salah dengan mengikuti pandangan
peribadi mereka semata-mata tanpa dirujuk kepada asas-asas kaedah dan
disiplin ilmu pentafsiran al-Quran dan Al-Hadis yang betul daripada
persepakatan ulama yang muktabar (yang diterima pakai dan tidak dipertikai
oleh seluruh ulama).

Maka berlakulah penyimpangan gambaran Islam sebenar hingga lahir aliran atau
fahaman sekularisme yang memisahkan agama daripada kehidupan berpolitik dan
bermasyarakat. Seolah-olah Islam tiada hubungan dengan persoalan kehidupan
Muslim, iaitu agama individu adalah Islam, tetapi kalau cara berfikirnya
tidak Islam tidak menjadi masalah. Inilah pandangan sekularisme yang
dipelopori oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki yang menjadi tali barut
Inggeris bagi menjatuhkan empayar Uthmaniyah.

Kalau benar kenyataannya itu, apa perlu untuk mengguling pemerintahan Islam
Uthmaniyah, biarkan Sultan Abdul Hamid memerintah negara dengan Islam,
sistem politik sahaja yang perlu ditukar kepada sekularisme, tetapi itu
tidak akan berlaku, kerana sekularisme mempunyai agenda tersendiri bagi
meraih sokongan pihak tertentu untuk menguasai negara.

Percubaan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mahu menjadikan Islam dan
hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut
sesuka hati dan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul
dalam Islam.

*Antara kenyataan yang ditulis dan siar oleh penulis dan badan-badan yang
menyebut Islam boleh ditafsir oleh sesiapa contohnya: *

1. *Pandangan oleh Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in
Islam:*"Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang
mendakwa mereka
sebagai ulama. Oleh itu, sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam
seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata." (Utusan Malaysia,
26 September 2000)

2. *Pandanan Dr Kassim Ahmad*, penulis dan penganalisis bebas: "Semua umat
Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik
(lama) yang telah ketinggalan zaman�Kepada umat Islam, kita mnyeru supaya
digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah
saintifik." (New Straits Times, 12 Oktober 2000)

Situasi begini bukan sahaja merosakkan imej kesucian Islam, malahan
menimbulkan kekeliruan yang bahaya di kalangan masyarakat awam khususnya
masyarakat Islam di negara ini. Jika agama Islam dibiarkan didebat secara
bebas seperti yang ditulis oleh pihak tertentu tanpa mengikut disiplin
ilmu-ilmu Islam yang betul maka kewibaan seluruh institusi-institusi Islam
di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan. -


*Oleh Penulis Khas - Harakah Online
<http://goog_1248929809496>*http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21708&Itemid=91


Salaam & Regards

Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke