Sebenarnya artikel ini telah lama beredar dalam beberapa egroup, namun saya
forwardkan kembali untuk tatapan mereka yang belum membacanya kerana pada
pendapat saya ianya cukup menarik untuk dibaca dan direnungi tentang Kebesaran
dan Keagungan Ilahi sebagai Pencipta sekalian makhlukNya. Sidang pembaca boleh
cuba mengaitkan kandungan artikel ini dengan kejadian tsunami di Aceh yang umum
mengetahui tentang keutuhan beberapa buah masjid yang terselamat dalam tragedi
tersebut sedangkan binaan lain semuanya ranap. Tentu ada sesuatu di sebaliknya.
Semuanya menceritakan Keagungan Tuhan yang Maha Esa. Tentang tsunami ini,
insyaallah saya akan cuba menyiapkan sebuah artikel yang mengaitkan kejadian
tsunami dan bencana alam yang lain dalam konteks Negeri Kelantan jika masa dan
keadaan mengizinkan.
Selamat membaca.
Sekian,
Emzek
Bersabda Sulaiman
" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa kepadaku
tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk kepadaku?"
Berkata Ifrit di antara Jin
" Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis ini,
sesungguhnya saya kuat lagi jujur"
Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab " Saya boleh
membawanya kepadamu dalam sekelip mata" AnNaml: 38-39
Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini
tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir
20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi
tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang
yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan
sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi
pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.
Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh
dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya
tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?
- Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang
Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan
dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim,
bertolak pada tanggal 12 Julai
2004, Selasa 12.15pm.Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi
sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.
-Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan
dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya
iaitu Ba'kelalan.
-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara
kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.
- Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya
- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana
logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan
2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam
lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk
negara jiran Indonesia.
- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem
pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan
visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga
OZ.
- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling
sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu
jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya
- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan
Perhutanan Serawak
- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan
Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati
oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja helikopter itu
hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu persatuan gabungan
doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist
dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti,
tentera dan private practise*
- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana
pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan
anak buahnya.
- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi
pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu apabila
Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang kerana
ditutup oleh jin dengan berlapis-
lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang
bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.
Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka
bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari
di Labuan.
Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang
menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh
pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat.Tidak semua
member Skylabmampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah
ini dengan hati.
Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar segala
kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu
ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa
jin, lagipula tujuan asal
manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru
yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario
Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang,
lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang
tinggal di rumah atas air di Labuan.
Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang
tawanan dimulakan.
Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah
mencekup helicopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari
pandangan mata kasar manusia.
Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid
atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.
1..Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib Abdul
Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan
bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang
pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa
bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa'Longan, satu kawasan yang
tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut.
Kedua
orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana - di alam
ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup
dari pandangan manusia biasa.
2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan. Pada
11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus ,tinggal kayu balaknya
sahaja menegak , mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib
Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al siJin Islam. Masyarakat
jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan
Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak berunding dengan baik, yang dua
lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam..hasil
perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.
Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah dikatakan sebaik-baik
jin itu sejahat-jahat manusia.
Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu " Bukankah kami sudah
sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana
helikopter itu boleh ditemui"
Jawab Jin " Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!"
Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik
untuk solat Zuhur.
3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga - dengan panduan sistem
GPS - Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi.
Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi heli
mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat 2 lagi
heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada
jauh di alam lain iaitu alam jin.
Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.
Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan � kaum pribumi
Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke
kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metode
secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut
kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Heli penyelamat
terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya
Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada
pagi Ahad 25 Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali itu berpusing-pusing
sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum
sempat memijak tanah.
Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terimakasih kepada
Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan berkata " Tolonglah bukakan
heli itu pula untuk kami dapat lihat" Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!"
..Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!
4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan
terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah-olah satu ruang
terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih
tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat sangat nak
buka ni?."
Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya,
berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga
hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya
dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain
seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan
oleh jin-jin di situ.
Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari
guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup ampuh.
Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa' Sarawak. Di
sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik
ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.
Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong usaha
mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan
berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing
pengesan yang terlatih menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di
tempat pokok patah itu..
" Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi sangat
ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga
beberapa kali, tetap anjing-anjing itu
memprotes.Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama
riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".
5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt
Thomas..meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari
dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke
atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli Rufaqa' Sarawak serta
guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas
ditempatnya.
Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.
Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00
petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan
keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun
menyukarkan penyediaan landing point dsb.
6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang
berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu. Pada
petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib
Hassan " Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung
Murut sudah hilang!!"
Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang
dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu, buah2nya
pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati pokok manggis itu,
pokok manggis itu ghaib pula..bila mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung
itu turut hilang..terus ASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib.
Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula!
Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, Ayat Qursi dan selawat
pada RSAW.
Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang malam
itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando diturunkan dan tidur bersama mayat,
ada yang mengatakan pasukan Bomba - pemadam kebakaran - yang menjumpai heli
itu.Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan
badan heli ada bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan
dengan apa yang sebenarnya terjadi.
Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk
begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak
sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib semula waktu itu!!
Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib
semalaman agar dimudahkan segala usaha.
7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya
menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ ( tiada
komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan
akhbar-akhbar utama di Semenanjung ).
Operasi itu dilakukan waktu siang terang -benderang. Landing point helikopter
dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana tanahnya yang curam.
Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat,membaca kata -kata ini di
dinding helikopter yang ditemui " Mengapa lambat selamatkan kami?"..Bayangkan
cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan,
jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.
Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas di
gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar. Pintu heli terbuka
lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham
Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar dikenali akibat reput dan
mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali,
walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik
solat yang
tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu- kayan
disapu bersih.
Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab " Itulah petanda kehadiran jin-jin
Islam"
Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya yang
patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli
itu diletakkan di situ..dan jin-jin yang
bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya
sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.
Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris - Miri Daily News di Sarawak menemubual
mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari heli
hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar. Akhbar -akhbar di Indonesia
hanya melaporkan heli itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada
langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.
[Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib
memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular ini
sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit dari
logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb - pendespatch e-mail]
Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. " Apakah Ustaz didampingi jin?"
Beliau menjawab " Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya
saya kalau mampu menundukkan jin.Sejahat-jahat manusia itu sama dengan
sebaik-baik Jin Islam."
Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang bernama
Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding. Namanya ditukar ke
Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusia yang telah berhubung
dengannya melalui alam yang tidak
terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama
membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah..seperti yang banyak berlaku
sebelum-sebelum ini.
Dipetik dari buku Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario
SKYLAB September 2004
Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof
Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd. Rahim Tahir, Dr Azlina
Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato' Muhamad.
---------------------------------
Do you Yahoo!?
The all-new My Yahoo! � What will yours do?
[Non-text portions of this message have been removed]
Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com
E-mel web base percuma untuk warga Tumpat
http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/