Duit lakon pondan haram
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
[email protected]




KUALA LUMPUR: “Matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Apabila ia haram, ia
tetap tidak boleh dilakukan walaupun dengan alasan untuk kebaikan,” kata
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, mengenai semakin ramai
pengarah serta penerbit filem dan drama berlumba-lumba menghasilkan filem
homoseksual berkisar kehidupan pondan dan lesbian.

Noh berkata, dalam Islam, hukum itu jelas menyebut setiap lelaki tidak boleh
menyerupai perempuan serta sebaliknya perempuan tidak boleh menyerupai
lelaki berikutan hukumnya haram serta dilaknat Allah.

Justeru katanya, setiap perbuatan, perlakuan yang menyerupai mana-mana sifat
yang bertentangan dengan kejadian asal ciptaan Tuhan tidak boleh di
pertonton serta ditunjukkan kepada umum.

“Jika mereka ingin menyampaikan mesej yang baik, banyak lagi cara boleh
dilakukan, bukan dengan melanggar hukum Allah.







“Dalam Islam sendiri sudah jelas jika perkara itu haram, maka ia tidak boleh
dilakukan dan tetap berdosa walaupun dengan alasan untuk kebaikan.


“Ini boleh kita umpamakan dengan watak Robin Hood yang mencuri untuk
disedekahkan kepada orang susah sedangkan perbuatan itu memang salah dan
berdosa. Jadi segala hasil yang diperoleh adalah haram,” katanya.

Menurutnya, semua pihak harus memainkan peranan mengenai perkara ini kerana
jika dibiar berterusan, ia boleh menggalakkan orang ramai khususnya remaja
berjiwa lembut terjerumus dalam kancah golongan pondan.

Katanya, pihak penerbit, pengarah, pelakon serta penapis filem perlu
mempunyai pengetahuan agama berkaitan perkara membabitkan hukum Islam kerana
jika ia tidak dibendung akan menyebabkan permasalahan sosial semakin
berleluasa.

“Orang ramai terutama yang beragama Islam harus tahu serta mempunyai
pegangan agama mengenai perkara ini kerana jika ia dilakukan untuk mengaut
keuntungan, pendapatan yang diperoleh itu adalah haram.

“Semua pihak termasuk ibu bapa harus mencegah perkara ini kerana jika ia
tidak dibendung, ia mungkin menggalakkan ramai lagi remaja terjerumus ke
kancah itu,” katanya.

Harian Metro, Isnin lalu melaporkan mengenai drama ‘Donut’ karya terbaru
produksi milik pelakon, pengarah serta penerbit, Sheila Rusly yang
menampilkan kisah homoseksual dengan pelakon utamanya memegang watak pondan
lengkap berpakaian wanita.

Drama yang bakal di tayang menerusi slot Astro Ria, menampilkan pelakon
Norman Hakim, sebagai Zee menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi
watak utama, Shakir lakonan Fizz Fairuz.

Selain itu, drama Mabuk Estrogen yang turut menampilkan Fizz Fairuz dan
Roslan Shah juga bakal menimbulkan kontroversi kerana didakwa menampilkan
adegan ‘bercium’ antara dua pelakon lelaki utamanya itu.
*
*
---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993** <http://goog_1236819696194/>* *
*http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"TsunamiWang Group" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to 
[email protected]
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/TsunamiWang-Group?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke