oleh mohd masri

Setiap kali Ramadhan semakin menjelang, pastinya saya akan menerima mesej
yang difowardkan melalui yahoo mesengger tentang sebuah hadis berkaitan doa
Jibril dan diaminkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam serta para
Sahabat. Hadis tersebut berbunyi:

Malaikat jibril Menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat
Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang
tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya." Maka
Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Saya sudah berusaha sedaya mampu saya mencarinya di dalam kitab-kitab hadis
namun tidak saya temui. Malah kitab-kitab fiqh juga tidak membahaskan
mengenai perlunya meminta maaf sebelum masuknya bulan Ramadhan bagi
mengelakkan diabaikan puasa kita oleh Allah Subhana wa Ta'ala. Kebanyakkan
yang menyebarkan hadis itu sendiri tidak sedar bahawa tidak semua hadis itu
sahih (authentic) hanya sekiranya ia menyatakan "Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda" atau "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
melakukan itu dan ini".

Untuk lebih memahami hal berkaitan hadis dan larangan menyebarkan hadis yang
tidak sahih atau diragui kesahihannya oleh penyebar, sila rujuk tulisan saya
yang bertajuk Berdusta Ke Atas Rasulullah.

Saya tidak berani meletakkan darjat hadis tersebut (samada sahih, hasan,
dhaif atau palsu) kerana biarlah mereka yang lebih alim dalam bidang hadis
melakukannya. Cuma yang boleh saya katakan, saya (dan beberapa orang yang
turut pernah menyemaknya) tidak menemui sebarang tanda yang boleh membawa
kita menilai darjatnya. Sesiapa yang menyatakan ia sahih, sila kemukakan
hujah dan bukti dan sampaikan pada saya agar saya boleh mendapat manfaat
ilmu itu.

قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang
benar.[al-Baqarah 2:111]

Adapun terdapat hadis yang mirip dengan hadis yang diforwardkan itu.
Hadisnya adalah seperti berikut. Daripada Jabir bin Abdullah
radhiallahu'anhuma:
أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال :
( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : (
آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال
: ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال :
شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ،
ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ .
فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ
: آمينَ )

Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata,
"Amin, amin, amin".
Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai
Rasulullah?" Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : 'Celaka seseorang yang masuk
bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh
Allah dan katakanlah amin!', maka aku berkata : 'Amin'.

Kemudian Jibril berkata lagi. 'Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang
tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak
memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin' ".

Kemudian Jibril berkata lagi.'Hai Muhammad celaka seseorang yang jika
disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah
amin!' maka kukatakan, 'Amin'." [Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam
Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih
Adab al-Mufrad – no: 644]

Ianya seakan-akan sama tetapi matan (isi kandungan) hadis tersebut nyata
berbeza dan hadis ini sememangnya masyhur di dalam kitab-kitab yang
membicarakan tentang Ramadhan. Namun kini nampaknya hadis yang tidak
diketahui sahih ataupun tidak itu pula telah menjadi lebih terkenal. Saya
menulis bukan untuk membahaskan darjat hadis tersebut di sini tetapi fokus
saya adalah berharap agar pembaca dalam membetulkan sikap dalam berinteraksi
dengan hadis terutama yang kita tidak tahu sumbernya.

SIKAP KITA VS SIKAP PARA SAHABAT BERINTERAKSI DENGAN HADIS
Para Sahabat sekalipun pernah hidup di zaman Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam, mereka tidak mengamalkan sikap bermudah-mudahan dalam
mennyampaikan hadis selepas kewafatan baginda. Mereka sangat teliti dan
berhati-hati. Berbeza sekali dengan kita pada hari ini, dengar sahaja
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda" atau "Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam melakukan itu dan ini" terus kita sebarkan siap
berserta emoticon senyuman tanpa teliti dan berhati-hati. Mari kita lihat
satu contoh sikap berhati-hati para Sahabat apabila berinteraksi dengan
hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata: Aku (Sa'id al-Khudri) sedang
menghadiri majlis yang diadakan oleh kaum Ansar, kemudian Abu Musa datang
mendekatiku, dia berkata:

Aku (Abu Musa) telah mengucapkan salam tiga kali di hadapan pintu rumah Umar
namun tidak mendapati jawapan, lalu aku pun pulang, kemudian aku ditanya
orang: "Mengapa engkau pulang?" Aku telah mengucapkan salam tiga kali namun
tidak mendapati jawapan, oleh sebab itu aku harus pulang, sebagaimana sabda
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

إذا استأذن أحدكم ثلاثاً فلم يؤذن له فليرجع
"Apabila kamu mengucapkan salam sebanyak tiga kali dan tidak mendapat
jawapan maka hendaklah kamu pulang"

Abu Sa'id berkata: Demi Allah engkau telah mengeluarkan satu penjelasan,
adakah diantara kamu sekalian yang pernah mendengarkan apa yang telah
didengar oleh Abu Musa daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?
Lalu Ubay bin Ka'ab berkata: Demi Allah tidak ada yang turut mendengarnya
melainkan orang yang lebih muda diantara kami dan aku adalah orangnya, aku
bersamanya semasa itu dan aku juga telah mengkhabarkan kepada Umar bahawa
bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda sedemikian. [Sahih
al-Bukhari – no: 5891]

Para Sahabat takut menjadi orang yang banyak meriwayatkan hadis dikhuatiri
mereka terjerumus ke dalam kesilapan dan kesalahan, hingga akhirnya membawa
mereka untuk berdusta ke atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, suatu
perbuatan yang amat tercela dan mendapat ancaman yang sangat buruk daripada
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. [Manna' Khalil al-Qathan, Mabahats
Ulumul Hadis (Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadis), ms. 66]
Ancaman yang dimaksudkan itu adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam:

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka
hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka.
[Sahih Muslim – no: 3]

BERDIAM DIRI LEBIH BAIK
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع
Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja
yang dia dengar. [Sahih Muslim - hadis no: 5]
Sekiranya kita tidak pasti apabila menerima suatu hadis, kita ada tiga
pilihan:

[1] Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.
[2] Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis .
[3] Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan
kedua-dua perkara diatas sehinggalah telah jelas hujah bahawa ianya sahih
dan selamat disebarkan.

Contohilah sahabat yang begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis kerana
khuatir terjerumus dalam ancaman Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam.Ingatlah Firman Allah Subhana wa Ta'ala:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ
وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُول
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
[al-Isra' 17:36]



---


dapatkan 500,000 email yang masih aktif dengan harga serendah

*RM 20.00*


---


cara pembayaran

bank in RM20.00 kepada

*ikhwan fahmi*

*akaun maybank 158387017342*


emelkan bukti transaksi anda (masa, jam dan tarikh) kepada :

*ikhwanfahmi[at]gmail.com*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"TsunamiWang Group" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to 
[email protected]
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/tsunamiwang-group?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke