*Waktu adalah harta yang paling berharga* Memandangkan masa berlalu dengan pantas, dan jika ia berlalu tak akan kembali dan tidak dapat dibayar dan dinilai dengan apa jua pun, maka oleh itu masa adalah barang mahal dan sangat berharga yang dimiliki seseorang. Masa pada hakikatnya adalah modal yang sebenarnya dimiliki manusia.
Masa bukan hanya diibaratkan laksana emas, bahkan masa sebenarnya jauh lebih mahal daripada permata dan batu mutiara yang mahal. Masa, seperti yang pernah dikatakan oleh pahlawan syahid Hasan al-Banna ialah "kehidupan". Imam Hasan al-Basri pernah berkata: "Wahai anak Adam, anda sebenarnya hanya merupakan himpunan dari hari-hari di mana jika berlalu satu hari daripadanya, sebahagian daripada anda akan turut pergi." Sesiapa yang tidak menyedari nilai masa semasa hidup ini, dia akan menempuh saat di mana dia akan menyedari nilai masa dan harganya yang sangat tinggi, serta nilai amal usaha di masa yang telah luput tersebut, setelah luputnya peluang beramal. Dalam hal ini al-Quran memberi peringatan mengenai dua keadaan atau peristiwa yang akan ditempuh manusia di mana dia benar-benar akan menyesali atas kehilangan masanya selama ini, yakni di saat penyesalan sudah tidak berguna lagi sama sekali. *Pertama* ialah peristiwa semasa nazak di masa seseorang akan meninggalkan kehidupan dunia dan akan amenempuh alam akhirat. Dia akan berharap sekiranya dia diberi tangguhan masa di akhir saat kematiannya walaupun sebentar agar dia dapat memperbaiki amal perbuatan kebinasaan yang dilakukannya. Juga agar dia diberi peluang melakukan perkara yang belum sempat dikerjakannya selama ini. Dalam hal ini al-Quran menyatakan: "*Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, lalu dia berkata: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?*" (al-Munafiqun: 9-10) Jawapan al-Quran mengenai angan-angan kosong ini sungguh keras dan tegas: "*Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." * (al-Munafiqun: 11) *Kedua* ialah setelah berada di negeri akhirat kelak, di mana setiap orang telah menerima balasan amal usaha semasa di dunia. Penghuni syurga telah memasuki syurga; dan para penghuni neraka juga telah masuk neraka. Di saat ini penduduk neraka menggantungkan harapan agar mereka dikembalikan semula kepada kehidupan dunia, agar mereka memulakan amal soleh. Tetapi sungguh mustahil apa yang mereka harap-harapkan. Masa untuk melakukan amal soleh telah pun berakhir. Masa pembalasan amal telah pun tiba. Petikan dari buku Harga & Nilai Waktu<http://www.husnabooks.com/main/buku/harga%20waktu.htm>karya Dr. Yusuf al-Qaradawi -- Best Regard Erwin Arianto,SE えるウィン アリアンと Internal Auditor PT.Sanyo Indonesia Ejip Industrial Park Plot 1a Cikarang-Bekasi -------------------------------------------- See my Article On http://erwinarianto.blogspot.com/ [Non-text portions of this message have been removed]
