Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa cinta dan kasih para Sahabat
yang sungguh mendalam terhadap Rasullullah SAW dan sebaliknya, telah
membuatkan mereka berjuang dan berkorban habis habisan.Hingga nyawa pun
sanggup dikorbankan demi cinta. Al hasil dalam tempoh yang sekejap sahaja,
ISLAM telah membentuk Negara dan empayar kepada tiga perempat dunia.
Demikian bukti bahawa dengan cinta, manusia rela mengorbankan lebih masa dan
tenaga hingga memperolihi hasil yang luar biasa.Sedangkan tanpa cinta,
sesuatu kerja itu akan di buat dengan sambil lewa dan hasilnya mengecewakan!

 Tapi sayang sekali hari ini, umat dunia sudah ketandusan kasih sayang dan
cinta ini. Orang miskin tidak sayang pada orang kaya dan sebaliknya, Rakyat
tidak sayang pada raja atau pemimpin negaranya, masyarakat tidak sayang pada
ulama, bahkan anak anak tidak sayangkan ibu bapa dan isteri tidak menyayangi
suami.

Dunia hari ini begitu ketandusan kasih sayang.Keadaannya genting sekali.
Manusia saling benci membenci iaitu kebalikan dari berkasih sayang.
Akibatnya masing masing saling mencari jalan untuk menyusahkan orang lain.
Masing masing saling berprasangka dan saling mencurigai. Paling tidak,
saling tidak memperdulikan dan tidak ambil tahu. usaha usaha untuk
mengatasinya hampir hampir tidak ada sama sekali.

Benci membenci jadi budaya tradisi yang membuatkan manusia terhina dengan
bentuk krisis dan masaalah sesamanya.Kakitangan pejabat mencaci caci Boss
mereka di belakangnya.Orang politik saling memaki hamun terhadap lawanya,
dan dimaki hamun oleh pengundinya, ulama dihina oleh masyarakat, pemerintah
dan menteri menteri nya dimusuhi oleh berbagai lapisan masyarakat dan jadi
bahan bualan negatif.Demikian seterusnya yang berlaku dalam realiti hidup
hari ini akibat tidak adanya sifat sifat yang cantik untuk membuat manusia
saling jatuh hati dan sayang menyayangi.

Mana kasih sayang pengikat perpaduan manusia? Mana keharmonian hidup,
ketenangan serta kepuasan?

 Kita rindu melihat orang Islam sesama orang Islam (khususnya di
Malaysiaini) kasih mengasih di antara satu sama lain dan ketepikan
ideologi dan
fahman politik masing masing. (Perjalanan politik sekular yang di amalkan di
Malaysia telah banyak membawa kerosakan dengan memecah belahkan hati hati
masyarakat khususnya masyarakat orang Islam).

Kita ingin melihat orang bukan Islam kasih kepada orang Islam dan
sebaliknya. Kita juga rindukan pemimpin yang memberikan kasih sayang kepada
pengikutnya dan sebaliknya. Hinggakan kita berkerjasama dengan penuh harmoni
dan mesra.
 Kita ingin melihat dunia kembali damai, aman, harmoni dan makmur dengan
wujudnya kasih sayang sesama manusia.


*DARI LAMAN BLOG: HEMBUSAN AMAL4u <http://hembusan-amal.blogspot.com/>.*

Salaam & Regards

Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke