'Mat rempit hanya di Malaysia'

Aksi berani mat rempit di jalan raya boleh mengundang kemalangan maut.



GEJALA mat rempit hanya wujud di Malaysia, malah tiada sebarang jurnal
antarabangsa yang pernah melaporkan masalah itu kecuali di negara ini.

Pakar pengangkutan awam yang juga Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Abdul Rahim Md
Nor, berkata ini disebabkan beberapa faktor termasuk penggunaan motosikal
sebagai pengangkutan utama di Malaysia berbanding negara asing.

"Di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia misalnya, ramai berkereta atau
menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja. Tidak ramai yang bermotosikal.
Malah jika ada motosikal pun, mereka menggunakan motosikal berkuasa tinggi.



"Keadaan sebaliknya di sini kerana ramai bermotosikal. Malah lebih ramai
daripada yang berkereta. Jadi wujudlah kelompok atau kumpulan tersendiri
seperti mat rempit sama ada di luar bandar dan bandar. Merempit itu sudah
menjadi satu budaya di kalangan pemilik motosikal ini," katanya.

Prof Abdul Rahim berkata, di luar negara, jika ada pun, hanyalah lumba
kereta haram dan bukannya motosikal.

"Hanya ada beberapa negara yang melaporkan kejadian lumba kereta haram
seperti Australia, New Zealand, Amerika, United Kingdom, Sweden, Croatia,
Jepun, dan Hong Kong. Bagaimanapun, perlu diingat, keadaan di luar negara
terkawal, tidak seperti Malaysia yang hampir setiap malam ada saja kejadian
merempit." katanya.



Beliau turut mengaitkan gejala mat rempit itu dengan faktor cuaca. Di
Malaysia, cuacanya sama sepanjang tahun, manakala di luar negara cuacanya
empat musim.

"Apa yang pasti, tiada siapa pun yang mahu bermotosikal ketika musim sejuk."
katanya.

Prof Abdul Rahim turut menyuarakan kebimbangannya kerana perkembangan semasa
menunjukkan gejala mat rempit bukannya berkurangan atau terkawal, sebaliknya
semakin menjadi-jadi. Buktinya, jika dulu cuma 10 atau 20 orang mat rempit
bergerak dalam satu kumpulan, kini bilangan mereka mencecah hingga 200
orang.

Ditanya faktor utama yang menyumbang kewujudan mat rempit ini, beliau
menyifatkan sekurang-kurangnya lima faktor iaitu sikap mat rempit, ada
'peminat' gejala itu, pengaruh permainan video, pengaruh media dan
penguatkuasaan undang-undang yang longgar,

"Sikap mat rempit yang menyifatkan perbuatan mereka itu memberikan kepuasan
dan keseronokan tersendiri. Mereka berasa teruja dapat beraksi di jalan
raya, ditonton ramai, ada peminat serta ganjaran seperti wang dan wanita
untuk ditiduri.

"Tidak kurang juga yang menjadikan aksi rempit itu cara meleraikan
pertelagahan seperti kumpulan mana yang memandu paling laju. Merempit ini
memberi kepuasan rekreasi kepada mereka. Jika orang lain seronok panjat
gunung atau kegiatan sukan lain, mat rempit menganggap membonceng motosikal
dengan laju dan mempamerkan aksi bahaya itu satu kepuasan. Lebih-lebih lagi
jika mereka ada kawan yang meminati perkara sama," katanya.

Prof Abdul Rahim turut menyelar sikap pengeluar filem dan drama bersiri yang
berlumba-lumba menghasilkan cerita mengenai mat rempit yang disifatkannya
hanya memberi publisiti meluas dan menggambarkan mereka sebagai hero atau
ikon.

"Pengarahnya pula mendakwa produksi itu memberi pengajaran. Tetapi saya mahu
soal kembali, apa gunanya pengajaran yang cuma 20 peratus berbanding
keburukan sebanyak 80 peratus lagi?

"Pernahkah beliau terfikir berapa ramai yang akan meniru aksi dipaparkan?
Aura filem sedemikian bukan saja di ibu negara tetapi menular sehingga ke
segenap pelosok tanah air. Jadi apa rasionalnya menghasilkan drama atau
filem yang mempopularkan gejala sosial sedemikian?"

Prof Abdul Rahim juga menggesa pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan
Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) mewujudkan satu pangkalan data khas bagi
pesalah merempit ini, khususnya mengesan mereka yang tegar dan harus
dikenakan hukuman lebih berat apabila mengulangi kesalahan itu.

"Pangkalan data itu menjadi catatan rekod kesalahan dan rujukan pihak
berkuasa itu sendiri. Selain itu, kerajaan juga harus lebih tegas dengan
menggantung lesen mat rempit selama dua tahun. Kita harus lebih serius dan
tegas menangani permasalahan mat rempit ini," katanya.

*---

bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993
http://nextcash.biz/341




hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438
**myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"TsunamiWang Group" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to 
[email protected]
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/TsunamiWang-Group?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke