Persatuan Penulis Tumpat 
(PESISIR)

13 April 2005


Semua Warga Pesisir Group,
dan rakan rakan yang meminati bidang penulisan.


Tuan,

MAJLIS BICARAWARA PENULIS KELANTAN
SEMPENA PROGRAM INTERGRASI PENULIS NASIONAL


Dengan hormatnya dimaklumkan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur akan 
mengadakan program tersebut di atas pada 14 April 2005, pukul 7.00 malam di DBP 
Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan.

2.    Untuk makluman tuan, program majlis Bicarawara merupakan usaha rintis 
yang dianjurkan bersama oleh
DBP Cawangan Sarawak, DBP Cawangan Sabah, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah 
Selatan dan DBP
Wilayah Timur yang bertujuan memperkenalkan penulis-penulis kepada penulis 
tempatan. Di samping itu
acara ini akan menjadi ruang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan 
idea bagi menyemarakkan
lagi kegiatan sastera kebangsaan.

3.    Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program tersebut, warga Pesisir  
turut diundang sama.

4.    Kehadiran  tuan  amat dihargai dan didahului dengan ucapan
berbanyak-banyak terima kasih. Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"CINTAILAH BAHASA KITA"

Saya yang menjalankan tugas,

(EDIRAMLE ISMAIL)
Setiausaha 1
Persatuan Penulis Tumpat,
(PESISIR)

*Kepada semua Ajk dan ahli yang ada nombor telefon bimbit  dlm simpanan saya, 
sms bakal menyusul sesegera mungkin.


Aturcara

MAJLIS TAHLIL DAN BICARAWARA

(Majlis ini diadakan bersempena kunjungan penulis Sabah dan Sarawak)


    7.00 malam        Ketibaan Tetamu
    7.15 malam        Solat maghrib berjemaah
                            Tahlil dan baca Yassin
    8.20 malam        Solat Isyak berjemaah
    8.45 malam        Makan malam
    9.00 malam        Majlis Bicarawara
                            Panel
                            1)    Ketua 1 Persatuan-Persatuan Penulis di 
Kelantan
                            2)    Wakil Persatuan-Persatuan Penulis Sabah dan 
Sarawak

                            Pengerusi:
                                Norhisham Mustafa




--------------------------------------------------------------------------------

Ediramle Ismail

jumpa di sana.

di mana?

Di DBP Wilayah Timur

Bila?

Khamis Malam Jumaat. 14 April 2004

Pukul berapa?

lebih kurang jam 8.30 malam.

Nak pakai baju apa?

Saya dan Sukari nak pakai batik.






[Non-text portions of this message have been removed]



Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke