Kalau dah disekat oleh ISP buat apa lagi nak pakai perisian penapis di komputer-komputer di rumah dan di kafe siber.
Baik juga kalau perisian penapis tu diberikan percuma kepada pengguna-pengguna internet taklah lagi boleh melihat apa yang sesetengah orang suka melihatnya.. Berikut petikan akhbar tentang perkara tajuk. ...................................................................... Tiada lagi web lucah -- Firma telekomunikasi, pembekal Internet diarah sedia perisian khas Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN CYBERJAYA 14 Jun - Pengguna-pengguna Internet di negara ini yang sering melayari laman web lucah kini tidak boleh lagi berbuat demikian ekoran semua akses ke laman web tersebut disekat. Dalam satu langkah drastik kerajaan menangani masalah bahan lucah di Internet dan alat komunikasi mudah alih, semua syarikat telekomunikasi dan Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) diarah menyediakan perisian khas bagi menyekat akses ke laman web terbabit, berkuat kuasa serta- merta. Arahan penggunaan perisian khas itu merupakan antara langkah yang dipersetujui oleh Kabinet, susulan daripada cadangan membendung amalan melayari laman web lucah yang dibentangkan bersama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, minggu lalu. Langkah lain yang turut dipersetujui ialah mewajibkan pengusaha kafe siber menyediakan perkhidmatan penapisan bahan lucah dan tidak sopan sebagai syarat lesen perniagaan. Penguatkuasaannya akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebuah pusat aduan mengenai bahan lucah dan tidak sopan juga diwujudkan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang akan bertanggungjawab memantau pelaksanaan arahan-arahan Kabinet tersebut. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, dengan arahan terbaru itu, pengguna Internet dan alat komunikasi mudah alih termasuk telefon bimbit kini diberi pilihan untuk melanggan perisian khas tersebut bagi menyekat akses ke laman web lucah. ``Kalau mereka melanggan khidmat Internet daripada TMNet atau Jaring misalnya, pengguna boleh meminta dibekalkan juga dengan perisian khas tersebut supaya bahan-bahan lucah tidak boleh dimuat turun kepada komputer atau telefon bimbit,'' katanya pada sidang akhbar selepas sesi taklimat dan penyerahan tajaan Persidangan Dasar Awam Global (GPPC) 2005, di sini hari ini. Jamaluddin seterusnya berkata: ``Ibu bapa terutamanya boleh melanggan perisian ini untuk menyekat anak-anak mereka daripada melayari laman web lucah atau memuat turun kandungan tidak sopan ke komputer atau telefon bimbit mereka kerana mekanisme sudah ada,'' katanya. Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan laporan muka depan gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya satu perisian khas diwujudkan bagi menyekat amalan melayari laman web lucah di kalangan pengguna Internet. Akhbar ini kemudian mendedahkan terdapat 1.5 laman web lucah di Internet yang boleh diakses dengan mudah oleh sesiapa sahaja tanpa sebarang sekatan. Susulan daripada pendedahan Utusan Malaysia itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya perisian khas bagi menyekat capaian ke laman web lucah di internet yang kini digunakan di beberapa jabatan kerajaan, diperluaskan ke semua agensi awam termasuk sekolah. Najib dilaporkan berkata, semua jabatan kerajaan dan agensinya termasuk sekolah sudah diarah memasang perisian khas pada sistem komputer mereka bagi menyekat akses kepada laman web lucah di internet seperti yang digunakan di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Jamaludin berkata, arahan meminta semua syarikat telekomunikasi dan ISP menyediakan perisian khas bagi menyekat amalan melayari laman web lucah mampu mengawal kegiatan itu terutama di kalangan generasi muda. Mengenai arahan mewajibkan pengusaha kafe siber menyediakan kemudahan yang sama, beliau berkata, Kabinet bersetuju supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenakan syarat tambahan dalam pengeluaran lesen perniagaan dengan mewajibkan perisian menapis bahan lucah disediakan di premis. ``Bentuk tindakan dan langkah yang perlu diambil perlulah dirujuk kepada kementerian terbabit. Kita sudah maklumkan kepada mereka,'' katanya. Antara undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak berkuasa ke atas mereka yang menjual, mempamer atau memiliki apa jua bahan lucah ialah Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Ditanya tempoh masa yang diperlukan untuk menyediakan perisian khas tersebut, Jamaluddin memberitahu kebanyakan syarikat telekomunikasi dan ISP sudah mempunyai kemudahan itu dan ada juga kafe siber yang telah menggunakannya tetapi tidak diuar-uarkan. Difahamkan perkhidmatan ini telah lama diamalkan di negara-negara lain yang mana pengguna membuat tapisan menggunakan perisian seperti Net-Nanny, Cyber Patrol dan sebagainya. Dalam pada itu, Jamaluddin berkata, kementeriannya bersama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi akan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak swasta bagi menganjurkan program kesedaran mengenai kesan negatif amalan melayari laman web lucah khususnya di kalangan anak-anak muda. [Non-text portions of this message have been removed] Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
