> Apa yang baik kita contohi.. apa yang buruk kita tinggalkan...
> InsyaAllah.. berjaya lah kehidupan dunia akhirat kita.....

>> Bismillahi-Rahmanir-Rahim.
>> Assalamualaikum saudara dan saudari,
>>
>> Nama saya Mohammad Farid A. Hamid ( [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED])
>> Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah
>> memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja. 
>> Saya
>> harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada
>> lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya 
>> untuk
>> menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawap
> ini,
>> sekurang-kurangnya.
>>
>> Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat
> panas,
>> sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat
>> makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta "air badak" pemberian ibu
>> saya. Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan
>> langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas,
>> serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir
>> seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk
>> membeli betik dan tembikai. Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam
> dalam
>> air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya
>> tertidur nyenyak.
>>
>> Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan
>> segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul
> ribut
>> dan gempa. Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang
>> anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan
>> ada bahagian yang jatuh laju entah kemana, bersama-sama orang-orang yang
>> diatasnya. Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum
>> membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya
>> kecuali air hujan didalam lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain
>> yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong
> menolong
>> kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka. Sedang saya
> melutut
>> membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada
> saya
>> dan mengatakan, "Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum
> dan
>> sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkan
>> lah kepada yang lain" Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya
>> orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu,
>> menuju ke satu cahaya di timur. Saya hanya sempat meihat capal yang
> dipakai
>> oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan
>> orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti orang-orang
>> lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi.
>>
>> Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu 
>> saya
>> mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian
>> terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan 
>> kepala
>> saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya. Mimpi itu
> tetap
>> bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa berada
>> difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin Allah,
>> banyak yang dapat saya bantu. Satu hari, saya ternampak gambar didalam
>> majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi
>> saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat
>> kepastian, saya bertanyakan Ustadz Abdullah yang mengajar saya sewaktu
> itu.
>> Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan didalamnya ayat-ayat AlQuran,
> adaah
>> benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak
>> mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudaian memeluk saya, dan
>> berkata,"Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana 
>> pada
>> hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan 
>> ajarkan
>> ayat-ayat itu kepada yang lain".
>>
>> Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini
>> kepada yang lain. Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin,
>> serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) keatas air dan
>> berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu
>> dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta'ala. Itulah
>> pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan. InsyaAllah, diberkati
>> Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan dan 
>> ajarkan
>> kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.
>>
>> Wassalam.
>> Mohammad Farid A. Hamid
>> +012-9041917

Kirim email ke