Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah 
r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada 
Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :

  · Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah 
memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.

  · Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari 
sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan 
penghidupan yang baik.

  · Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak 
nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua 
penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
  · Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku 
tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak 
mengagung-agungkan nama-Ku.

  · Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada 
orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci 
kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang 
tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.

  · Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan 
benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut 
saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

  · Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku 
tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.

  · Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima 
korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

  · Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap 
dirimu sendiri.

  ·  Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak 
keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T 
menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T 
memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."
  
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  www.bursainvestasi.com?id=superduit
  www.mynutrend.com?id=superjamu
  www.superjamu.indonetwork.co.id
  www.kazamer.com
  Andy 08563063499 / 08881067685

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke