aniz anwar <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Mutiara NQ ~ Memoir Kasih Buat Ibu (Part 1)
Bertemu lagi dengan izinNYA Yang Maha Esa . Pantas masa berlalu...hari ini sudah masuk masuk hari ke 24 ibu kembali ke rahmahtullah. Sememangnya bukan mudah untuk melalui hari-hari tanpa kehadiran insan yang bernama ibu di sisi. (Mujurlah ilmu juga pengetahuan yang dipelajari dalam Kuliah Crisis Intervention ~ menghadapi saat-saat Grieving banyak membantu)Rasanya baru semalam detik-detik indah dan memori kasih ini, kami lewati bersama. Ingat lagi ibu selalu bercerita betapa hebat cabaran ibu untuk melahirkan saya, hampir sebulan ibu menginap di Hospital Kuala Lumpur lewat 32 tahun lalu...gara-gara tekanan darah tinggi. Pulaktu bermalam di labour room berhari-hari baby tak keluar-keluar, masuk botol yang ke 10 barulah si kenitnie keluar menjengah dunia...itupun very-very the tiny..seminggu juga duduk dalam incubator sehinggalah abah berkeras untuk membawa saya pulang. Tak padan dengan kenitnya suara nyaring kuat nangis pulaktu sampai tak tidur malam dibuat ibu.(Harapnya tiadalah zuriat aniz yang mengikut jejak kuat teriaknya...silap ari bulan dengan ibunya menangis sekali) Sungguhpun kami bukan terdiri daripada keluarga yang besar tetapi keluarga di sebelah ibu dan abah cukup meriah dan besar. Belah ibu shj mempunyai 24 orang adik-beradik (dua ibu seorang bapa) manakala sebelah abah pula 11 orang...Jadi tidak hairanlah kehidupan kami tidak pernah sunyi...dengan pakcik makcik, anak-anak saudara dan sepupu. Sungguhpun bergelar anak tunggal saya tidak pernah merasa sunyi apatah lagi sifat penyayang ibu yang juga turut membantu menambah pendapatan keluarga dengan mengambil upah baby sitter. Keikhlasan dan kasih sayang ibu seringkali berjaya memenangi hati anak-anak kecil yang dipelihara. Ingat lagi, sering kali juga makcik iti terpaksa menahan sabar dan bergaduh dengan puteri sulungnya yang ketika itu berusia 8 tahun gara-gara berkeras taknak pulang ke rumah ingin bermalam di rumah kami. Hee...tak kurang juga anak-anak ini komplain ibu mereka tak pandai masak macam mak ~ kecik hati ibu @ mama anak-anaknie gamaknya kalau depa tahu tak padan dengan kecik bukan main bijak anak-anak mereka bagi laporan kat ibu menyatakan mama tak pandai masak macam mak...mama masak tak sedap (panggilan buat ibu untuk anak-anak yang dijaga). Ditambah perawatan Islam yang abah lakukan...teratak kami memang meriah dengan kunjungan tetamu. Sehinggakan satu ketika Abang Rauf dan Kak Umi dengan rendah hati meminta pertolongan ibu dan abah untuk menjaga Uzair yang ketika itu belum pun sempat habis pantang...gara-gara anaknya seringkali menangis sampai mereka suami isteri mati kutu tak tahu nak menggayakan bagaimana lantas habis sahaja berpantang Uzair terus diserahkan pada kami untuk dipelihara (itupun setelah dipujuk ibu supaya kak Umi banyak bersabar kasihan Uzair belum habis pantang ingin diserahkan kepada kami). Yang peliknya bila si ibu atau si ayah...menyebut ...Asyik nangis tak diam-diam ...hantar rumah Ustaz kang...barulah Uzair diam. Hampir setahun lebih juga ibu dan abah menjaga Uzair...berkepit celah ketiak tidur dengan ibu dan abah setiap malam. Bukan setakat itu sahaja, seringkali juga ibu terpaksa berperanan sebagai kaunselor tidak bertauliah mententeramkan para isteri yang dikhianati suaminya...ada yang datang rumah menangis-nangis...ada yang telefon menangis-nangis...berjam-jam jugalah ibu menjadi pendengar yang setia. Bermacam-macam rencam rumahtangga menjadi halwa telinga kami setiap hari, apapun syukur alhamdulillah jujur saya katakan saya banyak belajar dari kisah-kisah yang singgah ke teratak kami dan masa yang sama memberi keazaman dan suntikan semangat buat saya untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi mendalami bidang Kaunseling dan Rumahtangga. (InsyaAllah dalam bicara-bicara Mutiara NQ akan datang, akan saya bawakan perkongsian dari perspektif Islam dan kaunseling dalam membina sebuah rumahtangga yang harmoni, ceria, bahagia dan dirahmati Allah...insyaAllah) Maka tidak hairanlah waktu pengebumian ibu ...Subhanallah tetamu yang datang begitu ramai (pecah rekod komen Nazir Masjid Al-Hidayah)...rata-ratanya terdiri daripada saudara-mara, para sahabat, pesakit dan tak kurang juga kenalan-kenalan RJ.(Terima kasih buat semua yang hadir dan mendoakan kesejahteraan ruh ibu) Syukur alhamdulillah, yang menyolatkan beliau sahaja dimaklumkan hampir 300 orang...rasanya kalau dihitung-hitung rasanya ada mencecah 600 orang tetamu kesemuanya itupun ada yang tertinggal tidak dimaklumkan.Hampir semua yang datang tidak henti-henti memuji ibu....Orangnya lembut, tenang, baik hati...ramah, penyabar, kalau datangtu pasti ada juadah untuk dihidangkan paling tidak pun keropok dan air teh...Sungguhpun ibu berjuang hebat melawan kanser tapi kalau diimbas raut wajah serta susuk tubuhnya tidak menampakkan beliau sakit berat...kuat semangat ibu. (ingin mengetahui rahsianya...ikuti Memoir Kasih Buat Ibu akan datang yang akan menceritakan pengorbanan kasih sayang abah merawat ibu...pendekatan spiritual, kuasa doa, meditasi, affirmasi minda serta sokongan emosi dan psikologi yang kami garapkan secara bersepadu dalam membantu ibu berjuang melawan kanser) Sememangnya pengorbanan seorang ibu amat besar dalam kehidupan seorang insan. Insan mulia ini bersabung nyawa untuk melahirkan kita...Jasa, pengorbanan, kasih sayang, didikan, keselamatan, keyakinan, kepercayaan dan titipan doa tulus ikhlas mengiringi setiap langkah perjalanan hidup insan tidak akan mampu dibayar walaupun dengan segunung emas. Buat rakan-rakan yang masih diberi kesempatan melewati hari-hari bersama bonda dan juga ayahanda tercinta...hargailah kesempatan ini...berikanlah sepenuh kasih sayang dan pengorbanan buat mereka. Remember di waktu kecil merka menjaga kita...Untuk dibiarkan seekor nyamuk menggigit kita pun takkan diizinkan inikan pula di usia merangkak senja di saat kudrat tidak segagah dulu..hiburkanlah hati mereka, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kita semasa kecil dahulu. Ikuti bait-bait lirik...lagu My Mum Is Amazing oleh Zain Bhika sebagai ikhtibar dan inspirasi...Semoga kita beroleh manfaat darinya...insyaAllah... My Mum Is Amazing She wakes up early in the morning with a smile And she holds my head up high Dont you ever let anybody put you down Cos you are my little angel Then she makes something warm for me to drink Cos its cold out there, she thinks Then she walks me to school, Yes I aint no fool I just think my Mom is amazing BRIDGE/CHORUS She makes me feel Like I can do anything and when shes with me theres no where else, Id rather be After School, shes waiting by the gate Im so happy that I just cant wait To get home to tell her how my day went And eat the yummy food, only my Mom makes Then I wind her up cos I dont wanna bath And we run around the house with a laugh No matter what I say, she gets her way I think my Mom is amazing BRIDGE/CHORUS In the evening, she tucks me into bed And I wrap my arms around her head Then she tells me a tale of a girl far away Who one day became a princess Im so happy, I dont want her to leave So she lies in bed with me As I close my eyes, how lucky am I To have a Mom thats so amazing BRIDGE/CHORUS Then I wake up in the morning, shes not there And I realize she never was (Al-Fatihah ~ buat bonda) And Im still here in this lonely orphanage With so many just like me And as my dreams begin to fade I try hard to look forward to my day But theres a pain in my heart thats a craving How I wish I had a Mom thats amazing Would be amazing NIKMATI ALUNAN LAGU INI DI : http://www.youtube.com/watch?v=cztHKU4agyQ&mode=related&search= Al-Fatihah buat ibu...Allahyarhammah Hajjah Halimah Binti Fatimah "Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dosa-dosa ibu, tempatkanlah ruh ibu bersama-sama mereka yang Engkau redhai. Hindarilah ibu daripada siksa kubur. Permudahkanlah ibu meniti titian siratMu. Hindarilah ibu dari siksa api nerakaMU dan ketemu serta kumpulkan kami di dalam syurgaMU di akhirat nanti...Kami mohon pada MU Ya Allah pimpinkanlah kami...bantulah kami...kurniakanlah kesempurnaan, kejayaan, kelancaran, kebaikan dan keselamatan dalam usaha kami memburu redhaMU...Amin...Amin Ya RAbbal Alamin..." Salam Ukhwah; Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 --------------------------------- Choose --------------------------------- Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today! [Non-text portions of this message have been removed] --------------------------------- Bergabunglah dengan orang-orang yang berwawasan, di bidang Anda di Yahoo! Answers
