Gula dalam Kopi Kapal Api anakdagang menulis - "Minggu lepas saya membantu kawan saya memasak di rumahnya. Walaupun sekarang musim panas, tapi tekak saya pada masa itu tiba-tiba ingin menikmati sesuatu yang panas. Jadi saya bertanya kepada kawan saya itu: "Eh, kau ada teh atau kopi tak? Aku nak buat airlah."
Kawan saya: Ada-ada. Ambil dalam locker tu. Kau buat sendirilah. AD: Wokay! Tapi kau nak sekali tak? Kalau nak, aku buat banyak. Kawan saya: Aku sebat aje apa-apa. Saya pun membuat air kopi cap Kapal Api. Tambah gula dan air panas, maka terhasillah air kopi bujang. Sesudah siap, saya bagi segelas kepada kawan saya itu. Kawan saya: Mak oi. Kau letak gula ke tak ni? Pahit nak mampus. AD: Apa tak letak pulak..ada la aku letak. Kawan saya: Gila apa.. Lalu kawan saya pun menambah gula lagi ke dalam gelas miliknya. Saya sekadar tersenyum. Saya rasa, air kopi itu sudah OK. Tidak pahit dan tidak pula terlalu manis. Tapi mungkin kerana lidah kawan saya itu lidah tipikal orang Melayu kita yang tidak sah kalau minum kopi atau teh yang pahit atau kurang gula di paras yang sangat minimum. Saya pula sudah mengamalkan diet yang kurang gula. Jadi selalunya saya tambah sedikit sahaja gula ke dalam teh atau kopi. Kalau air teh pula, kadang-kadang saya minum begitu sahaja - tanpa ditambahkan gula langsung. Anda pelik? Saya pun mula-mula begitu juga. Tapi bila dah lama duduk sini, terpengaruh juga dengan style mat saleh dalam bab-bab minum kopi atau teh ini. Biasanya mereka memang tak tambah gula (kalau letak pun sikit sahaja) dalam kopi dan teh. Seorang doktor Melayu menceritakan pengalamannya meminum teh bersama rakan sejawatnya yang berbangsa Irish. Kawannya berkata: "Do you want to kill yourself!? You put too much sugar in your tea!" Doktor itu berkata kepada saya yang dia tak kisah pun. Aku orang Melayu, memanglah bubuh banyak gula dalam teh. Kami sama-sama tergelak. Sambung doktor Melayu itu lagi kepada saya, "Tapi memang tak elok pun tambah banyak gula dalam teh. Ada orang minum teh sebab nak sihat, sebab teh ada bahan anti-oxidant yang menghapuskan radikal bebas (penyebab kanser) dalam badan. Kira kalau minum teh hari-hari, nak dapat kanser susah sikit. Tapi kalau kita tambah gula walau sikitpun, khasiat anti-oxidant itu hilang. Kira sia-sialah minum teh itu." Bercerita tentang pengalaman saya pula, pernah sekali saya membeli Capuccino di suatu musim sejuk. Waktu itu saya masih mentah lagi di sini. Banyak perkara yang saya masih jahil. Di Malaysia pula, saya bukanlah jenis anak-anak muda yang suka minum di Starbucks atau Coffee Bean. Jadi, kalau saya ingin minum teh atau kopi, saya akan cari kedai-kedai atau warung makan biasa sahaja - jimat dan mudah. Tapi di sini mana nak dapat warung mapley dan sewaktu dengannya. Semua kedai kopi kelihatan ada kelas. Jadi, tak dapatlah nak order Teh Tarik atau Teh 'O' Limau. Maka oleh sebab itulah saya memesan Capuccino. Sesudah membayar harganya, saya beredar keluar. Memang enak meminum sesuatu yang hangat di musim sejuk. Jadi saya pun mulalah meneguk Capucinno yang masih berasap lagi. Ya Allah! Pahit sungguh! Orang kedai tu lupa letak gula ke? Ni yang buat naik darah. Memang nak untung sungguh. Akhirnya saya tidak menghabiskan Capuccino itu - sebaliknya membawa pulang ke rumah dan menambahkan gula ke dalamnya. Barulah saya rasa puas meminumnya. Nikmat sungguh bila ada gula. Setelah beberapa lama kemudian, barulah saya menyedari bahawa orang kedai di sini memang tak tambah gula. Sebaliknya kita tambah sendiri. Pek-pek gula yang kecil boleh didapati dengan percuma sahaja sebenarnya. Setelah menyedari hal ini, saya terfikir betapa jahilnya diri saya ini. Oleh yang demikian selepas saya mengetahuinya, saya akan mencari pek-pek gula kecil selepas membayar teh atau kopi tersebut. Tapi saya agak pelik kerana melihat orang-orang putih yang cukup sekadar dengan 1 pek gula. Dah manis ke kalau 1 pek? Saya pun mencubanya. PAHIT! Saya menambahkan satu demi satu. Sehinggalah 4 paket barulah saya dapat menikmati rasa teh Malaysia yang tipikal. Namun demikian hari ini saya menyedari bahayanya. Tak elok ambil gula banyak-banyak. Diet rakyat Malaysia memang kaya dengan gula. Itu belum ambil kira peratusan lemak, minyak dan garam dalam makanan. Memang sudah jadi satu realiti bahawa makanan kita kaya dengan benda-benda tak elok seperti itu. Sebab itu antara masalah kesihatan utama rakyat Malaysia ialah kencing manis (diabetis) dan sakit jantung (atau apa-apa penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular). Sifat orang kita yang malas bersenam juga menambahkan lagi kebarangkalian untuk mendapat penyakit tersebut. Jadi kali ini saya ingin tekankan supaya kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Bagaimana? Kalian boleh cari sendiri. Banyak sumber-sumber maklumat yang boleh kita perolehi untuk mendapatkan gaya hidup sihat. Saya sekadar ingin memberikan kesedaran kepada kalian tentang sesuatu yang SALAH tentang diet rakyat Malaysia sahaja. Ingatlah bahawa dalam Islam, Allah bukan setakat menyuruh kita memakan sesuatu yang HALAL, malah juga sesuatu yang BAIK. Sebagai penutup, saya sertakan peratusan rakyat UK yang menambahkan gula ke dalam kopi atau teh mereka: 47% lelaki menambahkan gula ke dalam teh atau kopi, tetapi cuma 31% wanita yang berbuat demikian. Sumber: MINTEL Lawati Anak Dagang di Enigma Tanah Melayu http://malaya.anakdagang.com" Catatan : Malaysia merupakan negara yg paling banyak dlm dunia mencatat jumlah pesakit diabetes (kencing manis). Oleh itu sama-samalah kita kurangkan pengambilan gula dlm diet harian kita - wmzakey $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Kebenaran pastinya akan mengatasi kebatilan. $$$$$$ Em Zek $$$$$$$$ $$$$ 012-9659785 $$$$$$ Janji Allah tetap benar. $$ Dept of Math & Science $$$$ $$$$ (^v^) $$$$$$ Let Islam Be Our Way Of Life. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
