---------- Forwarded message ---------- From: اخوان فهمى بن محمد جورايم <[email protected]> Date: Dec 7, 2009 12:53 PM Subject: program 'ulama turun padang' serbu disko To:
*Program 'ulama turun padang' serbu disko * SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatur program 'ulama turun padang' bertujuan menyampaikan dakwah di pusat hiburan dan kelab malam yang menjadi tumpuan golongan muda Melayu termasuk kalangan artis tempatan. Katanya, program hasil idea golongan artis yang prihatin terhadap penularan gejala sosial akan digerakkannya dalam tempoh terdekat dengan bantuan kumpulan pendakwah yang akan dilatihnya sendiri. “Program dakwah yang saya katakan sebelum ini buat permulaan akan digerakkan di Selangor kerana negeri ini mempunyai majoriti penduduk Islam. “Kita perlu berdakwah sehingga sampai ke situ sekurang-kurangnya bersembang, bertanya, mengedarkan risalah dan menasihati mereka. Mungkin buat pe:rmulaan saya akan turun padang melatih dan memantau kumpulan pendakwah ini,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam bagi menjelaskan laporan muka depan Sinar Harian semalam berhubung hasratnya ke disko untuk berdakwah. :Menurut laporan itu, Asri berkata, beliau berhasrat mengembangkan kegiatan dakwah sehingga ke pusat hiburan, walaupun tidak mendapat sijil tauliah dan bercadang menumpu kepada pusat-pusat hiburan yang dikunjungi orang Melayu di Selangor. :Beliau berkata, walaupun tidak mendapat tauliah, usaha berdakwah di pusat karaoke dan seumpamanya perlu diadakan kerana kebanyakan program dakwah hanya tertumpu di masjid dan surau. :“Kita kena tahu apa yang pendakwah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) buat. Tidak perlu kajian kerana kita rasa orang ramai sendiri tahu apa yang berlaku. Program berdakwah hanya tertumpu di masjid dan surau. “Ini bukan soal kenapa tumpu di Selangor sahaja. Sepatutnya dakwah perlu merata seperti yang dilakukan tokoh ilmuan Muslimin, Hasan al-Bana dan jemaah tabligh,” katanya. --- dapatkan ebook PERCUMA untuk jana pendapatan dari RM500 - RM1000 sehari melalui SMS! http://www.rahsiabulksms.com/index.php?ref=smartpartner hantar 500 SMS dengan sekali klik, sistem SMS untuk ejen MLM, wakil insurans dan jurujual http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=smartpartner -- You received this message because you are subscribed to the Google Groups "TsunamiWang Group" group. To post to this group, send email to [email protected]. To unsubscribe from this group, send email to [email protected]. For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/tsunamiwang-group?hl=en.
