Motosikal tanpa bateri, petrol

Oleh ASRON MUSTAPHA
[email protected]


WAN RAMLI (kanan) memberi penerangan mengenai konsep motosikal Sel Fuel
Serindit kepada Fadillah di Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR - Bidang permotoran negara ini memasuki lembaran baru apabila
teknologi Sel Fuel yang menggunakan sepenuhnya gas hidrogen hasil ciptaan
saintis tempatan kini sedia untuk dipasarkan.

Kejayaan itu hasil kajian Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) yang diterjemahkan melalui prototaip motosikal Sel Fuel Serindit I dan
Serindit II yang menarik minat pihak industri permotoran antarabangsa untuk
dikomersialkan.

Motosikal prototaip tersebut yang tidak menggunakan bateri dan petrol itu
mampu memecut sehingga 35 kilometer sejam dengan kuasa elektrik 5 kilowatt
yang dijana melalui gas hidrogen.

Pengarah Institut Sel Fuel, UKM, Prof. Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud berkata,
kapasiti kelajuan motosikal itu boleh dipertingkatkan melalui penjana kuasa
sel fuel yang dipertingkatkan.

"Setakat ini, kita hanya menggunakan kapasiti penjana yang mampu menjana 5
kilowatt tetapi ia boleh dipertingkatkan dengan mudah bergantung kepada saiz
enjin motosikal.

"Teknologi sel fuel ini mendapat perhatian pihak permotoran antarabangsa
yang berminat untuk membeli tetapi kita lebih berbesar hati jika pihak
industri tempatan sendiri yang memasarkannya,'' katanya ketika ditemui pada
Seminar dan Pameran Sel Fuel 2009 di sini semalam.

Menurut beliau, perbincangan dengan pihak industri tempatan telah dimulakan
dan buat masa ini hanya teknologi ciptaan mereka di negara ini yang sedia
untuk memenuhi permintaan pasaran.
*
*
---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993** <http://goog_1236819696194/>* *
*http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"TsunamiWang Group" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to 
[email protected]
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/TsunamiWang-Group?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke