Saya kebetulan cuba mendaftar Streamyx untuk kali ketiga atau keempat, tapi hingga ke hari ini tak dapat kerana kebanyakan kawasan di daerah Tumpat tidak ada liputan untuk tmnet streamyx .
Salah satu sebab mengapa liputan tidak ada adalah disebabkan oleh kurangnya permohonan yang dibuat oleh pengguna. Saya tanya cara bagaimana untuk lebih mempercepatkan liputan di daerah Tumpat . jawab wakil mereka kena ramai orang yang memohon. Oleh itu saya minta beberapa keping borang pendaftaran dan saya nak ajak tuan/puan di sini, terutamanya yang sering menggunakan internet agar mengisi borang ramai-ramai dan kita serah borang tersebut supaya pihak berkenaan akan menyediakan liputannya di sini. Kini di Wakaf Bharu sudah ada, tapi kawasaan liputannya belum luas. Jadi saya mengajak rakan-rakan di Tumpat sekelian agar mendaftar dengan mengisi borang tmnet streamyx dan borang itu ada pada saya. Kita isi dan kemudian saya panggil wakil mereka untuk datang mengambil borang tersebut. Sdr. bolehlah datang ke ruang aktiviti saya di Kok Pasir pada sebelah petang atau hari jumaat dan sabtu . Hari Sabtu kita jadikan hari Aktiviti ICT Tumpat. Bagaimanapun saya nak tanya kepada sesiapa yang telah guna streamyx apakah kelebihan dan kekurangannya, sepanjang pengalaman menggunakan kemudahan ini? [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~--> Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar. Now with Pop-Up Blocker. Get it for free! http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/TcOolB/TM ---------------------------------------------------------------------~-> Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
