*Dari Laman Blog:Hembusan Amal4u <http://hembusan-amal.blogspot.com/>*

"Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran Tidak mengapa menerima
kekalahan selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai kemenangan
tapi menilai kebenaran. Oleh itu berjuanglah di atas kebenaran, sekalipun
kalah".



1.*Kalau kita berjuang menumpang platform orang*, macam kita menumpang kapal
orang.Kita ada matlamat sendiri, yang punya kapal mempunyai matlamat
sendiri. Sudah tentulah yang punya kapal itu akan membawa kapalnya ke
destinasi yang dia kehendaki. Bukan ke destinasi yang kita kehendaki. Bila
hendak sampai?.

2.Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara ke hadapan, adakalanya kita
mesti undur ke belakang dan adakalanya kita mesti bertahan. Begitulah
strategi di dalam perjuangan.

3.Perjuangan Islam tidak sama dengan Perjuangan Umat Islam. Perjuangan Islam
perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berprinsipkan Islam
berdasarkan Al Quran dan Al Hadis. Perjuangan Umat Islam ialah perjuangan
yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berdasarkan ideologi. Yang pertama
kalau terkorban mati syahid. Yang kedua kalau terkorban mati sakit.

4.Kalaulah orang Islam itu ghairah mengamalkan ajaran Islam, tidak ada masa
untuk *berforum dan bermujadalah*. Kerana masa mengamalkannya sangat
terbatas

5.Apabila ada orang di sesebuah parti lain melakukan kesilapan atau
kesalahan, bukan sahaja orang itu dihina, dikata dan dicerca bahkan parti
orang itu pun dikata dan dicerca, tapi apabila Allah takdirkan membongkar
kesalahan mana-mana orang di dalam parti atau jemaahnya sendiri, dia
berkata, “Itu kesalahan individu, tidak ada kena-mengena dengan parti atau
jemaah”.

6.Ada orang di dalam perjuangan, sanggup korbankan dasar dan prinsip
perjuangan, kerana mempertahankan satu dua orang yang disukainya. Walaupun
orang yang dipertahankannya itu melakukan kesalahan. Begitu juga ada orang
yang sanggup korbankan dasar perjuangannya, kerana ada individu di dalam
perjuangan itu berselisih faham dengannya.

7.Di dalam satu perjuangan, kita mesti pandai membezakan kesalahan dasar
perjuangan, dengan kesalahan peribadi di dalam perjuangan. Apabila peribadi
yang salah, kita tidak boleh meninggalkan perjuangan. Tapi apabila dasar
perjuangan yang salah, tidak mengapa kita meninggalkan perjuangan itu.

8.Perjuangan itu macam orang buka ladang, orang yang boleh meneruskan
pembukaan ladang itu di awal hingga akhir waktu menebang, membakar,
membajak, menanam terlalu kurang berlakunya perselisihan dan krisis, kerana
tidak ada apa yang hendak direbutkan, perselisihan dan krisis banyak berlaku
selepas ladang mengeluarkan hasil, menimbul rebutan, pecahlah perpaduan,
begitulah perjuangan selepas mendapat kejayaan atau kemerdekaan. Timbullah
krisis yang membawa perpecahan yang hebat, justeru merebut hasil kemenangan

9.Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran ? ! Tidak mengapa
menerima kekalahan selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai
kemenangan tapi menilai kebenaran. Oleh itu berjuanglah di atas kebenaran,
sekalipun kalah.

10.Pertahankanlah kebenaran sekalipun kalah, hindarkanlah kebatilan
sekalipun mendapat kemenangan.

11.Pemimpin politik selalunya hanya dapat menawan fizikal manusia. Pemimpin
kerohanian biasanya dapat menawan hati manusia. Selalu sahaja berlaku
pertembungan di dalam satu masa, bila pemimpin politik itu kalah, dia selalu
sahaja menggunakan kuasa. Dia kalah di dalam kemenangan

12.Kemampuan kuasa tidak boleh menawan hati. Tapi kemampuan hati boleh
menawan hati dan kuasa tanpa kuasa.

 13.Allah tidak akan persoalkan kelak menang dan kalah, tapi yang Allah akan
persoalkan ialah benar dan salah, begitu jugalah Allah tidak akan tanya
tentang berjaya dan gagal tapi yang Allah akan tanya adalah bekerja dan
berusaha mengikut syariat atau sebaliknya melanggar syariat.

14.Di dalam berjuang hendaklah kita lebih takut dengan dosa kita lebih
daripada musuh, kerana dengan dosa itu Allah murka, apabila Allah murka kita
dibiarkan oleh Allah kepada musuh, di waktu itu kita berhadapan dengan dua
kerugian pertama kemurkaan Allah, kedua kekalahan dan kehinaan.

15. Apabila kebenaran itu dibawa oleh orang yang sudah hilang wibawa (hilang
taqwa), kebenaran itu tidak akan diikuti orang, kebenaran itu tidak
bernilai.

16. Yang mengelirukan orang awam di akhir zaman ini ialah hampir semua
golongan menyebut Islam, orang fasik menyampaikan Islam, orang munafik
menyampaikan Islam, yang jahil dengan Islam pun menyampaikan Islam, yang
dasar perjuangannya tidak mengikut Islam pun memperkatakan Islam, orang
kafir pun memperkatakan tentang Islam.


Salaam & Regards

*Amri el Wahab*

SMS 0122441105

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

*Mutiara Kata*:"Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita,
hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.
Sent from Kuala Lumpur, Malaysia


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------


===
http://media-islam.or.id

Anda bisa mendapatkan Busana Muslim secara online di:
http://rumahmadina.com
http://www.butikaqilla.com
http://wearmuslim.com
Toko buku Islam online:
http://rumahpensil.webuang.com
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke