Selamat menjalankan ibadah puasa ....
Buat kami .. alhamdulillah di Wina sini banyak kedai orang-orang Turki,
Mesir, Lebanon dan juga Pakistan yang menjual KURMA sepanjang tahun. Malahan
kalau untuk buah yang satu itu di Asian Shop juga tak ketinggalan dijual, sebab
memang banyak pembelinya .. meskipun yang terbanyak dijual di kedai-kedai Turki
dan Mesir.
Kami di Wina sini kebetulan juga bergaul dengan teman-teman dari Mesir
kebanyakan, sehingga kalau kebetulan berpuka puasa bersama mereka (Iftar
istilah mereka) maka hidangan kurma dan susu tak pernah ketinggalan. Dan karena
makan bersama orang-orang Timur Tengah, maka (maunya mereka) sering diajak
"kembulan". Persis kalau kebetulan nglihat rekaman video di CNN tentang apa
yang dilakukan Osama bin Laden ketika sedang makan bersama-sama teman-teman
dekatnya.
Nah, sambil menunggu sharing info dari teman-teman di seantero penjuru dunia
baiklah berikut juga dilampirkan tentang KURMA itu ..
LA.
KHASIAT BUAH KURMA
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa
saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama
ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di
negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang
terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai
berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah
makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi
bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta
tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi
makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang
khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan
yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar
bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar Ajwah dia akan terkawal daripada kejutan
syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas
merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai
dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang
kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau
mengandung Nabi Isa Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam
ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan
atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang
sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang
beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang
khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah
membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan
hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang
semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah
ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia
antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan
berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah
unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai
masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan
kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan
pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan
membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai
bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke
bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya
daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa
biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka
Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa
biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar
kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas
bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalla berbuka
dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia
berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan
memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan
hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa
dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai
salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan
sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi
pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita
terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian
serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.
http://asia.groups.yahoo.com/group/bintangpelajar/
Tiada hari tanpa belajar, tiada prestasi tanpa dikejar
---------------------------------
Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use"
The Wall Street Journal
[Non-text portions of this message have been removed]
*****
HELP ME !
1. Motivasi, Produktifitas dan Kualitas Pelayanan Karyawan Anda menurun ?
Inhouse training & Workshop Motivasi dipandu langsung oleh penemu Metode SERVO,
merupakan salah satu dari sembilan orang Guru Sukses, Versi Majalah Warta
Bisnis, Edisi 41 / III / Agustus 2005.
2. Kemana mencari SDM yang Kompeten dan Antusias ?
3. Kemana mencari Narasumber / Pembicara tentang Motivasi, Manajemen Diri dan
Prestasi, ServoPower, ServoTherapy, HypnoTherapy ?
4. Siapa yang dapat menjadi Pelatih Pribadi (Personal Coach) serta memprogram
Prestasi Karir / Profesi ?
5.Kemana menghilangkan Hambatan Sukses seperti Insomnia ? Trauma ? Phobia ?
Mania ? Psikosomatis ? Relapse ? Stress ? Cemas ? Sedih ? Takut ? Depresi ?
Marah ? Kebiasaan / Pengalaman Buruk ? Gemuk / Kurus ? dll. ?
Testimonies pernah dimuat di Majalah Good Housekeeping, September 2005, hal.
52. Klik aja >>>http://servocenter.wordpress.com/servo-testimonies/<<<
6. Anda ingin konsultasi masalah Pribadi ? Klik aja
>>>http://servocenter.wordpress.com/140/<<<
*****
SERVO CENTER
Pusat Pemrograman Motivasi, Manajemen Diri dan Prestasi
Komplek Cipondoh Makmur, Jl. Bahagia Raya
Blok B5b No. 2 Cipondoh, Tangerang 15148.
021) 5574 5555, 554 6009, 554 5257
Talkshow Interaktif tentang Motivasi, Manajemen Diri dan Prestasi :
1. Radio MSTRI 104,2 FM, Setiap Kamis Sore, Jam 16.00 - 17.00
2. Radio PESONA 103,8 FM, Setiap Rabu Malam, Jam 19.00 - 20.00
Setiap Minggu Pertama, Awal Bulan
>>>http://servocenter.wordpress.com/<<<
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/TaManBinTaNG/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/TaManBinTaNG/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/