Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa cinta dan kasih para Sahabat
yang sungguh mendalam terhadap Rasullullah SAW dan sebaliknya, telah
membuatkan mereka berjuang dan berkorban habis habisan.Hingga nyawa pun
sanggup dikorbankan demi cinta. Al hasil dalam tempoh yang sekejap sahaja,
ISLAM telah membentuk Negara dan empayar kepada tiga perempat dunia.
Demikian bukti bahawa dengan cinta manusia rela mengorbankan lebih masa dan
tenaga hingga memperolihi hasil yang luar biasa.Sedangkan tanpa cinta,
sesuatu kerja itu di buat dengan sambil lewa dan hasilnya mengecewakan!

Tapi sayang sekali hari ini, dunia sudah ketandusan kasih sayang dan cinta
ini. Orang miskin tidak sayang pada orang kaya, Rakyat tidak sayang pada
raja atau ketua negaranya, masyarakat tidak sayang pada ulama, bahkan anak
anak tidak sayangkan ibu bapa dan isteri tidak menyayangi suami.

Dunia hari ini begitu ketandusan kasih sayang.Keadaannya genting sekali.
Manusia saling benci membenci iaitu kebalikan dari berkasih sayang.
Akibatnya masing masing saling mencari jalan untuk menyusahkan orang lain.
Masing masing saling berprasangka dan saling mencurigai. Paling tidak,
saling tidak memperdulikan dan tidak ambil tahu. Usaha usaha untuk
mengatasinya hampir hampir tidak ada sama sekali.

Benci membenci jadi budaya tradisi yang membuatkan manusia terhina dengan
bentuk krisis dan masaalah sesamanya.Kakitangan pejabat mencaci caci Boss
mereka di belakangnya.Orang politik dimaki hamun oleh pengundinya, ulama
dihina hina oleh masyarakat, menteri menteri dimusuhi oleh berbagai lapisan
masyarakat dan jadi bahan bualan negatif.Demikian seterusnya yang berlaku
dalam realiti hidup hari ini akibat tidak adanya sifat sifat yang cantik
untuk membuat manusia saling jatuh hati dan sayang menyayangi.

Mana kasih sayang pengikat perpaduan manusia? Mana keharmonian hidup,
ketenangan serta kepuasan?

Kita rindu melihat orang Islam sesama orang Islam (khususnya di
Malaysiaini) kasih mengasih di antara satu sama lain dan ketepikan
ideologi politik
masing masing. (Politik songsang yang di amalkan di Malaysia telah banyak
membuat kerosakan dengan memecah belahkan hati hati masyarakat khususnya
masyarakat orang Islam).Dan kita ingin melihat orang bukan Islam kasih
kepada orang Islam dan sebaliknya. Kita juga rindukan pemimpin yang
memberikan kasih sayang kepada pengikutnya dan sebaliknya. Hinggakan kita
berkerjasama dengan penuh harmoni dan mesra.

Kita ingin melihat dunia kembali damai, aman, harmoni dan makmur dengan
wujudnya kasih sayang sesama manusia.



Salaam & Regards

Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

*Pesanan Mursyid:"*Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu
Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila
kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak
berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak
bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita
pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke